Friday, May 10, 2019

PERKONGSIAN | Whatsapp Group



Saya percaya kita semua ada whatsapp group. Ada group yang meriah dan tak henti henti berbunyi. Namun pernahkah kita cuba perhatikan siapa selalunya yang paling rajin berkongsi segala artikel, tips, berita dan sebagainya?

Pernah tak orang yang berjaya dalam group kita sangat rajin berkongsi atau forward maklumat, lawak jenaka dan sebagainya dalam whatsapp group? Selalunya mereka seperti ini lebih berdiam diri dan kurang berkomunikasi...  Bukan kerana mereka sombong tetapi mereka sebenarnya mereka tidak ada masa untuk dibazirkan.

Orang yang berjaya selalunya cuma bercakap perkara yang penting penting serta berkongsi peluang sahaja untuk orang lain membuat tindakan bagi mengubah hidup mereka.

Meluangkan masa terlalu banyak dalam whatsapp sebenarnya adalah satu pembaziran. Ianya tidak memberikan sebarang faedah untuk kita dan masa yang berharga terbuang begitu sahaja.

Jom jadikan diri kita produktif dan sentiasa menggunakan peluang untuk meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga.

Thursday, May 9, 2019

REVIEW | Nasi Lemak Segera




Pagi tadi saya dapat Nasi Lemak segera Nasgera Original ni dari travel agent.

Masa dalam bullet train nak ke Paris saya cuba buat ni. Cara dia lebih kurang macam buat maggi goreng je. Tapi rasanya sangat original... macam fresh nasi lemak. Sambal dia pun sedap.

Worth to try.

Sunday, April 7, 2019

Hibah TH 1.25%



Ramai yang mengeluh hibah TH 1.25%. Tapi perlu kita ingat, apabila kita membuat simpanan yang berlandaskan syariah, ianya adalah berdasarkan konsep mudharabah.

Dalam Islam konsep perniagaan mestilah untung sama dirasa, rugi sama ditanggung. Sebelum ini TH  pernah memberikan keuntungan yang lebih tinggi dari FD. Kita harus bersyukur. Kita tak boleh nak untung sentiasa.

Konsep pelaburan yang memberikan keuntungan secara tetap adalah bukan pelaburan yang berasaskan syariah. Contohnya, jaminan keuntungan 1% sebulan atau 12% setahun. Perniagaan dalam Islam tidak boleh ada jaminan kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada urusan perniagaan pada masa hadapan.

Sekiranya keuntungan sudah ditetapkan, kalau syarikat rugi maka ianya menguntungkan sebelah pihak. Begitu juga kalau syarikat untung melambung tinggi, pelabur hanya mendapat jumlah keuntungan setakat yang dijanjikan sahaja.

Kadang-kadang kita ni bila nak beli perlindungan mesti Takaful, nak simpan duit mesti Islamic, nak loan mesti Islamic, nak makan mesti halal. Tapi bila nampak sahaja pelaburan yang memberi jaminan keuntungan kita letak ketepi semua prinsip yang kita pegang.

Mungkin pada masa sekarang TH mengalami detik kesukaran dan sedang melalui penstrukturan syarikat. Jadi, kita kena sama-sama support. Kalau kita tak puas hati, keluarkan sahaja duit dan simpan ditempat yang boleh menjanjikan pulangan yang lebih tinggi.

Pelaburan Lesap



Hari ni saya ke klinik sebab sore throat belum hilang. Dr kata sebab dehydrated dan kurang minum air.

Kat Klinik ni saya sangat-sangat suka sebab Dr dan staff kaunter sangatlah mesra. Macam kawan-kawan...

Bila bercakap kakak yang bekerja dia kaunter, barulah saya tahu yang dia rupanya bekas pekerja Malaysia Airlines Medical Centre. Patutlah mesra semacam. Baru saya dapat recall balik dia dulu masa zaman bersama MAS.

Dia tanya saya kerja apa, saya cakap saya buat pelaburan dengan RHB. Terus dia cerita duit dia lebur disebabkan pelaburan dengan KONGSIMAKAN.

Sejak dari dulu saya memang benci orang yang recommend pelaburan yang tidak berhemah. Sebelum terkena segala bukti ditunjukkan kononnya pelaburan lulus BNM, kerajaan dan sebagainya. Tapi bila terjerat semua lepas tangan..

Kalau nak tahu pelaburan itu bagus dan diluluskan atau tidak, terus saja email ke BNM Telelink. Biarlah dah 2-3 tahun mereka bayar komisen seperti yang dijanjikan sekalipun. Asalkan jangan masa kita join je semuanya kaput.

Sebelum ni pernah beberapa orang bertanya pada saya tentang pelaburan tertentu.. Apabila saya check dengan BNM, pelaburan mereka tak berlesen jadi saya nasihatkan supaya jangan join. Walaupun mereka berkeras mengatakan pelaburan dah beberapa tahun bagi pulangan kat orang lain. Dan semua yang saya check tu selepas setahun dua lingkup. Nasib baik client saya tak terpedaya.

Cuma yang paling saya ralat apabila ada Client saya yang tak dengar nasihat. Minta saya keluarkan semua pelaburan unit trust beliau dengan tergesa-gesa sampai marah-marah sebab tak sabar nak tunggu duit masuk.

Beliau juga keluarkan semua duit EPF untuk melabur dalam Geneva Gold. Kebetulan pula umur beliau baru cecah  55 tahun waktu tu. Sampai sekarang beliau terduduk. Duit simpanan selama kerja dari muda sampai umur 55 tahun semuanya hilang... Memang sedih mengingatkan nasib yang menimpa beliau.

Sama-sama kita ingatkan saudara mara kita supaya jangan terpedaya dengan skim skim sebegini. Beringat sebelum kena.

Wednesday, March 27, 2019

CARA SINGKAT MEMBORONG PAHALA


1⃣. Membaca Surah Al-Ikhlas
Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam sholat apabila kita mengejar masa.

Rasulullah  ﷺ bersabda: "Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga." (Hadis Riwayat Ahmad)

Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!

2⃣. Bersolawat Kepada Rasulullah ﷺ
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Rasulullah   kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.

"Barangsiapa yang bersolawat ke atasku sekali, niscaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda". (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam masa satu minit, kita boleh bersolawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.

3⃣. Beristighfar Memohon Keampunan
Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka.
Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad ﷺ:
"Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek *“astaghfirullah hal adzim”,* boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

4⃣. Bertanya Khabar Keluarga
Dengan wujudnya perbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau WA sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.

Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim.

Sabda Nabi Muhammad ﷺ: "Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim." (Hadis Riwayat Bukhari)

5⃣. Lafaz Tasbih
Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih yaitu: *"Subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim."* (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

6⃣. Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan
Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit.

Tetapi Nabi Muhammad  juga ada bersabda ﷺ:
"Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga." (Hadis Riwayat Bukhari)

Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.

7⃣. Mendoakan Orang Lain
Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insya Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.

Rasulullah bersabda ﷺ :
"Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, niscaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya." (Hadis Riwayat al-Thabarani)

8⃣. Sebarkan Kebaikan
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahalanya.

Seperti sabda  Nabi Muhammad ﷺ:
"Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun." (Hadis Riwayat Muslim)

Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapatkan pahala-Nya.

🔮 TAK MAMPU BUAT SEMUA, JGN TINGGAL SEMUA🔮

#sayyidul istighfar
#pbykknselawat
#sygkaliankrnAllah
M