Friday, September 11, 2020

Resipi | Garlic Baked Mackerel


Hari ni saya masak ikan mackerel. Sejak ada Philips Air Fryer ni, memang jarang saya guna dapur. Maybe sebulan sekali kot. Sangat senang kalau nak masak steak, kambing panggang, kek dan  macam-macam lagi.


Saya nak share resepi garlic baked mackerel ni untuk anda semua yang mungkin tercari-cari resepi yang mudah, murah dan menyihatkan.



Garlic Baked Mackerel in Philips Air Fryer


Resipi:

4 ulas bawang putih 

Dua keping fillet ikan mackerel

Dua sudu besar lada hitam

Dua sudu teh garam kasar

3 sudu besar minyak zaitun


Cara:

Tumbuk haram kasar, bawang putih dan lada hitam. Masukkan minyak zaitun. Perap pada ikan selama 10 min. Bakar dalam air fryer pada suhu 200°c selama 15 min.



Hidangkan dengan kentang dan sos tartar. 

Monday, May 4, 2020

TIPS | Mencuci Pakaian Berwarna Putih





Baju warna putih ni sangat sensitif kalau kita nak jaga. Cepat kotor dan kalau tak pandai jaga boleh jadi kuning, kelabu dan kusam.

Apa yang saya buat selalunya saya akan asingkan pakaian saya yang berwarna putih dengan pakaian lain yang berwarna warni.

Apabila kita cuci pakaian yang bewarna putih bercampur dengan pakaian yang berwarna, kalau ada pakaian yang warna nya turun, warna tersebut akan pergi ke pakaian putih.

Kesan benang-benang halus di pakaian yang berwarna pula boleh perlahan-lahan melekat dalam liang-liang fabrik yang berwarna putih dan menyebabkan ianya menjadi kelabu.

Kalau kita letakkan peluntur pula, pakaian berwarna akan rosak. Jadi jalan terbaik adalah dengan mengasingkan pakaian berwarna putih dengan pakaian lain.

Saya meletakkan pakaian kotor yang berwarna putih dan yang berwarna warni dalam bakul yang berlainan. Saya gunakan bakul yang jenis bertingkat begini untuk memudahkan pengasingan pakaian. Jadi kita nampak pakaian sudah banyak atau sedikit mengikut kategori.

Untuk mencuci pakaian berwarna putih selalunya saya buat sebelum tidur. Set kan mesin basuh dengan fungsi rendaman sekurang kurangnya 3 jam. Jadi bila kita bangun pagi, just nice.. Pakaian dah boleh dijemur atau boleh dimasukkan dalam dryer. Anda boleh masukkan peluntur dalam air basuhan ya sebab ianya tidak bercampur tetapi jangan tuangkan terus di atas pakaian kerana ianya akan menyebabkan pakaian menjadi reput atau berlubang. Kesan peluntur ni memang kuat. Biarkan air terisi penuh dalam mesin basuh baru tuangkannya. Atau tuangkan dalam inlet peluntur yang ada pada mesin basuh.

Jangan masukkan pakaian berwarna putih dengan pakaian bewarna walaupun dalam dryer. Sebab apabila kita cuci, debu debu halus dari benang fabrik berwarna akan melekat pada pakaian putih dan menyebabkan warnanya menjadi kusam.

Sebab itulah saya boleh jadi incredible hulk sekiranya ada yang curi-curi memasukkan pakaian berwarna putih saya untuk dicuci bersama pakaian lain. Sebab dari rak kain kotor saya nampak pakaian warna putih saya berapa helai. Jadi tak logik kalau masuk mesin basuh sekadar sehelai atau dua helai sahaja. 😊☺️

Saturday, February 15, 2020

Takaful Itu Sedekah Jariah


Sedekah Itu Mulia dan Menyuburkan Harta

Pernahkah kita terfikir bagaimana rasanya membantu orang yang betul betul berada di dalam kesusahan dan sangat memerlukan?

Bagaimana untuk bersedekah setiap hari dan mencari orang yang sewajarnya kita sedekahkan?

Ianya tidak mudah dan memerlukan usaha yang berterusan.

