Showing posts with label abjefri. Show all posts
Showing posts with label abjefri. Show all posts

Wednesday, January 31, 2018

Bahaya Menggunakan Laptop Di Atas Katil

Penggunaan komputer riba atau laptop memanglah sangat memudahkan.  Kita boleh membuat segala kerja menggunakan komputer di mana-mana sahaja kerana ianya mudah alih.  Tetapi perlu diingatkan, anda tidak digalakkan menggunakan laptop di atas katil kerana ia boleh membahayakan dan menimbulkan keadaan yang kita tidak ingini.

Menggunakan laptop cara begini adalah salah

Kenapa ya?  Kerana apabila kita menggunakan laptop di atas katil atau di atas karpet, permukaannya tidak rata dan ianya boleh menutup lubang-lubang angin di bahagian bawah laptop.  Ini menyebabkan haba tidak dapat dikeluarkan dan komputer anda menjadi panas.  Komputer anda bukan sahaja boleh rosak, malah apabila ianya ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama, ia boleh menyebabkan kebakaran.

Sekiranya anda Google di internet, terdapat banyak kes yang telah berlaku dimana laptop yang dibiarkan terlalu lama di atas katil menyebabkan kebakaran, apatah lagi sekiranya ianya bersambung dengan elektrik yang menyebabkan laptop anda sentiasa terpasang dalam jangka masa yang lama.

Anda boleh klik di sini untuk cerita mengenai laptop yang terbakar setelah diletakkan di atas katil.  Jadi bagaimanakah caranya untuk kita menggunakan laptop di atas katil?  Jangan risau, anda masih lagi boleh menggunakannya tetapi pilihlah cara yang lebih selamat.

Gunakan laptop stand yang direka khas untuk digunakan di atas katil.  Kebelakangan ini banyak sekali rekaan laptop stand yang canggih.  Anda boleh membeli laptop stand seperti di dalam gambar di bawah ini di Ikea.

Laptop stand dari Ikea

Apa yang saya suka mengenai desktop stand ini, ianya bukan sahaja portable, malah anda boleh melipatkan kakinya dan meletakkannya secara flat sekiranya anda ingin menggunakan laptop sambil meniarap di atas katil atau karpet.  



Di bawah ini saya sertakan beberapa rekabentuk laptop stand yang sangat-sangat memudahkan. Ingat, jangan biarkan laptop anda di atas katil terlalu lama... 









Monday, January 29, 2018

Taklimat Kerjaya GBOP RHB Asset Management di Kuala Lumpur

Team Millionaire Thrivers dibawah GAM Jeff AJ
GBOP untuk RHB Asset Management telah berlangsung pada malam ini. GBOP selalunya diadakan untuk setiap kawasan sekali dalam setiap suku tahunan. Kali ini GBOP RHBAM diadakan di Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur. Majlis telah dimulakan dengan ucapan pembukaan dan pengenalan kepada RHB Asset Management oleh Mr Francis Lai, diikuti oleh pembentangan pelan pemasaran RHB Asset Management oleh GAM Kazai.

GAM Kazai sedang memberikan taklimat
Sessi testimoni kejayaan pertama telah diutarakan oleh pasangan Pengurus Agensi Kumpulan atau Group Agency Manager (GAM) iaitu Mr Patrick dan Ms Hazel. GAM Hazel datang dari keluarga yang susah dan hanya lulusan SPM sahaja. Beliau memulakan kerjaya sebagai reporter di The Star. Kemudiannya beliau menyambung pelajaran beliau sambil bekerja.


Testimoni dari GAM Patrick dan GAM Hazel

Manakala GAM Patrick juga datang dari keluarga yang susah. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang IT. Mereka berkenalan dan telah sama-sama hadir ke majlis GBOP dan menyertai dunia unit amanah. Ketika mereka mula-mula berkahwin, kedua-duanya tidak ada pekerjaan tetap. Selepas enam bulan, mereka telah membuat keputusan untuk fokus sepenuh masa dalam bidang unit amanah secara lebih serius. Hari ini kedua-duanya telahpun dinaikkan pangkat sebagai GAM. Hari ini mereka berdua telahpun mengembara ke 7 benua seperti Jepun, Italy, USA, Switzerland, Venice, Croatia, Budapest, Prague dan banyak lagi negara....!

Teknik-teknik menjana pendapatan

Menurut Robert T. Kiyosaki, untuk berjaya kita mestilah mempunyai pendapatan pasif yang membolehkan kita menjana pendapatan secara tetap.  Ada dua cara untuk mendapatkan pendapatan pasif, pertama melalui pelaburan.  Hanya orang-orang yang kaya dan mempunyai wang yang banyak mampu menjadi pelabur seperti ini.  Keduanya, menjadi business owner dimana kita mempunyai kumpulan orang-orang yang mampu memberikan kita pendapatan pasif.  Di RHB Asset Management, kita akan mampu menjadi seorang business owner yang membolehkan kita mendapat pendapatan pasif secara bulanan.  Malah kita juga boleh bersara awal.  Retire young, retire rich!

