Wednesday, July 11, 2018

MTG Raya Open House








Setiap tahun kami di Milllionaire Thrivers Group pastinya tidak melepaskan peluang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama.  Maklumlah sewaktu hari raya masing-masing sibuk dengan keluarga sendiri.  Jadi kami mengambil peluang untuk meraikan bersama-sama di agensi kami.  Selalunya pada setiap tahun kami akan meraikannya secara pot luck supaya suasana raya terasa lebih meriah.

AS Adham dan AS Ashie datang jauh dari Kota Bharu membantu mempersiapkan agensi dengan hiasan untuk sambutan hari raya sehari sebelum majlis bermula.  Segalanya dilakukan bersama-sama.  Tidak lupa juga buat AS Maria yang sanggup datang vakum agensi walaupun sibuk untuk menyediakan hidangan pot luck.

Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi.  Kami semua bertungkus lumus untuk menyiapkan agensi dengan susunan juadah sempena hari raya.  Masing-masing datang dengan pakaian hari raya dan terasa sangat meriah sekali.






Pada pukul 10.00 pagi, kami menerima kunjungan dari pegawai atasan atau pihak pengurusan dari RHB Asset Management yang datang melawat agensi kami.  Ms Eliza Ng iaitu Managing Director dan juga CEO RHB Asset Management turut hadir disamping Chief Investment Officer.  Kami merasa sangat-sangat bertuah dapat mendengar ucapan dari CEO RHBAM, Ms Eliza di agensi kami.  Beliau juga agak terpesona dengan juadah-juadah yang disediakan.  Alhamdulillah...

Bergambar bersama barisan pihak pengurusan RHB Asset Management

Ucapan dari Ms Eliza, CEO RHB Asset Management

Pada sebelah tengahari pula kami menerima kunjungan dari pelabur-pelabur dan juga rakan-rakan yang datang untuk sama-sama memeriahkan majlis MTG Raya pada tahun ini.  Perunding-perunding kami juga menjemput pelabur-pelabur dan bakal pelabur mereka.  Alhamdulillah, ada yang dapat close deal pada waktu open house ini untuk jumlah yang agak besar!  Pelanggan gembira dan yakin apabila melihat agensi Millionaire Thrivers.


AS Ady Soleh bersama downlinenya UTC Mawardi dan prospek mereka.

Perunding MTG yang sentiasa ceria



Menerima kunjungan dari pelabur setia saya

Juadah kali ini banyak yang sedap-sedap semuanya.  Paling ditunggu-tunggu adalah serawa durian dari AS Maria yang paling diminati oleh semua perunding kami di Millionaire Thrivers Group.  Ada nasi lemak, rendang ayam, krim karamel, roti jala, laksa utara, cocktail buah, nasi himpit dan kuah kacang, dan macam-macam lagi.  Terima kasih buat semua yang sudi membawa makanan ni.

Serawa Durian dan Roti Jala







Pada sebelah petang pula kami menerima pula kunjungan dari pihak pengurusan Hong Leong MSIG Takaful Berhad termasuk En. Syed Redzo iaitu Head of Agency Business, En. Amri, Head of Sales, serta pihak pengurus dan eksekutif lain.  Kami juga menerima kunjungan dari wakil MyAngkasa Amanah Berhad, iaitu penyedia khidmat pengurusan harta pusaka yang kami tawarkan kepada pelanggan.

En. Syed Redzo dari HLMT dan En. Jauhari dari MyAngkasa Amanah

Pihak pengurusan HLMT


Majlis kemudiannya menjemput En. Syed Redzo memberikan ucapan beliau manakala En. Amri pula mengumumkan tawaran-tawaran baru sempena tahun kewangan 2018/2019 yang baru bermula.  Apa yang menarik adalah tawarang tunai dan peraduan ke Jogjakarta yang sangat mudah untuk dicapai. Wow...!!

Ucapan dari En. Syed Redzo




En. Syed Redzo juga bersama-sama membuat cabutan bertuah untuk perunding-perunding kami yang berjaya menyahut cabaran Aidilfitri Bonanza yang diadakan selama sebulan. Majlis akhirnya bersurai pada jam 7.00 petang. Sebelum bersurai sekali lagi kami bergotong royong membersihkan perkakasan dan juga agensi agar kembali seperti sedia kala.


Terima kasih semua perunding-perunding Millionaire Thrivers yang hebat..... semoga kejayaan milik kita semua.