Satu perkara yang anda tidak pernah terfikir adalah caruman anda di dalam takaful akan dimasukkan ke dalam tabung tabarru. Akaun tabarru itu adalah kumpulan sedekah dari semua pencarum takaful.

Setiap hari akan ada orang susah, orang sakit, kematian dan sebagainya yang membuat tuntutan dari syarikat takaful. Inilah sedekah kita setiap hari yang berlangsung secara kita tidak sedar.

Mencarum di dalam takaful bukan sahaja untuk masa hadapan kita dan orang tersayang, tetapi juga membantu sesama masyarakat. Alangkah mulianya perbuatan kita. Jadi, jangan pandang mudah pada takaful dan jangan rasa terbeban dengan meringankan bebanan orang lain.

Jom mencarum.

#HLMT 
#HongLeongMSIGTakaful 
#HLMTakaful 
#MTG 
#MillionaireThriversGroup 
#Medical 
#JeffAJGroup 
#IncomeReplacement 
#Insurans #Takaful 
#EliteFinancialGroup

Kelebihan Telegram berbanding Whatsapp



Ramai diantara kita yang sangat menggemari Whatsapp berbanding Telegram sedangkan Telegram mempunyai kelebihan yang jauh lebih hebat berbanding Whatsapp.

Jom tengok apa kelebihan Telegram.

1. Cloud Server

Pesanan anda tidak disimpan didalam phone. Maksudnya anda boleh menukar phone bila bila masa dan message anda tetap tersedia tanpa perlu backup.

Anda boleh mendelete semua media di dalam galeri atau folder Telegram untuk menjimatkan ruang storan handphone tetapi ianya masih ada dan boleh di download semula pada bila-bila masa yang diperlukan.

2. Kombinasi Nombor Telefon dan Username

Apabila anda mendaftar Telegram, proses verifikasi akan menggunakan no telefon namun Telegram juga akan mencipta username untuk anda. 

Jadi, anda boleh mempunyai Telegram dengan nombor sama di beberapa handphone berlainan, di komputer, iPad dan Tablet pada satu masa. Berbanding dengan Whatsapp, message di handphone anda akan dihantar ke komputer sekiranya anda menggunakan Whatsapp web memakan kuota data anda! Sekiranya handphone anda tiada bateri, Whatsapp web tidak dapat digunakan.

3. Fungsi Edit

Anda mungkin tersalah menghantar message dan di Telegram yang kadang kadang ejaannya memalukan. Di Telegram anda boleh mengedit message yang telah dihantar dengan mudah. 

4. Fungsi Padam

Anda boleh menarik balik message yang telah dihantar pada bila-bila masa di Telegram tanpa kesan.

5. Fungsi Sticker Animasi

Sticker di dalam Telegram mempunyai fungsi animasi yang cantik dan lebih banyak berbanding Whatsapp.

6. Fungsi Privasi
Telegram terlebih dahulu memperkenalkan aplikasi chat yang mementingkan Privasi data di mana orang ketiga termasuk kerajaan tidak dapat menggodam dan membaca message anda. Manakala Facebook, pemilik Whatsapp pula terkenal memberikan data data pengguna kepada pihak ketiga.

7. Fungsi Super Group

Anda tidak perlu membuang rakan dalam group kerana bersikap kurang memuaskan hati. Anda boleh 'membisukan', mereka dengan menyebabkan mereka tidak boleh bersuara di dalam group.

8. Media
Anda boleh memilih untuk tidak compress media yang dihantar untuk memastikan kualiti media yang cantik.

9. Perkongsian Data Besar

Anda boleh menghantar fail dan media sehingga 1.5Gb! Whatsapp menghadkan perkongsian gambar, videp dan fail yang anda hantar.

10. Fungsi Secret Chat

Dalam secret chat anda boleh menjadikan message terpadam dengan sendiri setelah beberapa saat yang anda set kan. 

Anda juga akan diberitahu sekiranya rakan anda mengambil gambar skrin perbualan anda! 

11. Fungsi Channel 

Anda boleh mencipta channel di dalam Telegram untuk memberikan maklumat  kepada rakan atau komuniti  di dalam Channel melalui komunikasi sehala. Rakan di dalam Channel hanya boleh membaca sahaja dan tidak boleh membalas. Ini sesuai untuk kumpulan Pengurusan, Masjid, Surau dan sebagainya untuk menyalurkan informasi kepada komuniti.

