Friday, August 3, 2018

Percutian Percuma Ke Bangkok dan Hua Hin







Baru-baru ini pada 27 Jul - 30 Jul 2018, pihak RHB Asset Management telah menaja sebuah percutian percuma ke Bangkok dan Hua Hin selama 4 hari 3 malam.  Percutian ini diberikan khas untuk perunding-perunding unit amanah baharu dibawah RHB Asset Management yang telahpun memberikan pencapaian yang memberangsangkan sepanjang tahun 2017.





Percutian ke Bangkok dan Hua Hin ini dinamakan Regional Sales Convention 2017.  Apa yang menariknya, target yang diberikan untuk percutian percuma ini tidaklah banyak bersesuaian dengan pengkhususan yang diberikan hanya untuk perunding-perunding baharu.  Perunding-perunding baharu cuma dikehendaki mengumpul RM500,000 jumlah pelaburan sepanjang tahun 2017.  Sungguh mudah sekali.

Disebabkan jumlah yang layak agak ramai, maka percutian ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.  Kumpulan A bercuti lebih awal sehari dan pulang lebih awal sehari dari Kumpulan B.  Saya turut serta menyertai percutian ini bagi menemani perunding-perunding di bawah jagaan saya yang telahpun layak.


Saya rasa cukup gembira melihat mereka sangat-sangat enjoy dengan percutian bertaraf 5 Bintang ini.  Bagi semua perunding RHB Asset Management, percutian yang paling utama adalah Premier Sales Convention yang mana perunding dikehendaki mengumpulkan pelaburan berjumlah RM2,000,000 bagi melayakkan mereka untuk bercuti.  Percutian itu pastinya lebih mewah dan destinasinya lebih jauh.  Untuk pencapaian pada tahun 2017, RHB Asset Management membawa kami bercuti ke Munich selama seminggu.  Semoga mereka yang berjaya dan menikmati percutian Regional Sales Convention ini merasa teruja dan lebih bersemangat untuk melayakkan diri mereka ke Premier Sales Convention RHB Asset Management yang akan membawa semua perunding ke Paris pada tahun hadapan.

HARI PERTAMA

Kami bertolak ke Bangkok menaiki pesawat Thai Airways dengan layanan yang cukup menarik bersesuaian dengan taraf penerbangan 5 bintang mereka.  Pesawat TG416 mengambil masa lebih kurang 2 jam dari KLIA ke Suvarnabumi Airport di Bangkok.







Sesampainya di airport, kami dijemput oleh ejen pelancongan yang dilantik khas oleh pihak RHBAM.  Kami kemudiannya dibawa menaiki tourist coach ke Hua Hin. Perjalanan ke Hua Hin mengambil masa lebih kurang 4 jam kerana keadaan jalan yang agak sesak.  Setibanya kami di Hua Hin lebih kurang jam 8 malam, kami dijamu disebuah restoran makanan laut.  Menu makanan yang dihidangkan memang terlalu banyak sehingga semuanya kekenyangan.  Thailand terkenal dengan makanan masakan Thai yang sedap, apatah lagi apabila kami dapat menikmati makanan Thai yang asli atau authentic.












Selesai makan kami dibawa berjalan-jalan ke pasar malam.  Disebabkan kepenatan berada di dalam bas dan kapal terbang serta perjalanan yang agak jauh, kami mengambil peluang untuk mengurut kaki di pusat-pusat urutan yang bertebaran seperti cendawan tumbuh di pasar malam tersebut.  Harga urutan sejam sangat murah iaitu BHT100 atau RM12.00.  Kami diberi masa selama sejam untuk berada di sana dan kemudian kami dihantar ke hotel yang ditempah khas oleh pihak RHBAM iaitu The Imperial Hua Hin Beach Resort.  Proses check in sangat senang, sampainya di hotel semua kunci beserta nama kami sudahpun tersedia.  Apa lagi semua masuk ke bilik dan terus beradu kerana kepenatan.


HARI KEDUA





Keesokan paginya kami bersarapan di hotel sebelum menaiki bas menuju ke tempat-tempat menarik sekitar Hua Hin. Tempat pertama yang kami pergi adalah Huahin Sam Phan Nam Floating Market.  Di Thailand floating market sangatlah terkenal dan hampir ada di semua tempat. Di sini terdapat banyak makanan, buah-buahan, pakaian dan barangan cenderahati yang cukup murah.  Sejam lebih berada di sana kami berpeluang shopping dan menaiki boat meronda kawasan floating market.  







