Friday, January 31, 2020

Bahasa itu Adalah Kita




Kalau kita tak mampu untuk berbicara yang baik-baik, lebih baik diam saja dari kita mengguris hati orang lain. Allah akan mengampunkan dosa kita namun dosa sesama manusia hanya insan tersebut sahaja yang mampu memaafkan.  Seringkali kita merasakan diri kita berada di pihak yang benar dan cuba menegakkan benang yang basah.  Namun begitu fikirkan kembali sekiranya kita melakukan perkara yang sama kepada orang lain, adakah orang tersebut juga akan merasa kecewa dengan kita atau tidak merasa apa-apa?



Kita tidak akan nampak kesalahan diri kita.  Kita tidak merasa kesan dari tindakan kita terhadap orang lain. Seringkali kita muhasabah diri. Sekali kita berkata buruk kepada orang lain, keburukan itu akan kembali kepada kita.  Sekali kita melaknat orang lain, maka laknat itu adalah untuk kita. Buangkan keegoan diri dan jadilah insan yang disayangi oleh makhluk dan Allah.  Allah tidak suka orang yang menyakiti sesama manusia.  Allah tidak suka orang yang sombong dan bongkak di muka bumi ini.  Jangan sesekali bersikap sombong dan bongkak walaupun terhadap orang yang berbuat jahat kepada kita kerana tindakan buruk kita itu akan menjadikan kita seorang yang buruk sama seperti orang yang kita tidak suka.



Jauhkan fitnah, jauhkan mengata. Orang yang berhati mulia tidak akan menuturkan kata-kata yang tidak baik walau ke atas orang yang jahat. Kata-kata lahir dari hati. Jika buruk kata-kata itu maka ianya datang dari hati yang buruk juga.  Apabila kita berkata mengikut rasa hati, akan adanya bisikan syaitan yang menjerumuskan kita ke arah fitnah, dan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.



Beradalah dalam lingkungan mereka yang baik-baik. Apabila kita berada di dalam kalangan mereka yang buruk, maka kita pun akan kelihatan buruk juga. Apabila kita memilih untuk berkiblatkan mereka yang tidak baik, maka kitapun sebahagian dari orang yang tidak baik.  Kita punya akal untuk berfikir.  Kita diberi didikan untuk mengharungi hidup dengan sempurna.  Jangan biarkan kita dididik oleh mereka yang tidak berpelajaran, tidak berilmu dan tidak beriman kerana fikiran mereka dan fikiran kita tidak sama. Hidup itu indah, maka indahkan ianya dengan rasa cinta dan keimanan.

Thursday, January 23, 2020

Birthday Celebration



Alhamdulillah pada 23 Januari 2020 baru-baru ini kami berpeluang untuk bersama-sama menyambut hari lahir untuk salah seorang leader di MTG Agency iaitu Soleh Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Ady Budika dan juga personal assistant saya iaitu Nazim.

Turut bersama memeriahkan majlis adalah Rizz Farizza, Ima Fatimahtun Zahrah dan Amira Afiqa. Sebelum itu kami mengadakan Mini BOP atau Business Opportunity Presentation di agensi kami di Sepang.  Selepas itu, kami semua mengambil kesempatan ini untuk ke Secret Recipe di Salak Tinggi yang terletak berdekatan dengan agensi MTG.



Saya mengucapkan selamat maju jaya dan semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah untuk mereka semua. Saya doakan kesemua ahli-ahli agensi MTG dibawah bimbingan saya dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan yang tidak putus-putus buat mereka dan keluarga.
Amiin.




Wednesday, January 15, 2020

RHB Asset Management NYKO



Pada 15 Januari 2020 baru-baru ini telahpun berlangsung acara NYKO iaitu New Year Kick Off untuk RHB Asset Management.  Ini merupakan acara tahunan setiap syarikat pengurusan unit amanah mahupun syarikat insurans dan takaful.  Tujuan acara NYKO ini adalah untuk memberitahu para perunding syarikat mengenai contest yang disediakan untuk tahun 2020, negara-negara yang bakal dilawati oleh perunding

Acara NYKO RHB Asset Management kali ini telahpun berlangsung dengan meriahnya di Nexus Bangsar South dengan bertemakan Denim & Diamond. Acara ini bermula pada jam 2 petang.  Para perunding unit amanah RHB Asset Management mengambil peluang bergambar di photo booth yang disediakan.











Tepat jam 3 petang dewan ballroom telahpun dibuka dan para perunding mengambil tempat masing-masing.  Program ini dimulakan dengan persembahan opening gambit dan ucapan-ucapan dari Group Managing Director, Ms Eliza Ong dan juga dari Chief Agency Officer iaitu Mr. Chan Kok Hin.  Selepas itu anugerah telahpun diberikan kepada mereka yang berjaya untuk tahun 2019 iaitu bagi kategori jualan tertinggi kumpulan, jualan tertinggi peribadi, top recruiter dan lain lain lagi.




Setelah selesai sessi penganugerahan bagi mereka yang mencapai kecemerlangan di dalam RHB Asset Management, majlis diteruskan dengan pengumuman untuk contest terbaru tahun 2020.  Kali ini RHB Asset Management telahpun mengejutkan semua dengan mengumumkan destinasi untuk Regional Sales Convention iaitu di Perth, Australia dan juga destinasi Premier Sales Convention di New York, USA!