12. Fungsi Group Yang Lebih Baik

Apabila anda memasukkan ahli baru di dalam group, anda boleh memilih untuk membenarkan beliau membaca semua perbualan-perbualan lepas atau terhad kepada perbualan baru. Jadi ahli baru tidak akan terlepas info yang lepas-lepas.

13. Padam untuk Anda dan Dia

Sekiranya anda memadam terus keseluruhan perbualan dengan seseorang, anda boleh memilih untuk memadamnya untuk diri anda sahaja, atau membuatkan Telegram memadam semua sejarah perbualan anda dengan si dia. Jadi, rahsia anda tetap rahsia...

14. Fungsi Saved Messages 

Kadang-kadang anda suka akan sesuatu info, fail, gambar, video dan sebagainya dan ingin menyimpan nya di tempat yang selamat. Anda boleh memilih untuk menyimpan di dalam Saved Message. Semuanya akan di simpan di dalam server Telegram. Jadi kalau anda menukar handphone, handphone hilang atau rosak, semuanya masih selamat. Anda juga boleh menyimpan di dalam Telegram di handphone dan membukanya di iPad dan komputer.

15. Multi Platform Yang Sebenar 

Sekiranya anda menggunakan Whatsapp di handphone android, message anda di back up di dalam Google Drive manakala di iPhone pula ianya di backup di dalam storan iCloud.

Menukar handphone dari iPhone ke Android atau Android ke iPhone menyebabkan anda kehilangan semua chat-chat yang di backup kerana iPhone tidak membenarkan Whatsapp di restore melalui Google Drive dan Android tidak menyokong fungsi iCloud. 

Telegram membuat backup di dalam servernya sendiri jadi tidak ada masalah mendapatkan semula semua message anda walaupun anda menukar peranti dari android ke iOS. 

Tuesday, February 11, 2020

RHBAM Goal Setting and Business Planning

Buku Insentif Agensi bagi tahun 2020

Hari ini perunding-perunding RHBAM MTG telah menghadiri sesi goal setting yang telahpun dikendalikan oleh Agency Development Manager iaitu Ms Siew Lan dan Regional Agency Development Director, Ms Adelyn Tan.

Dari Kiri, Ms Siew Lan dan Ms Adelyn Tan sedang mengajar team MTG


Perunding MTG sedang khusyuk
                                                     

Hari ini kami diajar cara cara untuk mendapatkan target untuk ke Premier Sales Convention di New York, USA dan juga Regional Sales Convention ke Perth, Australia.  Dari pengiraan target ini, para perunding dikehendaki untuk mengisi borang Business Plan dengan pecahan target untuk Unit Amanah secara keseluruhan bagi tahun 2020, target bulanan, target untuk pelaburan tunai dan juga target untuk pelaburan melalui KWSP.


Target review bersama Group Agency Manager, Jeff AJ


Review and Discussion
  
                                                       

Agency Supervisor, Soleh Ahmad menerangkan tentang target beliau kepada GAM Jeff AJ
 
Salah seorang perunding kami, Hamirul dan GAM Jeff AJ




Para perunding juga telahpun diajar cara cara untuk berjumpa dengan pelanggan dan cara untuk present secara spontan dimana mereka telahpun diarahkan untuk berlakon untuk sessi role play bagi memastikan mereka faham dan mampu untuk menjalankan kerja mereka dengan lancar. Alhamdulillah, semua sangat-sangat bersemangat, excited dan determined untuk melancong secara percuma dan menjana pendapatan yang diimpikan.  Di MTG kami menekankan pendapatan lumayan dan juga masa pekerjaan yang fleksibel tanpa perlu menggunakan apa-apa modal!


Perunding kami, Hamirul dan Farizza dalam Role Play sales presentation


Sessi latihan sentiasa disediakan di MTG dan juga di pusat-pusat latihan RHB Asset Management di Seri Petaling, Shah Alam, Melaka, Johor Bahru dan seluruh Malaysia.  Jadi, kita tidak perlu risau untuk bekerja di mana-mana negeri di dalam Malaysia.  Malah, di RHB Asset Management, perunding juga di benarkan untuk mendapatkan pelabur di Indonesia.  Jom join team kami untuk masa depan yang hebat dan gaya hidup yang menarik!