Kemudiannya kami dihantar ke sebuah restoran tempatan untuk menikmati makan tengahari. Seperti yang dijangka, makan tengahari kali ini pun cukup banyak lauk pauk.  Habis sahaja makan tengahari kami dihidangkan pula dengan pulut mangga dan durian Thai yang sangat sedap. 











Selesai makan, kami di bawa ke Swiss Sheep Farm.  Ini merupakan theme park yang berkonsepkan pertanian di mana pengunjung boleh memberi makan kepada kambing biri-biri yang ada di sana disamping terdapat beberapa tempat menarik untuk bergambar.  Selepas itu kami bertolak ke Santorini Park di Hua Hin.  Ini merupakan pusat membeli belah berkonsepkan Pulau Santorini yang terletak di Greece.  Santorini terkenal dengan pulau yang mempunyai bangunan dengan hanya dua warna iaitu biru dan putih. Selesai bergambar di Santorini Park kami menaiki bas dan bertolak ke Bangkok untuk makan malam bersama Kumpulan A atau 'Get Together Dinner'.










GET TOGETHER DINNER

Setibanya kami di Bangkok, kami singgah dulu bersolat di sebuah masjid di tengah-tengah bandaraya Bangkok.  Di Bangkok ini tidak begitu susah untuk mencari masjid kerana umat Islamnya agak ramai.  Selesai bersolat, kami menuju ke Chao Praya Princess Cruise untuk menikmati makan malam bersama-sama Kumpulan A.  Sebelum menaiki kapal kami diminta untuk bergambar bersama dengan penyambut tetamu cruise tersebut.








Suasana di dalam kabin kapal sungguh mewah.  Kami bertuah kerana semua urusan makanan diuruskan oleh pihak RHBAM supaya ianya halal.  Kami dihiburkan dengan live band semasa menikmati juadah makan malam yang dihidangkan secara buffet.  Selesai makan kami lepak-lepak di dek kapal.




Cruise tersebut kemudiannya telah sampai ke pelabuhan apabila semua orang telahpun selesai makan dan menikmati suasana di atas cruise yang cukup menarik terutamanya apabila kami dapat melihat bangunan-bangunan di kotaraya Bangkok yang dilimpahi cahaya lampu yang sungguh indah.  







Namun begitu kami tidak dibenarkan keluar setelah semua tetamu-tetamu lain turun dari cruise tersebut.  Ada kejutan katanya.  Kami kemudiannya telah di bawa ke tengah-tengah sungai Chao Praya yang besar itu.  Di dalam kegelapan, kami melihat sebuah kapal dengan cahaya bertulis RHBAM berada di tengah-tengah sungai yang gelap.  Tiba-tiba bunga api melayang ke udara dengan tulisan RHB Asset Management dan diikuti dengan bunga api yang menarik dilantunkan ke udara.  Terasa diri kami ini sangat-sangat istimewa dengan layanan yang sungguh memukau oleh RHBAM.




Selesai makan malam, kami terus pulang ke hotel. Kali ini hotel kami adalah di Centre Point Hotel Pratunam.  Bilik yang diberikan kepada kami agak besar, siap dengan ruangan pantry dan peti sejuk.  Mewah sekali hotel ini.  Hotel ini dipilih kerana perunding-perunding RHBAM meminta agar pihak pengurusan memilih hotel di tengah-tengah bandar untuk memudahkan kami berjalan free and easy pada sebelah malam.



HARI KETIGA

Selesai bersarapan pagi, kami telahpun dibawa untuk bershopping di Chartuchak Weekend Market.  Kalau pergi ke Bangkok dan tidak singgah ke Chatuchak ni memanglah rugi. Tempat ini sangat-sangat besar. Terdapat lebih 8,000 kedai di Chatuchak ni!! Dari sekecil-kecil barang, gerai makanan sehinggalah ke kedai-kedai menjual perabot cantik dan aksesori yang berharga ribuan ringgit.  Kebanyakan hotel datang membeli perabot di sini kerana ianya cantik, unik dan murah.  Ketika saya bekerja di Golden Lounge, Malaysia Airlines, kami juga datang ke sini untuk membeli tray, kotak tisu, tong sampah dan sebagainya.




