Sunday, November 15, 2015

Passion for XO Performance Seminar



Alhamdulillah,  berakhir sudah seminar Passion for XO Performance oleh sifu saya Dr. Lawrence Walter Ng.  Pada bulan November 2014 saya telah mengikuti kursus selama seminggu oleh beliau di The Mines, iaitu seminar Train The Trainer (TTT).  Seminar ini melatih para peserta untuk menjadi jurulatih atau seseorang yang mampu untuk mengadakan seminar dengan berkesan.  Semua lepasan pelajar dari TTT ini digelar 'Master Trainer' dan mereka perlu melalui proses internship selama setahun sebelum mereka boleh diberikan sijil dan bergelar 'Certified Master Trainer'.

Peserta meminta angels untuk mengira pencapaian mereka

Seminar yang sangat hebat dan menarik

Dalam proses internship ini, semua Master Trainer dikehendaki untuk menghadiri beberapa siri seminar yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah dari Lawrence Walter Seminars (LWS) dalam usaha mempelajari serta mendalami konsep, pendekatan, teknik dan sumber-sumber yang digunakan dalam menghasilkan sesebuah seminar yang berkesan.

Sepanjang setahun melalui proses internship ini, semua seminar yang dijalankan oleh LWS adalah sangat-sangat memberikan impak yang maksima kepada para pesertanya.  Apatah lagi dengan kehadiran 'angels' dari kalangan gadis-gadis comel yang menceriakan lagi seminar dan juga bertindak sebagai pembantu kepada penceramah dalam menyampaikan seminar mereka.  Penggunaan muzik latar yang berlainan untuk setiap keadaan sangat-sangat menarik.


Antara buku-buku tulisan Dr. Lawrence

Sebagai Master Trainer, kami diajar oleh Dr Lawrence untuk menggunakan segala kaedah ini dalam menjalankan seminar.  Bukan itu sahaja, kami diajar bagaimana menggunakan suara profesional dan tidak menggunakan suara percakapan biasa dalam seminar, audio visual yang menarik serta poster-poster yang memaparkan kata-kata positif yang mana digunakan sepanjang seminar berlangsung.

Seminar dari LWS ini banyak mengajar kita untuk berubah menjadi lebih positif dengan mengubah corak hidup lama yang negatif tanpa kita sedari dan menggunakan kuasa minda kita dalam kehidupan seharian untuk menghasilkan sesuatu yang positif dalam usaha mengejar cita-cita atau bekerja dengan penuh produktif.

Seminar selama dua hari ini telah dijalankan untuk syarikat NIDEC Corporation.  LWS banyak diangkat oleh syarikat-syarikat terkemuka seperti Samsung, Starbucks, Air Asia dan lain-lain lagi untuk menjalankan latihan bagi syarikat mereka dan ianya terbukti amat-amat berkesan. LWS juga telah dilantik untuk menjalankan seminar syarikat-syarikat besar bukan sahaja di Malaysia malah negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia, China dan sebagainya.

Bersama Dr. Lawrence

Saya merasa amat-amat bertuah kerana menjadi salah seorang dari pelajar Dr Lawrence.  Sepanjang sessi seminar, Dr Lawrence banyak kali mengambil masa untuk memberi tunjuk ajar kepada saya ketika para peserta berehat dari seminar.  Beliau juga banyak memberikan tips-tips yang berguna yang boleh saya gunakan untuk syarikat saya dan juga seminar yang bakal saya laksanakan pada masa akan datang.

Tuesday, November 10, 2015

Tertidur dengan Contact Lens

Hari ini saya berkunjung ke KPJ Seremban. Sudah hampir lima tahun rasanya saya tidak ke sini. Saya ke sini untuk check mata kerana ketidakselesaan yang berterusan akibat dari pemakaian contact lens. Ianya mula terjadi setelah saya tertidur tanpa membuka contact lens tersebut. Semenjak dari itu saya rasa tidak selesa, mata saya berpasir dan gatal-gatal. Sudah puas saya mengunjungi klinik biasa dan diberikan antibiotik beserta dengan ubat titik tetapi masalah ini tidak hilang.

Pada hari Ahad lepas saya sudahpun berkunjung ke Optimax TTDI untuk mendapatkan pemeriksaan mata lengkap kerana saya bercadang untuk membuat prosedur lasik di pusat tersebut disamping untuk memeriksa keadaan mata. Alhamdulillah, segala-galanya ok tetap masalah kegatalan itu tidak hilang. 
Saya mula mengesyaki yang kegatalan tersebut mungkin disebabkan oleh bahagian dalam kelopak mata saya. 

Saya cuba membelek-belek kelopak mata, akhirnya secara tiba-tiba ianya membengkak dan menyebabkan ketidakselesaan semakin serius. Akhirnya saya membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan di sini kerana tidak banyak pakar mata di kawasan Seremban ini. 



Tapi itulah... Disebabkan hanya ada seorang sahaja pakar mata, saya terpaksa menunggu lebih 2 jam kerana doktor yang saya ingin jumpa sedang melakukan pembedahan mata. Nasib baik ada Gloria Jeans di sini. Dapatlah saya berehat sambil menunggu dengan  selesa. 

Wednesday, December 24, 2014

Terperangkap Dalam Hujan

Hari ini agak sibuk juga saya menguruskan hal-hal kerja.  Terutamanya pembahagian buku-buku nota CWA dan juga kalendar.

