Thursday, August 29, 2019

‼️ DISKAUN CHECK MATA DI OPTIMAX ‼️



Alhamdulillah, baru selesai buat check up mata dekat Optimax. Bila kita buat lasik ni, setiap tahun akan ada annual check sebab dia akan jaga kita sepanjang hayat. Doctor pesan kat semua suruh selalu pakai sunglasses untuk melambatkan katarak.

Katarak ni bukan sejenis penyakit disebabkan tetapi faktor usia. Kalau rambut kita, bila usia meningkat akan jadi putih. Begitu juga dengan lens mata kita, ia akan jadi semakin kuning dan putih. Jadi penglihatan kita akan jadi semakin kabur.

Kat Optimax ni boleh datang walk in sahaja untuk check mata. Dia ada banyak mesin mesin canggih untuk check tekanan mata, saraf dalam mata (kalau kolesterol tinggi atau diabetes, saraf boleh rosak dan kita boleh jadi buta), dll. Kalau nak buat lasik mesti bawah umur 47 tahun ya.

Harga check up cuma RM190 tapi kalau guna nama saya dapat diskaun, harga cuma RM120 untuk check secara details. Ini privilege untuk semua customer yang pernah buat lasik di Optimax. Just sebut nama penuh saya - Abdullah Jafri bin Ab Ghani, terus dapat diskaun RM70 sekali check.

Friday, August 23, 2019

ANDAI AJAL DALAM TIDUR..


EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.



Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:

1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah:

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda:

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sunday, July 21, 2019

TAKUT BUAT SALES



Bila ramai yang saya jumpa takut nak buat sales, saya tak salahkan mereka, sebab saya dulu pun sama.

Kalau ada kerja bahagian sales, based on commission, memang saya tak nak. Takut tak boleh perform. Takut bila approach orang, orang reject.

Hakikatnya, ramai yang saya jumpa rata rata nya yang berjaya datang dari bidang sales. Ramai yang berjaya, tapi masa sekolah dulu lebih teruk pencapaian akademik dari saya.

Hakikatnya, kena reject itu perkara biasa. Semua benda kita kena lalui rejection tetapi rejection itu bukanlah akan membunuh kita. Rejection membuatkan kita lagi pandai.

Sebab itulah sekarang saya sudah tinggalkan dunia makan gaji. Sebab itulah sekarang saya tak takut menghadapi rejection. Kerana satu perkara iaitu IMPIAN.

Kalau kita inginkan impian kita menjadi kenyataan, kena usaha, kena berkorban, kena cekal. Kejayaan pasti ada didalam genggaman kitaz

Friday, July 12, 2019

SIAPA NAK JAGA KITA BILA KITA DAH TUA?




Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata  'R.E.Z.E.K.I.'
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan serabut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut...

Saturday, June 15, 2019

SOLAT SUNAT TAHAJJUD



Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam.

Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT.:

 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

TUJUAN SOLAT TAHAJJUD

1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan Allah.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
18. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
19. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

JOM SAMA2 KITA DIRIKAN SOLAT TAHAJJUD.