Saya banyak membeli cenderahati untuk kawan-kawan, saudara mara dan downline saya di RHBAM dan Hong Leong MSIG Takaful.  Ianya sangat-sangat murah berbanding dengan harga di Malaysia.  Hampir 5 kali ganda lebih murah!

Kemudian kami telah berkumpul dibawa ke Gem Gallery iaitu tempat menjual batu permata, barang kemas dan aksesori yang menarik.  Memang murah dan sangat-sangat memukau kecantikan batu permata di situ. Ramai perunding-perunding RHBAM mengambil peluang untuk bershopping di situ.  Ada juga yang hanya window shopping sahaja.

Setelah selesai bershopping di Gem Gallery, kami telahpun dibawa ke MBK Centre untuk bershopping.  Harga barangan di sana tersangatlah murah.  Aksesori handphone, gajet, beg troli, pakaian, makanan semuanya murah!!  Memang rambang mata kami kelihatnya.  Pada mulanya saya hanya menukar RM500 untuk ke Bangkok kerana tidak berniat untuk bershopping.  Namun, iman saya kalah. Hehehe...  Terpaksalah swipe credit card...

Habis sahaja shopping kami di bawa ke tingkat atas di mana terdapatnya restoran makanan laut yang halal milik orang Islam.  Seperti biasa, makanan yang dihidangkan terlalu banyak sehingga kami tidak lagi mampu untuk menghabiskannya.  Selesai makan kami pulang ke hotel.







Pada sebelah malamnya kami mengambil Grab untuk menyinggah di Hard Rock Cafe.  Biasalah, kalau pergi ke negara luar pasti nak beli T-Shirt Hard Rock dari sana sebagai koleksi.  Kami pergi agak lewat, iaitu pukul 11 malam.  Selesai shopping, kami singgah sekejap untuk melihat live band di dalam Hard Rock cafe sebelum ianya di tutup pada jam 12 malam.










HARI KE EMPAT

Ini merupakan hari terakhir kami di sini.  Selesai sahaja bersarapan kami telahpun di bawa ke Healthland untuk menikmati Thai Massage.  Teknik urutan di sini adalah berlapik iaitu mereka tidak menyentuh tubuh kita.  Namun begitu teknik urutan sangatlah sedap sehingga kami tertidur ketika diurut.  Tempat ini juga cukup besar dan menarik.  Di kawasan lobinya pula mereka menjual 'body care' yang berteraskan aroma terapi dan spa.  Selesai sahaja mengurut selama 2 jam yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak RHBAM, kami dibawa menaiki bas untuk ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi.











Di sana kami check in dan menikmati makan tengahari sebelum berlepas pulang menaiki Thai Airway TG417.  Walaupun trip ini cuma 4 hari namun pengalaman yang kami alami sangatlah hebat.  Terima kasih RHBAM di atas layanan yang hebat ini.  Insya Allah, semoga kami dapat ke Paris pada tahun hadapan secara percuma untuk RHBAM Premier Sales Convention 2018.

Tuesday, July 24, 2018

Latihan Mingguan: Close Client melalui Carian Fakta





Agensi Millionaire Thrivers Group dan Empire Legacy Venture sememangnya sudah hampir setahun bergabung untuk mengadakan kelas latihan setiap minggu secara bersama.  Kelas latihan ini selalunya diadakan pada setiap hari Selasa, jam 8.30 malam bertempat di agensi Empire Legacy di Seri Kembangan.

Pada hari ini giliran AS Ady Soleh atau Soleh Ahmad untuk mengadakan kelas.  Setiap minggu kami akan rotate tenaga pengajar untuk memastikan ilmu yang diberikan itu mempunyai variasi yang berbeza kerana setiap perunding mempunyai kekuatan dan kelebihan mereka masing masing.

Pada hari ini Ady Soleh berkongsi bagaimana untuk mendapatkan client melalui pencarian fakta atau perbualan dengan client. Kadang-kadang sebagai perunding kewangan dan mempunyai banyak produk, kita mempunyai kecenderungan untuk merasa keliru apa yang perlu diberikan kepada client. Tetapi melalui pencarian fakta ini, kita dapat menilai tahap kewnngan pelanggan dan apa keperluan kewangan yang sebenarnya untuk pelanggan tersebut.