Saturday, February 8, 2020

PERKONGSIAN | Apa itu Harta Batil?



Harta batil itu adalah memakan atau mengambil hak orang lain.  Berikut adalah beberapa senario untuk memudahkan pemahaman kita berkenaan dengan harta batil.

Kisah 1:
Ali mati mempunyai 5 anak. Anak yang sulung adalah lelaki. Rumah pusaka masih atas nama si mati dan rumah disewakan atas persetujuan semua. Setiap tahun buat kenduri adik beradik dengan duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun tiada lagi kenduri adik beradik dan duit pun tidak diagih pada waris. Si abang hanya diam membisu. Inilah dinamakan memakan harta batil.

Kisah 2 :
Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

Kisah 3 :
Jalil mati. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya...1 sen pun dia xakan beri pada anak lelaki tunggal simati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim....memakan harta batil...

Kisah 4 :
Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dgn persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang rm12k setahun digunak utk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka...hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya...bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dgn adik2nya....Disini si kakak dah pun mengambil hak org lain....

Kisah 5 :
Anak sulung Haji Bakar mati dlm kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak2nya yg lain. Selepas kematiannya...semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak2 Haji Bakar. Di sini semua anak2 Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim....

Kisah 6:
Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak pompuan.  Duit insuran atas nama bapa si mati.  Selepas kematian...pihak insurans telah membayar pampasan kepada bapa si mati. Ibu si mati telah agihkan duit insurans tu kepada suaminya...dirinya dan semua anak2nya tanpa memberi pada isteri si mati dan anak tunggal pompuan. Di sini adik beradik simati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid.

Kisah 7 :
Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak pompuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yg cantik tanpa pengetahuan anak2 simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain.

Kisah 8 :
Haji Dolah mempunyai 7 anak....seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula...apabila Haji Dolah mati si anak yg meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yg dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.

Kredit: Zie - Perancang Harta Pusaka

Friday, January 31, 2020

Bahasa itu Adalah Kita




Kalau kita tak mampu untuk berbicara yang baik-baik, lebih baik diam saja dari kita mengguris hati orang lain. Allah akan mengampunkan dosa kita namun dosa sesama manusia hanya insan tersebut sahaja yang mampu memaafkan.  Seringkali kita merasakan diri kita berada di pihak yang benar dan cuba menegakkan benang yang basah.  Namun begitu fikirkan kembali sekiranya kita melakukan perkara yang sama kepada orang lain, adakah orang tersebut juga akan merasa kecewa dengan kita atau tidak merasa apa-apa?



Kita tidak akan nampak kesalahan diri kita.  Kita tidak merasa kesan dari tindakan kita terhadap orang lain. Seringkali kita muhasabah diri. Sekali kita berkata buruk kepada orang lain, keburukan itu akan kembali kepada kita.  Sekali kita melaknat orang lain, maka laknat itu adalah untuk kita. Buangkan keegoan diri dan jadilah insan yang disayangi oleh makhluk dan Allah.  Allah tidak suka orang yang menyakiti sesama manusia.  Allah tidak suka orang yang sombong dan bongkak di muka bumi ini.  Jangan sesekali bersikap sombong dan bongkak walaupun terhadap orang yang berbuat jahat kepada kita kerana tindakan buruk kita itu akan menjadikan kita seorang yang buruk sama seperti orang yang kita tidak suka.



Jauhkan fitnah, jauhkan mengata. Orang yang berhati mulia tidak akan menuturkan kata-kata yang tidak baik walau ke atas orang yang jahat. Kata-kata lahir dari hati. Jika buruk kata-kata itu maka ianya datang dari hati yang buruk juga.  Apabila kita berkata mengikut rasa hati, akan adanya bisikan syaitan yang menjerumuskan kita ke arah fitnah, dan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.