Wednesday, April 4, 2018

RHB Achievers' Awards Night 2017


  



Pada 4hb April 2018 baru-baru ini, telah berlangsungnya majlis makan malam RHB Asset Management yang lebih dikenali sebagai RHB Achievers’ Award Dinner 2017 untuk meraikan perunding-perunding RHB Asset Management yang telahpun berjaya mencapai anugerah-anugerah yang diberikan sepanjang tahun 2017 yang lepas. Kali ini majlis makan malam ini mengetengahkan konsep Fashionista sebagai tema majlis makan malam pada tahun ini. Jadi tidak hairanlah sekiranya semua perunding-perunding RHB Asset Management pada malam ini kelihatan bergemerlapan dan memukau pandangan mata.

Malam itu saya selaku Presiden Millionaire Thrivers Group dan  Group Agency Manager mengenakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen selebriti tempatan iaitu Taufik Idros Creation (TIC). TIC banyak merekacipta fesyen fesyen untuk majlis-majlis yang berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik, Gegar Vaganza, Gema Gegar Vaganza, Bintang RTM dan lain-lain.



Fashionista - Jaket dari Taufik Idros Creation
                                   

Saya dan Iszairisuwarty Mendapat Anugerah ke Munich, Germany
 
Selain dari itu, malam ini menyaksikan beberapa perunding baru dibawah agensi Millionaire Thrivers Group menerima anugerah Regional Convention yang membawa mereka untuk menikmati percutian bertaraf 5 bintang secara percuma selama 4 hari 3 malam ke Bangkok dan Hua Hin.

Mereka adalah:
 1. Maria Ahmad
2. Ashie Yakub
3. Adham Arifin
4. Soleh Ahmad
5. Arief Hamdan
6. Shahrul Zamri 





Semestinya, seluruh agensi Millionaire Thrivers Group sangat-sangat berbangga dengan pencapaian mereka semua. Semoga pada tahun 2018 ini melakar lebih banyak kejayaan bagi perunding-perunding MTG untuk menerima anugerah Premier Convention ke Paris dan Regional Convention ke Shanghai & Hangzhou.

 



Sekiranya anda semua berminat untuk menjadi sebahagian dari perunding kami, sila hubungi saya, GAM Jeff AJ di http://www.wasap.my/60123023433 atau tekan saja mana-mana gambar perunding ‘Diamond’ kami yang terdapat pada homepage Millionaire Thrivers iaitu www.millionairethrivers.com  yang akan membawakan anda ke laman Facebook peribadi mereka untuk anda hubungi.

 

Friday, February 16, 2018

DUNIA ITU SEMENTARA TETAPI TANPA DUNIA KITA AKAN LEMAH





Apabila saya membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan, matlamat saya adalah untuk mempunyai masa terhadap keluarga dan agama. Tidak pernah sesekali saya berniat untuk menjadi kaya raya kerana bagi saya harta dunia tidak akan kekal dan kita mungkin hanyut dalam kealpaan.

Setakat mana kita boleh makan makanan yang sedap, setakat mana kita boleh tidur di atas tilam yang empuk dan selama mana kita mampu memandang rumah yang besar tersergam indah.

Namun begitu, tanpa dunia ekonomi kita akan lumpuh. Negara yang miskin senang dijajah. Bangsa yang lemah senang ditindas. Orang yang miskin tidak mampu menyumbang dari segi ekonomi untuk agama, bangsa dan negara.

Saya menyokong anak-anak muda untuk bekerja keras, mempunyai cita-cita yang besar dan menjadi kaya raya kerana mereka masih muda dan punya ruang waktu yang lama untuk menikmati kemewahan hidup serta membentuk masa hadapan yang lebih terjamin.

Bagi diri saya sendiri, saya sentiasa mencari-cari jalan bagaimana untuk bersara dengan cepat agar saya dapat menumpukan perhatian mencari khusnul khatimah. Namun, setakat ini masa masih belum mengizinkan. Saya masih ada tanggungjawab yang besar untuk membimbing insan-insan yang ingin berjaya. Insan-insan yang jujur kepada diri sendiri dan bertanggungjawab kepada keluarga.

Buat masa ini saya mempunyai dua perniagaan yang saya harus tumpukan. Satu untuk diri saya dan orang-orang yang saya bimbing dan satu lagi saya bina untuk keluarga dan masa hadapan anak saya Nurul Amani Izzati.

Kalau diikutkan satu sahaja sudah mencukupi, tetapi saya ingin anak saya menumpukan perhatian kepada pengajian agama. Jadi, saya perlu menyiapkan satu platform yang tersedia untuknya demi masa hadapan yang lebih terjamin. Saya tidak mahu dipersalahkan kelak. Biarlah buat masa ini saya berkorban masa saya untuk dirinya. Alhamdulillah, kedua-duanya semakin maju dan sangat menggembirakan saya.

