Tuesday, January 15, 2019

Harga Sebuah Nyawa


Di Pintu Masuk  ZOO Tertulis:
Harga tiket : RM50 /orang
Kerana beberapa lama tidak ada Pengunjung dtg, maka Harga tiket diturunkan menjadi : RM 25/orang

Namun masih tidak ada juga pengunjung datang, akhirnya diturunkan harga tiket menjadi hanya : RM10.00/orang dan tetap tiada pengunjung yang datang...!!!

Akhirnya ditulislah Pengumuman :
"MASUK FREE" dan tiba2 ramai orang yang berebut masuk.

Ketika pengunjung di dalam penuh,
Penjaga Zoo membuka semua pintu kandang binatang buas, seperti :
Singa, Harimau, Serigala, Ular dsb.
Pengunjung pun setengah mati PANIK!

Kemudian pintu keluar di KUNCI.

Lalu di pintu keluar itu ditulis :
Kalau mahu keluar bayar RM 500.00!!
Kemudian ramai orang berebut bayar.

Inilah ironinya kehidupan kita.
Ketika ditawarkan HIDUP SEHAT

~ Makan yang sehat
~ Istirehat yang cukup
~ Senaman, dsb

Demi menjaga kesihatan sebagai usaha pencegahan penyakit ramai orang malas - TIDAK MAHU.

Demi melindungi diri kita dari perbelanjaan hospital yang MAHAL, ramai yang TIDAK MAHU.

Tapi kalau sudah masuk hospital, berapa pun mahal bayarannya PASTI dibayar, asal boleh sembuh, sekalipun harus menjual aset, berhutang mahupun meminta-minta dari orang lain.

Semoga kita semua sedar pentingnya menjaga kesihatan dan melindungi diri kita dan keluarga dengan pakej perlindungan takaful.

Pepatah Jack Ma
Jika pisang dan wang diletakkan di hadapan seekor monyet, maka monyet akan memilih pisang, kerana monyet tidak tahu bahawa wang boleh digunakan untuk membeli byk pisang.

Dalam realiti kehidupan, jika wang dan kesihatan diletakkan dihadapan orang, kerap kali orang akan memilih wang, kerana terlalu banyak orang yang tidak tahu bahawa kesihatan berguna untuk mendapatkan lebih banyak  wang dan kebahagiaan.

TIDAK ADA YANG MAHAL, KECUALI HANYA KESIHATAN YANG PALING MAHAL

 SEGALA APAPUN BOLEH DITUNDA, KECUALI, KESIHATAN YANG TIDAK DAPAT DITUNDA

SEMOGA BERMANFAAT. JOM MULAKAN 2019 DENGAN HIDUP SIHAT DAN BERHEMAH.

Sunday, January 6, 2019

Bas Ekspress di Turki


Semasa berada di Turki, untuk perjalanan dari Pamukkale ke Istanbul, saya naik bas ekspres. Menariknya, dalam bas ini ada pramugara. Dalam bas juga disediakan bantal, selimut, makanan ringan seperti kek dan kopi, air mineral yang disajikan sebanyak dua kali secara percuma. Kita juga boleh memanggil pramugara untuk meminta minuman..



Setiap kerusinya dilengkapi dengan hiburan seperti dalam kapal terbang. Setiap tempat duduk juga ada plug. Kita boleh guna untuk charge handphone.. Best kan...



Yang terbaiknya adalah, setiap 4 jam pemandu akan bertukar. Berdekatan dengan tangga belakang terdapat kabin untuk pemandu tidur dan berehat.

Ketika nak memulakan pemanduan, pemandu perlu register menggunakan mesin yang dipasang pada bas tersebut. Mesin ini dilengkapi GPS untuk mengukur had kelajuan pemanduan. Pemandu yang memandu melebihi had laju atau melebihi tempoh masa akan dikenakan tindakan termasuk lesen memandu akan digantung.