Hujung tahun seperti ini memang kalendar dan buku nota menjadi kemestian bagi kami untuk memberikannya kepada pelanggan-pelanggan setia.

Apabila membaca mesej Whatsapp dan Telegram,  tiba-tiba hati menjadi sayu mengenangkan keadaan di negeri saya iaitu Kelantan Darul Naim yang dilanda banjir yang teruk.

Kumpulan saya di Kelantan mengalami sedikit cabaran untuk meneruskan aktiviti harian kerana isu banjir ini.  Semoga banjir di Kelantan reda dengan cepat.

Tidak kurang juga di Kuala Lumpur dan Nilai.  Setiap hari hujan turun dengan lebat.  Kali ini saya tidak dapat untuk pulang ke pejabat selepas makan tengah hari kerana hujan.  Hmmm...  sabar....

Apapun dugaan yang mendatang,  kita haruslah sentiasa bersedia dan tidak menjadikan sesuatu isu itu sebagai satu masalah.  Andai kita cepat sangat mengalah dengan keadaan,  bermaksud mentaliti kita amat lemah dan sentiasa mencari jalan untuk menjadikan setiap dugaan sebagai penghalang dalam pekerjaan. Mereka seperti ini tidak akan berjaya sampai bila-bila dalam kehidupan mereka dek sikap mereka yang suka beralasan.

Apa-apa pun,  hujan kan satu rahmat.  Kalau tak hujan kita juga yang susah kan...  Orang yang berjaya adalah orang yang pandai mencipta peluang dalam setiap situasi.  Bukan orang yang hanya menanti peluang datang bergolek ke atas riba. 

Saturday, December 20, 2014

Musim Tengkujuh

Sedar tak sedar sudah hampir seminggu saya berada di Kelantan bumi bertuah ini...  Negeri Serambi Mekah..  Pada hari Jumaat lepas saya bergegas pulang ke rumah kerana bapa saya sakit tenat secara tiba-tiba. Tetapi alhamdulillah beliau sudah sihat seperti sediakala.

Pulang saja ke Kelantan,  hujan mula turun dengan lebat,  menyebabkan saya terkandas dan sukar untuk bergerak.  Tambahan pula kereta saya terpaksa ditinggalkan di bengkel kerana lampunya perlu diperbetulkan. Bila sahaja kereta siap, saya tak dapat untuk mengambilnya kerana hujan lebat telah memutuskan perjalanan antara pekan Pasir Puteh ke Kota Bharu...

Walaupun begitu, dek kerana semangat kerja yang berkobar-kobar dan tanggungjawab saya terhadap kumpulan #CWA saya di Kota Bharu, pada hari Jumaat pagi akhirnya saya meminjam kereta bapa saya untuk ke CWA Cawangan Kota Bharu.

Seperti biasa, bila bersama kumpulan saya semangat ukhuwwah kami yang erat membuatkan saya lupa seketika akan segala cabaran yang saya hadapi. Alhamdulillah,  kali ini kami bersatu dengan semangat yang lebih membara untuk menghadapi tahun 2015 yang pasti amat menyeronokkan.

Mereka semua bersedia untuk menyahut cabaran untuk ke Bali dan New York.  Tugas saya untuk menyuntik semangat dan menyusun strategi bagaimana untuk merealisasikan impian mereka.

Pagi Jumaat penuh dengan sesi yang sangat memberangsangkan yang saya kendalikan untuk mereka semua.  Selepas Jumaat pula sesi mereka bersama GAM Arma dan saya untuk membentuk kumpulan yang mana kami akan berikan cabaran selama 3 bulan bermula Januari -  Mac 2015 untuk capai.  Bagaimanapun,  mereka semua sangat positif dan bersemangat untuk mengambil cabaran tersebut

Selesai kerja,  kami sama-sama mengambil peluang berehat sambil menikmati udara segar di tepi Sungai Kelantan yang dipenuhi air kerana musim tengkujuh. 

Sesungguhnya dunia saya bersama CWA penuh dengan warna warni dan dikelilingi oleh mereka yang positif saya berjiwa besar. I love my team...


Saturday, November 30, 2013

Magnet hiasan di Peti Sejuk



Beberapa penyelidik di Universiti Princeton ini telah menemui sesuatu yang menakutkan!
Untuk beberapa bulan, mereka telah memberi makan dua kumpulan tikus: kumpulan pertama dengan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk, dan kumpulan kedua dengan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk juga tetapi dengan beberapa magnet hiasan pada pintu.

Objektif eksperimen ini adalah untuk melihat bagaimana radiasi elektromagnet (yang keluar dari magnet hiasan pada pintu) menyentuh makanan. Peliknya, kajian klinikal yang ketat menyatakan bahawa kumpulan tikus yang makanan yang "dipancarkan" dengan magnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% lebih tinggi untuk mendapat kanser daripada kumpulan tikus lain?.

Tiada badan kerajaan atau persatuan/institusi kesihatan telah diberikan sebarang kenyataan mengenai hal ini. Walau bagaimanapun dalam kes ini, dianjurkan untuk mengeluarkan apa-apa magnet hiasan dari peti sejuk dan meletakkan ia jauh dari sebarang makanan...

Cuba kita tukar letakkan pada papan magnet yang boleh dibeli di SSF Home Decor