Kalau setakat ingin menyara keluarga, berniaga di gerai tepi jalan pun sudah mencukupi untuk kehidupan yang biasa-biasa. Tetapi saya mahu menjadi seorang ayah yang dikagumi oleh anaknya sendiri. Bukan ayah yang tidak ada pencapaian.

Alhamdulillah, Amani sentiasa berbangga dengan diri saya. Satu suntikan semangat untuk saya berusaha dengan lebih rajin. Ini adalah hasil daripada pengorbanan saya memperjudikan masa hadapan diri saya dan dirinya satu waktu dahulu.

Saya sentiasa percaya rezeki itu di tangan Allah. Apa sahaja yang kita buat, sentiasa yakin dan berdoa. Tidak akan ada makhluk yang mampu menjejaskan rezeki kita selagi Allah menurunkannya kepada kita.

Kadang-kadang ada juga waktunya kita cuba dikhianati dari insan yang iri hati dengan kejayaan kita. Itu lumrah dunia. Bagi saya tidak perlu membalas kembali. Cukuplah kita tahu berapa dalam poket kita dan berapa di dalam poket mereka. Tidak perlu ada dendam kerana harus percaya Allah itu Maha Adil, cuma kadangkala rasa simpati datang dalam diri melihat keadaan orang-orang ini dan kehidupan mereka.

Tidak ada kejayaan yang datang dengan percuma. Walau apa sekalipun yang kita usahakan, usaha dengan bersungguh-sungguh. Sebesar mana pun impian kita, kena sentiasa ingat dunia ini hanya sementara. Biarlah harta yang kita kejar itu dapat membantu kita di akhirat, bukannya menyusahkan kita kelak.

Semakin kita mengejar dunia, semakin ia akan menjauh. Namun semakin kita mencari akhirat, semakin dekat ia datang. Semoga hidup kita semua beroleh keberkatan. Insyaallah....

#pesananuntukdirisendiri

Saturday, February 3, 2018

Pelajar Kolej Didapati Meninggal Selepas Kerugian Matawang Kripto

 

SEOUL: Pelajar kolej, yang kerugian banyak wang selepas melabur dalam mata wang maya, didapati mati di biliknya Rabu, selepas dilaporkan mengalami kemurungan. Ibu mangsa mendapati anaknya mati di biliknya Rabu pukul 7.50 pagi, menurut Balai Polis Busan Jin pada hari Khamis. Keluarga pelajar mendakwa bahawa mangsa pada asalnya memperolehi 200mil won Korea (RM720,000) dari pelaburannya. Oleh kerana peraturan kerajaan Korea Selatan untuk membendung pasaran yang semakin panas, telah menyebabkan nilai mata wang maya jatuh pada akhir Disember, menyebabkan pelaburan pelajar tersebut terjejas teruk. Selepas mangsa menunjukkan tanda-tanda kemurungan, dia dilaporkan bergantung kepada ubat tidur yang ditetapkan untuknya. Polis mengatakan bahawa dia telah menghadiri kolej peringkat tinggi sebagai pelajar tahun kedua. Pada semester pertama tahun lepas, dia mengambil cuti perubatan dari sekolahnya dan pulang ke kampung halamannya di Busan, di mana dia mula bekerja sebagai pekerja sosial pada bulan Oktober.

Pihak polis akan menyiasat kes ini dengan lebih lanjut. - Rangkaian Berita Korea Herald / Asia

Diterjemahkan oleh Jeff AJ
Baca lebih lanjut di sini.

Bitcoin Jatuh Menjunam 2018

 

 Bitcoin merosot ke tahap yang rendah untuk 2018, jatuh sejauh $ 8,449 di tengah kebimbangan mengenai peningkatan peraturan dan daya maju terbesar cryptocurrency. Mata wang maya telah kehilangan lebih daripada separuh nilainya sejak 18 Dis, ketika ia memuncak pada $19,511. Kejatuhan dalam bulan Januari mencecah $ 44.2 bilion daripada $ 200 bilion dalam nilai pasaran yang dihasilkan pada tahun lepas, kerugian terbesar dalam sebulan dalam dolar dalam sejarah aset digital yang singkat. Kebanyakan duit syiling maya hilang nilai pada bulan Januari, memandangkan pengawal selia A.S. meningkatkan pengawasan salah satu pertukaran mata wang digital terbesar di dunia. Cryptocurrency di China juga retak pada awal bulan ini.

 Diterjemahkan oleh Jeff AJ Sumber: Bloomberg