Saturday, May 11, 2019

MOTIVASI: Haters Di Mana-mana



Setiap manusia mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza berdasarkan 'qalbu' atau hati mereka.

Jangan terlalu mengambil pusing kenapa ada orang yang tidak sukakan kita, kenapa ada orang sukakan kita kerana ianya tidak menjamin kejayaan kita.

Pegang satu perkara, Rasulullah ﷺ  itu maksum atau insan yang sempurna dari segala sudut termasuk akhlaknya. Adakah semua manusia menyukai Baginda? Walhal ada orang yang buta dan tidak pernah berjumpa dengan baginda sekali pun membencinya hasil dari cerita-cerita buruk manusia.

Kita tidak perlu menjadi seorang yang 'perfectionist' demi mengambil hati orang lain. Cuma buat perkara yang baik-baik, buat perkara yang mampu meningkatkan nilai hidup diri dan orang lain. Selain dari itu terserahlah kepada orang lain untuk menilai diri kita.

Perfect di mata manusia itu tidak penting, perfect di mata Allah adalah segala galanya. Kejar redha Allah bukan kejar redha manusia. Selagi bergelar manusia, apa sahaja yang kita lakukan akan nampak bagus di mata sesetengah orang tetapi nampak buruk pada mata sesetengah orang yang lain.

Hanya Allah yang tahu hati budi kita dan kejarlah redha Allah. Apabila Allah redha, segala apa yang kita buat pun akan menjadi lebih mudah.

Friday, May 10, 2019

PERKONGSIAN | Whatsapp Group



Saya percaya kita semua ada whatsapp group. Ada group yang meriah dan tak henti henti berbunyi. Namun pernahkah kita cuba perhatikan siapa selalunya yang paling rajin berkongsi segala artikel, tips, berita dan sebagainya?

Pernah tak orang yang berjaya dalam group kita sangat rajin berkongsi atau forward maklumat, lawak jenaka dan sebagainya dalam whatsapp group? Selalunya mereka seperti ini lebih berdiam diri dan kurang berkomunikasi...  Bukan kerana mereka sombong tetapi mereka sebenarnya mereka tidak ada masa untuk dibazirkan.

Orang yang berjaya selalunya cuma bercakap perkara yang penting penting serta berkongsi peluang sahaja untuk orang lain membuat tindakan bagi mengubah hidup mereka.

Meluangkan masa terlalu banyak dalam whatsapp sebenarnya adalah satu pembaziran. Ianya tidak memberikan sebarang faedah untuk kita dan masa yang berharga terbuang begitu sahaja.

Jom jadikan diri kita produktif dan sentiasa menggunakan peluang untuk meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga.

Thursday, May 9, 2019

REVIEW | Nasi Lemak Segera




Pagi tadi saya dapat Nasi Lemak segera Nasgera Original ni dari travel agent.

Masa dalam bullet train nak ke Paris saya cuba buat ni. Cara dia lebih kurang macam buat maggi goreng je. Tapi rasanya sangat original... macam fresh nasi lemak. Sambal dia pun sedap.

Worth to try.

Sunday, April 7, 2019

Hibah TH 1.25%



Ramai yang mengeluh hibah TH 1.25%. Tapi perlu kita ingat, apabila kita membuat simpanan yang berlandaskan syariah, ianya adalah berdasarkan konsep mudharabah.

Dalam Islam konsep perniagaan mestilah untung sama dirasa, rugi sama ditanggung. Sebelum ini TH  pernah memberikan keuntungan yang lebih tinggi dari FD. Kita harus bersyukur. Kita tak boleh nak untung sentiasa.

Konsep pelaburan yang memberikan keuntungan secara tetap adalah bukan pelaburan yang berasaskan syariah. Contohnya, jaminan keuntungan 1% sebulan atau 12% setahun. Perniagaan dalam Islam tidak boleh ada jaminan kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada urusan perniagaan pada masa hadapan.

Sekiranya keuntungan sudah ditetapkan, kalau syarikat rugi maka ianya menguntungkan sebelah pihak. Begitu juga kalau syarikat untung melambung tinggi, pelabur hanya mendapat jumlah keuntungan setakat yang dijanjikan sahaja.

Kadang-kadang kita ni bila nak beli perlindungan mesti Takaful, nak simpan duit mesti Islamic, nak loan mesti Islamic, nak makan mesti halal. Tapi bila nampak sahaja pelaburan yang memberi jaminan keuntungan kita letak ketepi semua prinsip yang kita pegang.

Mungkin pada masa sekarang TH mengalami detik kesukaran dan sedang melalui penstrukturan syarikat. Jadi, kita kena sama-sama support. Kalau kita tak puas hati, keluarkan sahaja duit dan simpan ditempat yang boleh menjanjikan pulangan yang lebih tinggi.

Pelaburan Lesap



Hari ni saya ke klinik sebab sore throat belum hilang. Dr kata sebab dehydrated dan kurang minum air.

Kat Klinik ni saya sangat-sangat suka sebab Dr dan staff kaunter sangatlah mesra. Macam kawan-kawan...

Bila bercakap kakak yang bekerja dia kaunter, barulah saya tahu yang dia rupanya bekas pekerja Malaysia Airlines Medical Centre. Patutlah mesra semacam. Baru saya dapat recall balik dia dulu masa zaman bersama MAS.

Dia tanya saya kerja apa, saya cakap saya buat pelaburan dengan RHB. Terus dia cerita duit dia lebur disebabkan pelaburan dengan KONGSIMAKAN.

Sejak dari dulu saya memang benci orang yang recommend pelaburan yang tidak berhemah. Sebelum terkena segala bukti ditunjukkan kononnya pelaburan lulus BNM, kerajaan dan sebagainya. Tapi bila terjerat semua lepas tangan..

Kalau nak tahu pelaburan itu bagus dan diluluskan atau tidak, terus saja email ke BNM Telelink. Biarlah dah 2-3 tahun mereka bayar komisen seperti yang dijanjikan sekalipun. Asalkan jangan masa kita join je semuanya kaput.

Sebelum ni pernah beberapa orang bertanya pada saya tentang pelaburan tertentu.. Apabila saya check dengan BNM, pelaburan mereka tak berlesen jadi saya nasihatkan supaya jangan join. Walaupun mereka berkeras mengatakan pelaburan dah beberapa tahun bagi pulangan kat orang lain. Dan semua yang saya check tu selepas setahun dua lingkup. Nasib baik client saya tak terpedaya.

Cuma yang paling saya ralat apabila ada Client saya yang tak dengar nasihat. Minta saya keluarkan semua pelaburan unit trust beliau dengan tergesa-gesa sampai marah-marah sebab tak sabar nak tunggu duit masuk.

Beliau juga keluarkan semua duit EPF untuk melabur dalam Geneva Gold. Kebetulan pula umur beliau baru cecah  55 tahun waktu tu. Sampai sekarang beliau terduduk. Duit simpanan selama kerja dari muda sampai umur 55 tahun semuanya hilang... Memang sedih mengingatkan nasib yang menimpa beliau.

Sama-sama kita ingatkan saudara mara kita supaya jangan terpedaya dengan skim skim sebegini. Beringat sebelum kena.