Monday, January 22, 2018

Cold Calling Session

Pernahkah anda mendapat panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali bagi mempromosikan produk-produk mereka?  Itulah yang dinamakan cold calling.  Bagi mereka yang menjalankan perniagaan seperti saya, cold calling adalah sangat penting untuk mendapatkan pelanggan.  Kami selalunya akan mendapatkan business card melalui cara face-to-face approach dan kemudiannya membuat panggilan.  Ada juga kami dapat senarai nombor telefon melalui rujukan dari kawan-kawan mahupun pelanggan kami sendiri.





Sessi cold calling ini selalunya lebih seronok sekiranya kita buat secara berkumpulan kerana ianya bukan sahaja memberi semangat, malah kita rasa lebih berani dan dapat belajar cara percakapan yang berlainan dari rakan-rakan.  Rakan-rakan kita pula dapat mendengar dan menilai cara kita membuat panggilan telefon serta memperbetulkannya sekiranya perlu.








Hari ini kami di Millionaire Thrivers mengadakan sessi cold calling.  Saya memberi downline-downline saya senarai nombor telefon dan business card untuk mereka membuat panggilan.  Alhamdulillah, semua telah mendapat sessi temujanji dari panggilan yang mereka buat itu.

Selesai sahaja sessi cold call ini, kami telah pun beramai-ramai mengunjungi Restoran Minang untuk menikmati ikan bakar mereka yang cukup terkenal di kawasan Salak Tinggi, Sepang ini.  Cara bekerja kami sebagai perunding unit amanah RHB Asset Management dan perunding takaful Hong Leong MSIG Takaful ini sememangnya sangat enjoy dan mengembirakan.


Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar Millionaire Thrivers dibawah bimbingan saya, anda semua di alu-alukan untuk menghubungi saya di 012-3023433.

RHB Asset Management NYKO 2018


Alhamdulillah, hari ini berakhir sudah penantian kami sebagai perunding unit amanah di RHB Asset Management.  NYKO ini bermaksud New Year Kick Off yang dibentangkan oleh pihak pengurusan dengan pelbagai peraduan atau cabaran yang harus kami semua capai untuk mendapatkan ganjaran yang menarik setiap tahun.

Sebagai perunding unit amanah, percutian ke luar negara merupakan lumrah. Jadi, setiap tahun kami sentiasa tertunggu-tunggu ke manakah destinasi yang seterusnya. Percutian anjuran syarikat unit amanah terutamanya oleh RHB Asset Management sangat-sangat menarik dan bertaraf lima bintang. Semua perunding hanya perlu membawa wang saku untuk membeli belah di luar negara kerana segala perbelanjaan lain telahpun di tanggung oleh pihak syarikat. Untuk peraduan 2018, hadiah utama merupakan percutian percuma ke Paris. Seronok kan...? Manakala untuk perunding-perunding baru, mereka layak untuk mencapai satu lagi percutian tambahan percuma iaitu percutian ke Shanghai dan Hang Zhou.


Sebahagian dari Perunding Unit Amanah Kami Yang Hadir


Pengumuman ini selalunya diadakan dengan gaya yang meriah dan mendebarkan kerana semua perunding tertunggu tunggu dan tertanya tanya ke manakah destinasi yang mereka akan lawati pada tahun hadapan.


Pengumuman trip ke Shanghai dan Shang Zhou



Pengumuman trip ke Shanghai dan Shang Zhou
Regional Convention Trip 2018



Pengumuman trip ke Paris




Premier Convention Trip 2018
Bergambar di Photo Booth sebelum majlis bersurai

Monday, January 8, 2018

Agency Award Presentation ELMT




Pada 7 January 2018 baru-baru ini telah berlangsungnya Agency Awards Presentation untuk agensi Millionaire Thrivers Group yang diketuai oleh GAM/CTC Jeff AJ dan juga Empire Legacy Venture yang diketuai oleh GAM/CTC Dr Norhayati.

Saya bersama GAM Dr. Nor dan Mr Chan Kok Hin

Majlis ini telahpun berlangsung di Majestic Hotel, Kuala Lumpur yang ditaja sepenuhnya oleh Jeff AJ dan Dr Norhayati.  Majlis ini telahpun diserikan dengan kehadiran Mr. Chan Kok Hin selaku Chief Agency Officer di RHB Asset Management untuk menyampaikan anugerah kepada penerima-penerima anugerah untuk Millionaire Thrivers Group dan Empire Legacy.