Sessi motivasi oleh GAM Dato Mahathir BZ


Majlis kemudian diteruskan dengan sesi motivasi oleh GAM Dato Mahathir BZ. Beliau telahpun berjaya dalam bidang pengurusan kewangan. Dalam hidup ini katanya adalah 'Selling Game'. Apabila kita terlibat dalam bidang perniagaan, pelanggan suka menyebut perkataan 'NO'. Itu adalah lumrah. Mereka cuma mahu melihat apa yang kita boleh buat, barulah mereka katakan 'YES'. Bagaimana untuk kita berjaya? Cuma buka mulut! Promote dan biarkan orang tahu tentang perniagaan kita. Sebagai ahli perniagaan kita tidak akan berjaya kalau kita menyembunyikan perniagaan kita dari orang ramai... Betul kan?

 Untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang kerjaya bersama RHB Asset Management, boleh lah menghubungi Jeff AJ di 012-3023433 atau mana-mana perunding di bawah kumpulan Millionaire Thrivers Group.

Leader Millionaire Thrivers KB - Ashie & Adham turut sama turun padang

Thursday, June 30, 2016

Sunday, November 15, 2015

Passion for XO Performance Seminar



Alhamdulillah,  berakhir sudah seminar Passion for XO Performance oleh sifu saya Dr. Lawrence Walter Ng.  Pada bulan November 2014 saya telah mengikuti kursus selama seminggu oleh beliau di The Mines, iaitu seminar Train The Trainer (TTT).  Seminar ini melatih para peserta untuk menjadi jurulatih atau seseorang yang mampu untuk mengadakan seminar dengan berkesan.  Semua lepasan pelajar dari TTT ini digelar 'Master Trainer' dan mereka perlu melalui proses internship selama setahun sebelum mereka boleh diberikan sijil dan bergelar 'Certified Master Trainer'.

Peserta meminta angels untuk mengira pencapaian mereka

Seminar yang sangat hebat dan menarik

Dalam proses internship ini, semua Master Trainer dikehendaki untuk menghadiri beberapa siri seminar yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah dari Lawrence Walter Seminars (LWS) dalam usaha mempelajari serta mendalami konsep, pendekatan, teknik dan sumber-sumber yang digunakan dalam menghasilkan sesebuah seminar yang berkesan.

Sepanjang setahun melalui proses internship ini, semua seminar yang dijalankan oleh LWS adalah sangat-sangat memberikan impak yang maksima kepada para pesertanya.  Apatah lagi dengan kehadiran 'angels' dari kalangan gadis-gadis comel yang menceriakan lagi seminar dan juga bertindak sebagai pembantu kepada penceramah dalam menyampaikan seminar mereka.  Penggunaan muzik latar yang berlainan untuk setiap keadaan sangat-sangat menarik.


Antara buku-buku tulisan Dr. Lawrence

Sebagai Master Trainer, kami diajar oleh Dr Lawrence untuk menggunakan segala kaedah ini dalam menjalankan seminar.  Bukan itu sahaja, kami diajar bagaimana menggunakan suara profesional dan tidak menggunakan suara percakapan biasa dalam seminar, audio visual yang menarik serta poster-poster yang memaparkan kata-kata positif yang mana digunakan sepanjang seminar berlangsung.

Seminar dari LWS ini banyak mengajar kita untuk berubah menjadi lebih positif dengan mengubah corak hidup lama yang negatif tanpa kita sedari dan menggunakan kuasa minda kita dalam kehidupan seharian untuk menghasilkan sesuatu yang positif dalam usaha mengejar cita-cita atau bekerja dengan penuh produktif.

Seminar selama dua hari ini telah dijalankan untuk syarikat NIDEC Corporation.  LWS banyak diangkat oleh syarikat-syarikat terkemuka seperti Samsung, Starbucks, Air Asia dan lain-lain lagi untuk menjalankan latihan bagi syarikat mereka dan ianya terbukti amat-amat berkesan. LWS juga telah dilantik untuk menjalankan seminar syarikat-syarikat besar bukan sahaja di Malaysia malah negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia, China dan sebagainya.

Bersama Dr. Lawrence

Saya merasa amat-amat bertuah kerana menjadi salah seorang dari pelajar Dr Lawrence.  Sepanjang sessi seminar, Dr Lawrence banyak kali mengambil masa untuk memberi tunjuk ajar kepada saya ketika para peserta berehat dari seminar.  Beliau juga banyak memberikan tips-tips yang berguna yang boleh saya gunakan untuk syarikat saya dan juga seminar yang bakal saya laksanakan pada masa akan datang.