Showing posts with label perunding takaful. Show all posts
Showing posts with label perunding takaful. Show all posts

Friday, November 30, 2018

Bimbingan untuk Hong Leong MSIG Takaful & Hong Leong Assurance di Sungai Petani



Setiap bidang yang kita ceburi mestilah mempunyai satu sistem latihan yang lengkap dan sempurna.  Sama juga dengan bidang kewangan yang saya ceburi di RHB Asset Management dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad.

Latihan mengenai produk selalunya ditekankan oleh pihak syarikat.  Namun begitu ia memerlukan didikan dan latihan dari leader untuk mendapat sentuhan pengalaman di tahap industri atau pengalaman di lapangan yang sebenar.

Hari ini saya memandu kereta dari rumah di Sepang ke Sungai Petani di Kedah untuk memberi latihan mengenai takaful dan insurans kepada kumpulan Fusion Financial Group yang terdiri dari agensi Millionaire Thrivers Group dan agensi Legacy Jutawan Resources.  Saya merupakan Chief Takaful Consultant untuk Millionaire Thrivers Group, manakala Puan Liza Jab merupakan Chief Takaful Consultant untuk Legacy Jutawan Resources yang baru menyertai Hong Leong MSIG Takaful dan Hong Leong Assurance di bawah struktur agensi saya.  Jadi kami menggunakan cara 'leverage' untuk memastikan latihan dijalankan dengan secara gabungan di bawah nama Fusion Financial Group.


Memandangkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani agak mencabar disebabkan trafik yang sibuk dan beberapa kali terhenti, saya sampai ke pusat latihan di pejabat Hong Leong Assurance Sungai Petani pada jam  4.00 petang.  Sessi dipecahkan kepada dua iaitu latihan pengetahuan produk dan teknikal untuk Hong Leong MSIG Takaful dan diikuti pula dengan Hong Leong Assurance Berhad.

Saya menekankan kepada kedua-dua bidang Takaful dan Insurans memandangkan saya mempunyai pelanggan dan downline berbangsa Cina dan India.  Pejabat di HLA ditutup pada jam 5.30 petang, namun memandangkan latihan masih banyak yang perlu ditekankan, kami menyambung pembelajaran di Old Town White Coffee yang terletak di mall bersebelahan dengan bangunan pejabat HLA Sungai Petani.

Sessi pembelajaran kali ini sangat ceria dan sangat-sangat menggembirakan.  Saya berharap selepas ini team Financial Fusion Group akan lebih maju jaya di Hong Leong MSIG Takaful dan Hong Leong Assurance.


- Jeff AJ -


Wednesday, March 15, 2017

Agensi Terbaik di Hong Leong MSIG Takaful (HLMT)




Alhamdulillah, baru-baru ini saya telahpun mendapat surat penghargaan dari Group Managing Director Hong Leong Assurance / Hong Leong MSIG Takaful untuk prestasi terbaik pada bulan Julai sehingga December 2016.  Ini telah menjulang agensi Millionaire Thrivers Group sebagai agensi terbaik untuk Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) di dalam Malaysia secara keseluruhan dengan kutipan hampir mencecah 1 juta ringgit. Sebagai sebuah agensi terbaik, apa yang penting di dalam menggerakkan sesuatu agensi adalah dengan adanya support system dan latihan yang konsisten. Hong Leong MSIG Takaful atau HLM Takaful telah menyediakan platform yang terbaik dengan menyediakan produk yang hebat.  Manakala pada peringkat agensi pula, semua perunding mestilah dilengkapi dengan ilmu bukan sahaja dari segi produk malah dari segi soft skill, presentation skill, sales approach method, after sales service dan sebagainya.

Majlis Anugerah Pencapaian Agensi HLM Takaful
 Di Millionaire Thrivers Group, saya menyediakan sistem latihan dan seminar iaitu kelas mingguan percuma, seminar, bengkel dan perkongsian.  Saya juga mengadakan sessi prospecting iaitu mencari pelanggan melalui bimbingan secara langsung - cold calling, face to face approach, booth, department talk dan sebagainya. 


Anugerah dari HLM Takaful atau HLMT

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar kami, sila hantarkan resume kepada saya di alamat emel jeff-aj@millionairethrivers.com atau abjefri@gmail.com.  Anda juga boleh menghubungi saya melalui whatsapp di 012-3023433. Bagi anda yang sudahpun mempunyai pengalaman dalam bidang takaful, insurans atau unit amanah, program pantas akan diberikan untuk memberi kenaikan pangkat secara langsung berdasarkan pengalaman.