Majlis ini berkonsepkan hi-tea mewah Majestic Hotel yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.  Sememangnya hotel Majestic ini terkenal dengan susun atur dan rekabentuk dalaman yang hebat.





Sebagai Group Agency Manager atau Chief Takaful Consultant, saya sentiasa memberikan anugerah atau reward di atas kecemerlangan perunding-perunding di bawah kumpulan saya.


Millionaire Thrivers Group  |  Empire Legacy Venture

Selain piala, kami juga memberikan sijil kecemerlangan yang ditandatangani oleh Group Agency Manager dan juga Chief Agency Officer RHB Asset Management.

Anugerah-anugerah ini merupakan anugerah Premier Convention ke Munich, Germany dan Regional Convention ke Bangkok dan Hua Hin.

Sedang menandatangani sijil-sijil anugerah

Semoga dengan adanya anugerah ini akan lebih memberikan inspirasi kepada semua perunding-perunding di bawah agensi Millionaire Thrivers Group dan Empire Legacy.

Wajah wajah ceria kumpulan kami

Kami juga sangat merasakan bersyukur dan terharu di atas sokongan dari pihak pengurusan RHB Asset Management yang turut sama-sama memeriahkan majlis anugerah kami ini.  Semoga pada tahun hadapan, lebih ramai lagi yang layak ke Premier Convention di Paris dan Regional Convention yang akan berlangsung di Shanghai dan Hangzhou.

Gambar bersama barisan kumpulan pengurusan RHB Asset Management

Alhamdulillah syukur dengan segala kelancaran majlis ini

Anugerah Regional Convention ke Bangkok - AS Adham

Anugerah Regional Convention ke Bangkok - AS Ashie

Anugerah Regional Convention ke Bangkok - AS Ady Soleh

Anugerah Regional Convention ke Bangkok - AS Shahrul Zamri

Anugerah Regional Convention ke Bangkok - AS Maria Ahmad

Gambar kenangan bersama penerima-penerima anugerah

Jom sertai kami....

Pasangan Pengantin Baru - Ashie & Adham

Jom sertai saya menuju ke puncak

Shazmeem dari Empire Legacy sedang memeriksa trofi yang bakal disampaikan

Sekalung tahniah buat semua pemenang.  Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.  Saya sangat-sangat berbangga dengan anda semua.


Thursday, December 28, 2017

Teknik Menggayakan Rambut Panjang Lelaki


Hai semua... hari ini saya nak kongsikan video tentang bagaimana untuk menggayakan rambut panjang bagi lelaki. 

Seperti yang kita ketahui, apabila rambut mulai tumbuh ia akan menjadi tidak tentu arah dan sukar untuk digayakan.  Jom tengok video ni, saya ajar bagaimana nak gayakan nya dengan cara yang kelihatan neutral dan sederhana.



Tuesday, November 14, 2017

10 Langkah-Langkah untuk Menghidupkan Majlis Ta’lim di Rumah

- Sumber dari https://www.facebook.com/anakkusoleh/ 

Saya dapat rasakan..bahang kehangatan semangat ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana yang tidak sabar lagi untuk menghidupkan MAJLIS TA’LIM di rumah masing-masing. Subhanallah!!  Semoga Allah swt terima niat suci murni ibu-ibu dan bapa-bapa semua…. Sebelum saya meneruskan penulisan saya, mari kita imbas kembali sebab-sebab mengapa kita mahu hidupkan majlis ta’lim di rumah kita? 

Apabila rumah kita hidup dengan amalan agama seperti majlis ta’lim, maka segala amalan buruk, kegelapan, ketegangan akan djauhkan daripada rumah kita. Amalan ini akan membawa “nur” kepada rumah kita dan kesannya, kehidupan suami, isteri dan anak-anak akan bahagia. InsyaAllah.  

Jadi, sekarang sudah jelas bagi kita bahawa, bukan ahmad, aminah, aunty siew mei atau uncle siva yang memerlukan majlis ta’lim ini..bahkan, KITA dan KELUARGA kita lah yang sangat-sangat memerlukan majlis ta’lim ini. Jadi sekarang, bagaimana caranya untuk menghidupkan majlis ta’lim di dalam rumah kita? Adakanlah mesyuarat bersama suami atau isteri agar kedua-duanya memahami betapa penting dan mulianya menghidupkan majlis ta’lim di rumah kita. Tentukan waktu untuk majlis ta’lim. 

