Showing posts with label wealth advisors. Show all posts
Showing posts with label wealth advisors. Show all posts

Thursday, November 15, 2018

RHB Asset Management Lancar Dana Artificial Intelligence & Dana Shariah China Focus

Semalam saya telahpun berkesempatan untuk menghadiri sessi pelancaran dua dana baru RHB Asset Management iaitu RHB Artificial Intelligence Fund dan RHB Shariah China Focus Fund. Sessi ini bermula pada jam 9.30 pagi di Hotel Majestic Kuala Lumpur yang dikhaskan untuk tetamu VIP, Group Agency Manager dan juga perunding-perunding RHB Asset Management yang terpilih. Manakala sessi sebelah petangnya pula dikhaskan untuk semua agent RHB Asset Management.



Sessi pelancaran ini diserikan lagi dengan kehadiran robot bagi menggambarkan sektor teknologi yang digunakan oleh pihak RHB Asset Management untuk dijadikan asas dalam pelaburan dana ini.




Teknologi AI merupakan sebuah teknologi baru yang sedang berkembang dan banyak diterapkan ke dalam sistem peranti mudah alih seperti iPhone, iPad dan peranti Android.  Ini merupakan satu peluang keemasan untuk para pelabur melabur dalam satu sektor pelaburan yang mula rancak dan RHB Asset Management menggunakan kesempatan ini untuk memberi peluang kepada para pelabur untuk menjana pelaburan dalam bidang AI ini melalui dana baru yang dilancarkan.

Manakala dana RHB Shariah China Focus pula mensasarkan pelaburan di Negara China memandangkan kestabilan matawang RMB dan perkembangan GDP yang paling hebat iaitu 6.90% pada tahun 2017 berbanding sembilan negara lain termasuk Jepun, UK, Australia, Jerman, Amerika Syarikat, Korea, Thailand, Malaysia dan India.  Sasaran sektor pelaburan untuk China Focus Equity ini lebih kepada barangan pengguna, sektor kesihatan, teknologi, internet dan kuasa bersih (clean energy) seperti nuklear, hydro, angin, solar, gas semulajadi dan pengurusan sisa buangan.

Di bawah ini merupakan petikan artikel dari Berita Harian untuk bacaan anda.

RHBAM sasar langganan RM200 juta bagi dua dana baharu


KUALA LUMPUR: RHB Asset Management Sdn Bhd (RHBAM) dijangka memperoleh langganan RM200 juta untuk setiap Dana RHB Syariah China Focus dan Dana RHB Global Artificial Intelligence (AI) dalam tempoh 12 hingga 18 bulan.
Pengarah Urusan dan Ketua Wilayahnya, Eliza Ong, berkata menerusi Dana RHB Syariah China Focus, para pelabur berpeluang melabur dalam pasaran modal Islam yang berkembang pesat di China, dengan memanfaatkan ekonomi kuasa besar bagi nilai pelaburan saham A dan saham H di semua sektor.
Akan diuruskan oleh pengurus dana China terkemuka, China Asset Management (Hong Kong) Ltd (ChinaAMC HK), Dana RHB Syariah China Focus juga akan melabur dalam portfolio Islam lain seperti amanah pelaburan hartanah, Dana Dagangan Pertukaran Islam, instrumen pasaran wang, skim deposit dan pelaburan kolektif.
“Kami merancang melancarkan dana China yang patuh Syariah pertama di Indonesia pada Januari 2019 dan yakin ia akan berjalan lancar di pasaran. Kami juga akan melancarkan produk di pasaran lain yang kami beroperasi,” katanya.
Pengurus Portfolio Kanan ChinaAMC HK, Raymond Jing, berkata penilaian semasa ekuiti China telah mencapai paras terendah dalam sejarah.
“Bersama-sama dengan kemasukan saham A ke dalam indeks global, ia membuka pelbagai peluang dan masa yang baik untuk para pelabur,” katanya.
Sementara itu, Dana RHB Global AI, yang diperkenalkan dengan kerjasama Allianz Global Investors (AllianzGI), akan melabur dalam syarikat yang mendapat manfaat daripada penggunaan infrastruktur AI, pembangunan dan penggunaan perisian.
Pengarah dan Pengurus Portfolio AllianzGI, Stephen B Jue, berkata terdapat 60 sektor berpotensi yang boleh dikaitkan dengan industri AI yang akan manfaatkan.
“Kami sedang bekerjasama dengan RHBAM untuk membawa dana AI kami kepada para pelabur di sini, kerana kami percaya ia akan memberi peluang pelaburan yang menarik bagi mereka yang ingin melabur dalam syarikat inovatif dengan memanfaatkan teknologi AI,” katanya.
RHBAM, anak syarikat RHB Investment Bank Bhd, kini menguruskan produk konvensional dan Islam dengan aset di bawah pengurusan bernilai RM49.2 bilion setakat 30 September 2018. --BERNAMA

Saturday, June 18, 2016

Majlis Iftar



Baru-baru ini kumpulan saya iaitu Millionaire Thrivers telahpun mengadakan majlis iftar yang bertempat di pejabat urusan kami di Sepang.

Majlis ini telahpun dijalankan dengan konsep 'pot luck' dimana kebanyakan diantara perunding dibawah jagaan saya memasak sendiri pelbagai juadah untuk disajikan bersama termasuklah roti jala, serawa durian, daging masak merah, ayam masak black pepper, nasi arab, cendol, kuih-muih dan sebagainya..

Kumpulan perunding MT

Shahrul & Adham

Ashie & Liza


Majlis telah berlangsung dengan penuh meriah sekali.  Ada juga yang membawa anak-anak dan pasangan masing-masing untuk memeriahkan suasana. Semoga ikatan kekeluargaan kami di Millionaire Thrivers ini akan sentiasa berterusan dan diberkati Allah hendaknya.

 

 

Ashie, Tikah & Norita

 

Kumpulan kami yang ceria selalu




Friday, April 1, 2016

Hijrah 2016



Seperti mana yang semua orang ketahui, Jeff AJ adalah dari Charisma Legacy.  Itu betul tetapi ianya kini sudah menjadi sejarah.  Setiap yang  bermula pasti akan berakhir.  Perniagaan kita harus sentiasa berkembang untuk kemajuan masa hadapan.

Alhamdulillah, selaras dengan perkembangan kumpulan saya dan hala tuju kumpulan saya untuk memperluaskan tugas kami sebagai Perunding Kewangan yang serba boleh dan mempunyai kepelbagaian, maka saya telahpun membuat keputusan untuk keluar dari pakatan Charisma Legacy dan menubuhkan kumpulan baru iaitu Millionaire Thrivers Group dalam usaha untuk melebarkan sayap dengan lebih serius di dalam bidang insurans dan takaful.

Untuk itu saya dan anak-anak didik saya telah pun menyertai syarikat HLM Takaful dan Allianz Life Insurance untuk menyediakan pelan perlindungan kepada pelanggan kami.  Bagi lebih memantapkan ilmu kami, kami juga telah bekerjasama dan melantik Millionaire Sisters sebagai sifu kami.

Millionaire Sisters sangat terkenal dan sinonim dengan pencapaian mereka yang cemerlang dalam insurans dan takaful.  MS Dato' Akmar dan Dato' Elynn telah berkali-kali dinobatkan sebagai MDRT, iaitu pencapaian bertaraf dunia dalam bidang insurans dan takaful. Kami semua merasa amat bertuah kerana dapat berguru dengan orang-orang hebat seperti mereka berdua ini.

Doakan kami, Millionaire Thrivers Group untuk lebih maju jaya dalam apa yang kami usahakan.