Paling penting kita tidak boleh menjual sesuatu yang kita suka.  Kita kena syorkan kepada client sesuatu yang mereka perlukan dengan memberikan kesedaran kepada pelanggan mengenai cara pengurusan wang yang berhemah.

Malam ini saya menggunakan peluang ini juga untuk berkongsi bagaimana menggunakan teknik perbualan carian fakta atau fact finding ini untuk mencari apakah produk yang sesuai untuk pelanggan dan bagaimana cara untuk membuatkan pelanggan mengambil beberapa produk sekaligus seperti simpanan unit amanah, pembiayaan ASB, skim persaraan swasta dan perlindungan takaful pada satu masa.

Alhamdulillah, melalui perkongsian pada malam ini para perunding Millionaire Thrivers dan Empire Legacy nampak lebih bersemangat untuk memperaktikkan cara yang baru mereka belajar ini.  Melalui cara ini, kami boleh menunjukkan kemampuan kepada pelanggan melalui cara pendedahan kewangan dan khidmat nasihat secara jujur dan professional.



Kelas malam ini diakhiri dengan perkongsian dari GAM Dr. Norhayati mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap perunding unit amanah dan takaful kami serta cara-cara bagaimana untuk mengatasinya dan menanganinya dengan berkesan. Pada malam ini kelas berakhir hampir jam 10.45 malam.

Semoga perkongsian pada kali ini memberikan faedah dan ilmu yang berguna untuk semua yang hadir.  Insyaallah...

Wednesday, July 11, 2018

MTG Raya Open House








Setiap tahun kami di Milllionaire Thrivers Group pastinya tidak melepaskan peluang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama.  Maklumlah sewaktu hari raya masing-masing sibuk dengan keluarga sendiri.  Jadi kami mengambil peluang untuk meraikan bersama-sama di agensi kami.  Selalunya pada setiap tahun kami akan meraikannya secara pot luck supaya suasana raya terasa lebih meriah.

AS Adham dan AS Ashie datang jauh dari Kota Bharu membantu mempersiapkan agensi dengan hiasan untuk sambutan hari raya sehari sebelum majlis bermula.  Segalanya dilakukan bersama-sama.  Tidak lupa juga buat AS Maria yang sanggup datang vakum agensi walaupun sibuk untuk menyediakan hidangan pot luck.

Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi.  Kami semua bertungkus lumus untuk menyiapkan agensi dengan susunan juadah sempena hari raya.  Masing-masing datang dengan pakaian hari raya dan terasa sangat meriah sekali.






Pada pukul 10.00 pagi, kami menerima kunjungan dari pegawai atasan atau pihak pengurusan dari RHB Asset Management yang datang melawat agensi kami.  Ms Eliza Ng iaitu Managing Director dan juga CEO RHB Asset Management turut hadir disamping Chief Investment Officer.  Kami merasa sangat-sangat bertuah dapat mendengar ucapan dari CEO RHBAM, Ms Eliza di agensi kami.  Beliau juga agak terpesona dengan juadah-juadah yang disediakan.  Alhamdulillah...

Bergambar bersama barisan pihak pengurusan RHB Asset Management

Ucapan dari Ms Eliza, CEO RHB Asset Management

Pada sebelah tengahari pula kami menerima kunjungan dari pelabur-pelabur dan juga rakan-rakan yang datang untuk sama-sama memeriahkan majlis MTG Raya pada tahun ini.  Perunding-perunding kami juga menjemput pelabur-pelabur dan bakal pelabur mereka.  Alhamdulillah, ada yang dapat close deal pada waktu open house ini untuk jumlah yang agak besar!  Pelanggan gembira dan yakin apabila melihat agensi Millionaire Thrivers.


AS Ady Soleh bersama downlinenya UTC Mawardi dan prospek mereka.

Perunding MTG yang sentiasa ceria



Menerima kunjungan dari pelabur setia saya

Juadah kali ini banyak yang sedap-sedap semuanya.  Paling ditunggu-tunggu adalah serawa durian dari AS Maria yang paling diminati oleh semua perunding kami di Millionaire Thrivers Group.  Ada nasi lemak, rendang ayam, krim karamel, roti jala, laksa utara, cocktail buah, nasi himpit dan kuah kacang, dan macam-macam lagi.  Terima kasih buat semua yang sudi membawa makanan ni.