Beradalah dalam lingkungan mereka yang baik-baik. Apabila kita berada di dalam kalangan mereka yang buruk, maka kita pun akan kelihatan buruk juga. Apabila kita memilih untuk berkiblatkan mereka yang tidak baik, maka kitapun sebahagian dari orang yang tidak baik.  Kita punya akal untuk berfikir.  Kita diberi didikan untuk mengharungi hidup dengan sempurna.  Jangan biarkan kita dididik oleh mereka yang tidak berpelajaran, tidak berilmu dan tidak beriman kerana fikiran mereka dan fikiran kita tidak sama. Hidup itu indah, maka indahkan ianya dengan rasa cinta dan keimanan.

Thursday, January 23, 2020

Birthday Celebration



Alhamdulillah pada 23 Januari 2020 baru-baru ini kami berpeluang untuk bersama-sama menyambut hari lahir untuk salah seorang leader di MTG Agency iaitu Soleh Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Ady Budika dan juga personal assistant saya iaitu Nazim.

Turut bersama memeriahkan majlis adalah Rizz Farizza, Ima Fatimahtun Zahrah dan Amira Afiqa. Sebelum itu kami mengadakan Mini BOP atau Business Opportunity Presentation di agensi kami di Sepang.  Selepas itu, kami semua mengambil kesempatan ini untuk ke Secret Recipe di Salak Tinggi yang terletak berdekatan dengan agensi MTG.



Saya mengucapkan selamat maju jaya dan semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah untuk mereka semua. Saya doakan kesemua ahli-ahli agensi MTG dibawah bimbingan saya dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan yang tidak putus-putus buat mereka dan keluarga.
Amiin.




Wednesday, January 15, 2020

RHB Asset Management NYKO



Pada 15 Januari 2020 baru-baru ini telahpun berlangsung acara NYKO iaitu New Year Kick Off untuk RHB Asset Management.  Ini merupakan acara tahunan setiap syarikat pengurusan unit amanah mahupun syarikat insurans dan takaful.  Tujuan acara NYKO ini adalah untuk memberitahu para perunding syarikat mengenai contest yang disediakan untuk tahun 2020, negara-negara yang bakal dilawati oleh perunding

Acara NYKO RHB Asset Management kali ini telahpun berlangsung dengan meriahnya di Nexus Bangsar South dengan bertemakan Denim & Diamond. Acara ini bermula pada jam 2 petang.  Para perunding unit amanah RHB Asset Management mengambil peluang bergambar di photo booth yang disediakan.











Tepat jam 3 petang dewan ballroom telahpun dibuka dan para perunding mengambil tempat masing-masing.  Program ini dimulakan dengan persembahan opening gambit dan ucapan-ucapan dari Group Managing Director, Ms Eliza Ong dan juga dari Chief Agency Officer iaitu Mr. Chan Kok Hin.  Selepas itu anugerah telahpun diberikan kepada mereka yang berjaya untuk tahun 2019 iaitu bagi kategori jualan tertinggi kumpulan, jualan tertinggi peribadi, top recruiter dan lain lain lagi.




Setelah selesai sessi penganugerahan bagi mereka yang mencapai kecemerlangan di dalam RHB Asset Management, majlis diteruskan dengan pengumuman untuk contest terbaru tahun 2020.  Kali ini RHB Asset Management telahpun mengejutkan semua dengan mengumumkan destinasi untuk Regional Sales Convention iaitu di Perth, Australia dan juga destinasi Premier Sales Convention di New York, USA!






Semua perunding sangat-sangat bersemangat dan begitu senang hati dengan pengumuman yang dibuat itu terutamanya perunding dari Millionaire Thrivers Group di bawah bimbingan GAM Jeff AJ dan juga kumpulan-kumpulan dibawah naungan beliau yang lain termasuk kumpulan Maqbul Financial Group yang diketuai oleh Dato Hamzaki.  Semoga tahun 2020 ini menjanjikan kejayaan yang cemerlang buat kumpulan kami.