Semua perunding sangat-sangat bersemangat dan begitu senang hati dengan pengumuman yang dibuat itu terutamanya perunding dari Millionaire Thrivers Group di bawah bimbingan GAM Jeff AJ dan juga kumpulan-kumpulan dibawah naungan beliau yang lain termasuk kumpulan Maqbul Financial Group yang diketuai oleh Dato Hamzaki.  Semoga tahun 2020 ini menjanjikan kejayaan yang cemerlang buat kumpulan kami.

Wednesday, December 18, 2019

Pelan Simpanan i-Care Hasanah

Adakah anda tercari-cari untuk melabur dalan pelan yang terbaik untuk masa hadapan?  Seperti yang kita sedia maklum, untuk masa hadapan dan juga untuk memastikan kesinambungan warisan kita haruslah mempunyai simpanan yang mampu memberikan pulangan yang cantik dan kita juga harus mempunyai satu pelan perlindungan untuk melindungi diri kita seandainya berlaku perkara yang tidak diingini dan kita tidak mampu untuk meneruskan pekerjaan mahupun menyimpan untuk masa hadapan.

Pelan simpanan i-Care Hasanah


Dengan pelan simpanan i-Care Hasanah, anda tidak perlu lagi risau kerana pelan ini boleh memberikan semua faedah di atas kerana ia mempunyai pulangan berganda untuk jangka masa panjang. Pelan ini juga memberikan bayaran tunai yang tinggi dari akhir tahun pertama menyimpan bagi memberi peluang kita membuat pelaburan di mana-mana tempat yang kita sukai atau boleh juga dilaburkan semula di dalam pelan simpanan ini untuk memastikan nilai matang yang tinggi.  Malah, sekiranya apa-apa terjadi kepada diri kita, kita juga mampu meninggalkan sejumlah simpanan yang besar dalam bentuk hibah untuk keluarga kita.  Sebab itulah i-Care Hasanah memenangi anugerah The Most Outstanding Takaful Product in Malaysia di KLIFF pada tahun 2016.

Anugerah di KLIFF 2016 untuk i-Care Hasanah

Bagaimana i-Care Hasanah ini boleh memberikan faedah sedemikian rupa?  Ini kerana ciri-ciri yang ada dalam i-Care Hasanah yang memang sangat hebat seperti di bawah:

  • Pilihan tempoh simpanan cuma 8 atau 10 tahun namun tempoh sijil sehingga 20 tahun.
  • Rebat Tunai (Bantuan Sara Hidup) sehingga 50% dari jumlah simpanan tahunan bermula dari tahun pertama menyimpan sehingga ke tarikh matang tahun ke 20 walaupun kita sudah berhenti menyimpan pada tahun ke 20.
  • Pilihan untuk mengeluarkan rebat tunai atau dilaburkan semula.
  • Perlindungan hayat untuk tempoh 20 tahun sedangkan tempoh caruman cuma 8 atau 10 tahun sahaja.
  • Nilai simpanan berganda sekiranya rebat tahunan dilaburkan semula kerana ini adalah pelan simpanan berkait pelaburan.
  • Servis tambahan iaitu Badal Haji, Khidmat Waqaf dan Ibadah Qurban sekiranya berlaku kematian, bagi pihak yang dilindungi

1. Pilihan Simpanan 8 atau 10 Tahun Untuk Tempoh Sijil 20 Tahun


2. Rebat Tunai sehingga 50% setahun selama 20 tahun bermula dari tahun pertama

Anda boleh memilih untuk menerima rebat ini bermula pada akhir tahun pertama atau akhir tahun ke 8 atau 10 sehingga tahun ke 20.

Nilai rebat ini anda boleh pilih untuk dilaburkan semula sehingga ke tarikh matang iaitu tahun ke 20 atau dikreditkan secara terus ke akaun simpanan anda di mana-mana bank di Malaysia. Menarik kan?


3. Nilai Simpanan yang Hebat dan Perlindungan Yang Tinggi!


4. Khidmat Tambahan untuk Amal Jariah Anda!



Hebat kan pelan simpanan i-Care Hasanah ni?  Nak tahu lebih lanjut? Jom whatsapp saya di www.wasap.my/60123023433. 
 

Thursday, November 14, 2019

10 SURAH YANG DAPAT MENGHALANGI DARI UJIAN BESAR ALLAH SWT


1. Surah Al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT.

2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian AllahSWT pada hari kiamat,

4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita dari kesusahan atau fakir.

5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di alam kubur.

6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7. Surah Al-Kafirun dapat menghalangi kita menjadi kafir ketika menghadapi kematian,

8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita menjadi golongan munafiq,

9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki,

10. Surah An-Nas dapat melindungi kita dari penyakit was-was.

In shaa Allah dengan ketekunan kita belajar untuk mendalami Al-Quran untuk terus menjadi sedikit yang lebih baik ,

Akan mendatangkan kebahagiaan masa depan di dunia dan akhirat.

Semoga bermanfaat

Wallahualam.

C&P from Whatsapp Group