Serawa Durian dan Roti Jala







Pada sebelah petang pula kami menerima pula kunjungan dari pihak pengurusan Hong Leong MSIG Takaful Berhad termasuk En. Syed Redzo iaitu Head of Agency Business, En. Amri, Head of Sales, serta pihak pengurus dan eksekutif lain.  Kami juga menerima kunjungan dari wakil MyAngkasa Amanah Berhad, iaitu penyedia khidmat pengurusan harta pusaka yang kami tawarkan kepada pelanggan.

En. Syed Redzo dari HLMT dan En. Jauhari dari MyAngkasa Amanah

Pihak pengurusan HLMT


Majlis kemudiannya menjemput En. Syed Redzo memberikan ucapan beliau manakala En. Amri pula mengumumkan tawaran-tawaran baru sempena tahun kewangan 2018/2019 yang baru bermula.  Apa yang menarik adalah tawarang tunai dan peraduan ke Jogjakarta yang sangat mudah untuk dicapai. Wow...!!

Ucapan dari En. Syed Redzo




En. Syed Redzo juga bersama-sama membuat cabutan bertuah untuk perunding-perunding kami yang berjaya menyahut cabaran Aidilfitri Bonanza yang diadakan selama sebulan. Majlis akhirnya bersurai pada jam 7.00 petang. Sebelum bersurai sekali lagi kami bergotong royong membersihkan perkakasan dan juga agensi agar kembali seperti sedia kala.


Terima kasih semua perunding-perunding Millionaire Thrivers yang hebat..... semoga kejayaan milik kita semua.




Wednesday, April 4, 2018

RHB Achievers' Awards Night 2017


  



Pada 4hb April 2018 baru-baru ini, telah berlangsungnya majlis makan malam RHB Asset Management yang lebih dikenali sebagai RHB Achievers’ Award Dinner 2017 untuk meraikan perunding-perunding RHB Asset Management yang telahpun berjaya mencapai anugerah-anugerah yang diberikan sepanjang tahun 2017 yang lepas. Kali ini majlis makan malam ini mengetengahkan konsep Fashionista sebagai tema majlis makan malam pada tahun ini. Jadi tidak hairanlah sekiranya semua perunding-perunding RHB Asset Management pada malam ini kelihatan bergemerlapan dan memukau pandangan mata.

Malam itu saya selaku Presiden Millionaire Thrivers Group dan  Group Agency Manager mengenakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen selebriti tempatan iaitu Taufik Idros Creation (TIC). TIC banyak merekacipta fesyen fesyen untuk majlis-majlis yang berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik, Gegar Vaganza, Gema Gegar Vaganza, Bintang RTM dan lain-lain.



Fashionista - Jaket dari Taufik Idros Creation
                                   

Saya dan Iszairisuwarty Mendapat Anugerah ke Munich, Germany
 
Selain dari itu, malam ini menyaksikan beberapa perunding baru dibawah agensi Millionaire Thrivers Group menerima anugerah Regional Convention yang membawa mereka untuk menikmati percutian bertaraf 5 bintang secara percuma selama 4 hari 3 malam ke Bangkok dan Hua Hin.

Mereka adalah:
 1. Maria Ahmad
2. Ashie Yakub
3. Adham Arifin
4. Soleh Ahmad
5. Arief Hamdan
6. Shahrul Zamri 





Semestinya, seluruh agensi Millionaire Thrivers Group sangat-sangat berbangga dengan pencapaian mereka semua. Semoga pada tahun 2018 ini melakar lebih banyak kejayaan bagi perunding-perunding MTG untuk menerima anugerah Premier Convention ke Paris dan Regional Convention ke Shanghai & Hangzhou.

 



Sekiranya anda semua berminat untuk menjadi sebahagian dari perunding kami, sila hubungi saya, GAM Jeff AJ di http://www.wasap.my/60123023433 atau tekan saja mana-mana gambar perunding ‘Diamond’ kami yang terdapat pada homepage Millionaire Thrivers iaitu www.millionairethrivers.com  yang akan membawakan anda ke laman Facebook peribadi mereka untuk anda hubungi.