Wednesday, December 18, 2019

Pelan Simpanan i-Care Hasanah

Adakah anda tercari-cari untuk melabur dalan pelan yang terbaik untuk masa hadapan?  Seperti yang kita sedia maklum, untuk masa hadapan dan juga untuk memastikan kesinambungan warisan kita haruslah mempunyai simpanan yang mampu memberikan pulangan yang cantik dan kita juga harus mempunyai satu pelan perlindungan untuk melindungi diri kita seandainya berlaku perkara yang tidak diingini dan kita tidak mampu untuk meneruskan pekerjaan mahupun menyimpan untuk masa hadapan.

Pelan simpanan i-Care Hasanah


Dengan pelan simpanan i-Care Hasanah, anda tidak perlu lagi risau kerana pelan ini boleh memberikan semua faedah di atas kerana ia mempunyai pulangan berganda untuk jangka masa panjang. Pelan ini juga memberikan bayaran tunai yang tinggi dari akhir tahun pertama menyimpan bagi memberi peluang kita membuat pelaburan di mana-mana tempat yang kita sukai atau boleh juga dilaburkan semula di dalam pelan simpanan ini untuk memastikan nilai matang yang tinggi.  Malah, sekiranya apa-apa terjadi kepada diri kita, kita juga mampu meninggalkan sejumlah simpanan yang besar dalam bentuk hibah untuk keluarga kita.  Sebab itulah i-Care Hasanah memenangi anugerah The Most Outstanding Takaful Product in Malaysia di KLIFF pada tahun 2016.

Anugerah di KLIFF 2016 untuk i-Care Hasanah

Bagaimana i-Care Hasanah ini boleh memberikan faedah sedemikian rupa?  Ini kerana ciri-ciri yang ada dalam i-Care Hasanah yang memang sangat hebat seperti di bawah:

  • Pilihan tempoh simpanan cuma 8 atau 10 tahun namun tempoh sijil sehingga 20 tahun.
  • Rebat Tunai (Bantuan Sara Hidup) sehingga 50% dari jumlah simpanan tahunan bermula dari tahun pertama menyimpan sehingga ke tarikh matang tahun ke 20 walaupun kita sudah berhenti menyimpan pada tahun ke 20.
  • Pilihan untuk mengeluarkan rebat tunai atau dilaburkan semula.
  • Perlindungan hayat untuk tempoh 20 tahun sedangkan tempoh caruman cuma 8 atau 10 tahun sahaja.
  • Nilai simpanan berganda sekiranya rebat tahunan dilaburkan semula kerana ini adalah pelan simpanan berkait pelaburan.
  • Servis tambahan iaitu Badal Haji, Khidmat Waqaf dan Ibadah Qurban sekiranya berlaku kematian, bagi pihak yang dilindungi

1. Pilihan Simpanan 8 atau 10 Tahun Untuk Tempoh Sijil 20 Tahun


2. Rebat Tunai sehingga 50% setahun selama 20 tahun bermula dari tahun pertama

Anda boleh memilih untuk menerima rebat ini bermula pada akhir tahun pertama atau akhir tahun ke 8 atau 10 sehingga tahun ke 20.

Nilai rebat ini anda boleh pilih untuk dilaburkan semula sehingga ke tarikh matang iaitu tahun ke 20 atau dikreditkan secara terus ke akaun simpanan anda di mana-mana bank di Malaysia. Menarik kan?


3. Nilai Simpanan yang Hebat dan Perlindungan Yang Tinggi!


4. Khidmat Tambahan untuk Amal Jariah Anda!



Hebat kan pelan simpanan i-Care Hasanah ni?  Nak tahu lebih lanjut? Jom whatsapp saya di www.wasap.my/60123023433. 
 

Thursday, November 14, 2019

10 SURAH YANG DAPAT MENGHALANGI DARI UJIAN BESAR ALLAH SWT


1. Surah Al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT.

2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian AllahSWT pada hari kiamat,

4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita dari kesusahan atau fakir.

5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di alam kubur.

6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7. Surah Al-Kafirun dapat menghalangi kita menjadi kafir ketika menghadapi kematian,

8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita menjadi golongan munafiq,

9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki,

10. Surah An-Nas dapat melindungi kita dari penyakit was-was.

In shaa Allah dengan ketekunan kita belajar untuk mendalami Al-Quran untuk terus menjadi sedikit yang lebih baik ,

Akan mendatangkan kebahagiaan masa depan di dunia dan akhirat.