Waktu yang terbaik untuk ta’lim adalah adalah apabila semua ahli keluarga boleh berkumpul pada waktu itu. Katakan, waktu ta’lim telah diputuskan pada pukul 9 malam; maka semua orang di dalam rumah kita, baik yang sedang basuh pinggan, baca suratkhabar atau buat kerja sekolah, perlu menghentikan aktiviti masing-masing dan berkumpul untuk majlis ta’lim. Tentukan tempat atau ruang yang khas untuk diadakan majlis ta’lim. 

Buku yang dicadangkan ialah kitab Fadhail A’mal (Kelebihan-kelebihan amal), karangan Maulana Muhammad Zakariya dan Muntakhab Hadis (Hadis-hadis Terpilih) oleh Maulana Muhammad Yusof. Kedua-dua kitab ini mempunyai roh kerohanian yang sangat tinggi kerana “nur” daripada ayat-ayat Quran dan hadis-hadis yang telah dipilih, serta tafsiran dan kupasan yang dibuat dengan begitu baik & teliti oleh seorang ulama yang mempunyai jiwa kerohanian yang sangat tinggi. InsyaAllah, jika ada kelapangan, saya akan review kedua-dua buku tersebut. Bacalah kitab-kitab ini secara bergilir-gilir. 

InsyaAllah, sama-samalah kita berazam untuk menghidupkan majlis ta’lim di dalam rumah kita, kerana majlis ini merupakan satu sunnah Rasulullah saw. Pada zaman sahabat-sahabat r.ahum, setiap kali mereka pulang ke rumah setelah menghadiri majlis ta’lim Rasulullah saw di masjid, mereka akan adakan pula majlis ta’lim bersama ahli keluarga di rumah, untuk menyampaikan apa yang telah mereka dengar dan belajar daripada Rasulullah saw kepada isteri dan anak-anak mereka. Indahnya kehidupan dalam rahmat, ketenangan dan keampunan daripada Allah swt….. 

Apabila kita tahu sebab dan keperluannya, maka kita akan lebih bersungguh-sungguh untuk menghidupkannya. InsyaAllah. Antara sebab-sebab nya ialah… Kerana kita semua mahu rumah kita dikunjungi oleh para malaikat, dikurniakan oleh Allah swt dengan taufiq & hidayah, rahmat akan turun mencurah-curah ke atas rumah kita, dan sakinah (ketenangan) akan menyusup masuk ke dalam setiap jiwa ahli keluarga kita. 

Sebaik-baiknya, ta’lim diadakan di tempat dan waktu yang sama secara istiqamah kerana malaikat-malaikat akan menunggu kedatangan ibu-ibu sekeluarga pada setiap hari di tempat yang sama, insyaAllah. Bawa adab-adab duduk di dalam majlis dengan sempurna, seperti duduk iftirasy, menutup aurat, mendengar dengan tawajuh dll (akan saya kongsikan lebih lanjut tentang perkara ini) Memperdengarkan bacaan sebuah buku. 


Katakan, hari isnin, Fadhail A’mal dan hari Selasa pula Muntakhab Hadis. Kemudian, bacalah 1 atau 2 hadis bagi setiap bab setiap hari. Contohnya; 2 hadis daripada fadhilat solat, 1 hadis daripada fadhilat Al Quran dsb Ibubapa dan anak-anak boleh bergilir-gilir untuk membacakan kitab tersebut. Beri peluang kepada semua ahli keluarga untuk menyampaikan dakwah. 

Pastikan, tiada huraian yang dibuat oleh si pembaca. Ini kerana, untuk mengelakkan sebarang kesilapan dalam mafhum ayat Quran atau hadis, dan juga untuk menggalakkan setiap ahli keluarga (baik yang belajar aliran agama atau engineering) boleh dan mampu untuk melaksanakan tugas dakwah. Adakan majlis taklim sekurang-kurangnya dalam masa 30 minit pada setiap hari. 



Semoga Allah swt memberikan taufiq dan hidayah buat saya untuk istiqamah dalam menghidupkan majlis ta’lim di rumah.

Sebelum saya meneruskan penulisan saya, mari kita imbas kembali sebab-sebab mengapa kita mahu hidupkan majlis ta’lim di rumah kita? Apabila kita tahu sebab dan keperluannya, maka kita akan lebih bersungguh-sungguh untuk menghidupkannya. InsyaAllah.