Semoga bermanfaat

Wallahualam.

C&P from Whatsapp Group

Sunday, September 15, 2019

Hayat Tinggal 2 Minggu



Kanser sekarang ni sudah menjadi perkara biasa. Kawan sana kena, kawan sini kena, cuma kita yang belum kena dan tak semestinya kita tidak akan kena.

Bila saya kenang kenangkan, seorang ulama yang menjaga amal ibadat dan pemakanannya seperti Almarhum Tuan Guru Dato Nik Aziz pun  boleh kena, apatah lagi kita ni.

Memang semua orang akan meninggal, dan punca kematian itu cuma asbab yang Allah ciptakan.
Ambil takaful tidak menyebabkan kita selamat dari terkena kanser.
Ambil takaful tidak bererti kita boleh sembuh dari terkena kanser tapi,
Ambil takaful memudahkan keluarga menjaga kita dengan lebih selesa.
Ambil takaful membantu kita meninggalkan sejumlah wang yang kita tak sempat simpan.
Ambil takaful membolehkan keluarga kita hidup selesa walaupun kehilangan punca pendapatan dari kita.
Ambil takaful membolehkan keluarga kita melangsaikan hutang kita agar roh kita tidak terawang awangan antara langit dan bumi akibat dari hutang.

#MillionaireThriversGroup
#EliteFinancialGroup
#HLMT #HLA
#HongLeongMSIGTakaful
#HongLeongAssurance
#Takaful #Insurans #JeffAJ

Baca artikel ini
https://pnews.space/doktor-lambat-detect-lelaki-terduduk-bila-tahu-hayat-tunang-cuma-ada-2-minggu/

Friday, September 13, 2019

Melawat Kanak-kanak Menghidap Kanser





Pada 13 September 2019 baru-baru ini, pihak Hong Leong MSIG Takaful Berhad telahpun mengadakan lawatan Corporate Social Responsibility (CSR) ke Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur (HWKKKL).

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendekati kanak-kanak yang menghidap kanser disamping memberikan bantuan dari segi kewangan dan juga menjalankan aktiviti untuk menggembirakan kanak-kanak ini.




Jumlah sumbangan dari HLMT


Kami merasa amat-amat tersentuh melihat kanak-kanak yang bernasib istimewa ini.  Hampir kesemua pesakit tidak mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser sebelum ini.  Ia membuatkan saya merasa kita semua ni, sesiapa sahaja pada bila-bila masa sahaja boleh menghidap kanser.

Ada yang demam denggi dan darah tidak normal tetapi apabila diperiksa secara lanjut menghidap leukimia.  Ada juga yang tiba-tiba leher membengkak dan apabila ke hospital disahkan menghidap kanser limfoma. Sedih sangat sedih apatah lagi kanak-kanak ini dahulunya sihat walafiat.


Kakitangan HLMT dan Perunding Cemerlang yang terpilih untuk sessi CSR ini

CSO HLMT, En Yasser bersama Pengurus Agensi, Dato Zach

Pihak HLMT membawa bersama  clowndan Mickey Mouse untuk menghiburkan kanak-kanak ini.  Selain bantuan kewangan kami juga menyerahkan mainan untuk menghiburkan mereka.


Bergambar bersama sahabat saya Dato Zach, Jawatankuasa Syariah HLMT, CSO HLMT dan Trainer HLMT
Mainan untuk anak-anak comel

Menyerahkan sumbangan dari pihak HLMT untuk keluarga yang istimewa 

Adik ini meghidap kanser limfoma

CEO HLMT, En Asri berbual dengan anak ini yang menghidap kanser otak

Bersama anak istimewa dan clown

Adik ini menghidap leukimia

Sungguh apa yang terjadi kepada mereka ini sangat-sangat menginsafkan kita semua.  Sama-sama kita berdoa agar Allah memberikan kesembuhan bagi mereka dan memberikan kekuatan buat ibu bapa ini dalam menghadapi ujiannya.

Pesanan saya, ambillah pelan takaful kerana kita semua tidak tahu bila musibah akan melanda.  Berdoa agar kita semua dijauhkan dari ujian sebesar ini.

Amin