Antara sebab-sebab nya ialah…
Kerana kita semua mahu rumah kita dikunjungi oleh para malaikat, dikurniakan oleh Allah swt dengan taufiq & hidayah, rahmat akan turun mencurah-curah ke atas rumah kita, dan sakinah (ketenangan) akan menyusup masuk ke dalam setiap jiwa ahli keluarga kita.
Jadi, sekarang sudah jelas bagi kita bahawa, bukan ahmad, aminah, aunty siew mei atau uncle siva yang memerlukan majlis ta’lim ini..bahkan, KITA dan KELUARGA kita lah yang sangat-sangat memerlukan majlis ta’lim ini.

Jadi sekarang, bagaimana caranya untuk menghidupkan majlis ta’lim di dalam rumah kita?

1. Adakanlah mesyuarat bersama suami atau isteri agar kedua-duanya memahami betapa penting dan mulianya menghidupkan majlis ta’lim di rumah kita.

2. Tentukan waktu untuk majlis ta’lim. Waktu yang terbaik untuk ta’lim adalah adalah apabila semua ahli keluarga boleh berkumpul pada waktu itu.

Katakan, waktu ta’lim telah diputuskan pada pukul 9 malam; maka semua orang di dalam rumah kita, baik yang sedang basuh pinggan, baca suratkhabar atau buat kerja sekolah, perlu menghentikan aktiviti masing-masing dan berkumpul untuk majlis ta’lim.

3. Tentukan tempat atau ruang yang khas untuk diadakan majlis ta’lim. Sebaik-baiknya, ta’lim diadakan di tempat dan waktu yang sama secara istiqamah kerana malaikat-malaikat akan menunggu kedatangan ibu-ibu sekeluarga pada setiap hari di tempat yang sama, insyaAllah.

4. Bawa adab-adab duduk di dalam majlis dengan sempurna, seperti duduk iftirasy, menutup aurat, mendengar dengan tawajuh dll (akan saya kongsikan lebih lanjut tentang perkara ini)

5. Memperdengarkan bacaan sebuah buku. Buku yang dicadangkan ialah kitab Fadhail A’mal (Kelebihan-kelebihan amal), karangan Maulana Muhammad Zakariya dan Muntakhab Hadis (Hadis-hadis Terpilih) oleh Maulana Muhammad Yusof. Kedua-dua kitab ini mempunyai roh kerohanian yang sangat tinggi kerana “nur” daripada ayat-ayat Quran dan hadis-hadis yang telah dipilih, serta tafsiran dan kupasan yang dibuat dengan begitu baik & teliti oleh seorang ulama yang mempunyai jiwa kerohanian yang sangat tinggi.InsyaAllah, jika ada kelapangan, saya akan review kedua-dua buku tersebut.

6. Bacalah kitab-kitab ini secara bergilir-gilir. Katakan, hari isnin, Fadhail A’mal dan hari Selasa pula Muntakhab Hadis.

7. Kemudian, bacalah 1 atau 2 hadis bagi setiap bab setiap hari. Contohnya; 2 hadis daripada fadhilat solat, 1 hadis daripada fadhilat Al Quran dan sebagainya.

8. Ibubapa dan anak-anak boleh bergilir-gilir untuk membacakan kitab tersebut. Beri peluang kepada semua ahli keluarga untuk menyampaikan dakwah.

9. Pastikan, tiada huraian yang dibuat oleh si pembaca. Ini kerana, untuk mengelakkan sebarang kesilapan dalam mafhum ayat Quran atau hadis, dan juga untuk menggalakkan setiap ahli keluarga (baik yang belajar aliran agama atau engineering) boleh dan mampu untuk melaksanakan tugas dakwah.

10. Adakan majlis taklim sekurang-kurangnya dalam masa 30 minit pada setiap hari.InsyaAllah, sama-samalah kita berazam untuk menghidupkan majlis ta’lim di dalam rumah kita, kerana majlis ini merupakan satu sunnah Rasulullah saw.

Pada zaman sahabat-sahabat r.ahum, setiap kali mereka pulang ke rumah setelah menghadiri majlis ta’lim Rasulullah saw di masjid, mereka akan adakan pula majlis ta’lim bersama ahli keluarga di rumah, untuk menyampaikan apa yang telah mereka dengar dan belajar daripada Rasulullah saw kepada isteri dan anak-anak mereka.