Restoran yang mereka berhenti untuk berehat adalah dimiliki oleh syarikat bas berkenaan dengan nama dan logo yang sama. Makanan yang disajikan memang bagus dam restorannya selesa. Yang menarik perhatian saya, kakitangan yang menjaga tandas adalah penduduk tempatan. Mereka tak guna orang asing. Penjaga tandas mereka siap pakai sut lengkap macam pramugara tau.. Walaupun tugas mereka cuma untuk kutip duit orang masuk tandas...

Rasa rasanya kalau bas macam ni ada kat Malaysia  bagaimana reaksi penduduk kita ya...?

Friday, November 30, 2018

Cara Memupuk Minat Membaca Anak-anak



Sebenarnya untuk pupuk minat membaca mesti kena mula dari kecil lagi. Masa Amani umur dalam setahun lebih saya mulakan dengan membaca sambil bercerita sebelum tidur. Apabila dah jadi habit, dia tak dapat tidur tanpa mendengar cerita. Selepas dia pandai membaca, saya minta dia pula bercerita semasa tidur. Kemudian sentiasa kena membaca walaupun sekejap sebelum tidur.

Saya selalu memberikan hadiah buku-buku dan banyak meluangkan masa menemaninya di kedai buku. Kadang-kadang berjam jam di Borders, MPH atau Popular book stores.

Saya mulakan dari kecil dengan Bahasa Inggeris. Sentiasa hadiahkan buku Bahasa Inggeris dari buku simple sehingga ke novel tebal supaya vocabulary dia bertambah. Apabila Amani mula naik Darjah 1, saya mula tekankan BM dan beli buku-buku BM untuk balance kan BM & BI.

Sekarang bila dah besar saya tukarkan lebih kepada buku-buku berbentuk agama supaya dia faham mengenai agama melalui pembacaan dan bukannya semata-mata dari mulut kita. Kanak-kanak lebih mudah mempercayai apa yang dia baca berbanding kata-kata ibubapa.. Untuk pastikan dia baca, saya minta dia ceritakan kepada saya apa yang dia fahami dari pembacaan.

Semoga kita boleh terapkan budaya membaca kepada anak-anak.. Bukan semata-mata dunia digital yang boleh melekakan. Insyaallah...

Bimbingan untuk Hong Leong MSIG Takaful & Hong Leong Assurance di Sungai Petani



Setiap bidang yang kita ceburi mestilah mempunyai satu sistem latihan yang lengkap dan sempurna.  Sama juga dengan bidang kewangan yang saya ceburi di RHB Asset Management dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad.

Latihan mengenai produk selalunya ditekankan oleh pihak syarikat.  Namun begitu ia memerlukan didikan dan latihan dari leader untuk mendapat sentuhan pengalaman di tahap industri atau pengalaman di lapangan yang sebenar.

Hari ini saya memandu kereta dari rumah di Sepang ke Sungai Petani di Kedah untuk memberi latihan mengenai takaful dan insurans kepada kumpulan Fusion Financial Group yang terdiri dari agensi Millionaire Thrivers Group dan agensi Legacy Jutawan Resources.  Saya merupakan Chief Takaful Consultant untuk Millionaire Thrivers Group, manakala Puan Liza Jab merupakan Chief Takaful Consultant untuk Legacy Jutawan Resources yang baru menyertai Hong Leong MSIG Takaful dan Hong Leong Assurance di bawah struktur agensi saya.  Jadi kami menggunakan cara 'leverage' untuk memastikan latihan dijalankan dengan secara gabungan di bawah nama Fusion Financial Group.


Memandangkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani agak mencabar disebabkan trafik yang sibuk dan beberapa kali terhenti, saya sampai ke pusat latihan di pejabat Hong Leong Assurance Sungai Petani pada jam  4.00 petang.  Sessi dipecahkan kepada dua iaitu latihan pengetahuan produk dan teknikal untuk Hong Leong MSIG Takaful dan diikuti pula dengan Hong Leong Assurance Berhad.

Saya menekankan kepada kedua-dua bidang Takaful dan Insurans memandangkan saya mempunyai pelanggan dan downline berbangsa Cina dan India.  Pejabat di HLA ditutup pada jam 5.30 petang, namun memandangkan latihan masih banyak yang perlu ditekankan, kami menyambung pembelajaran di Old Town White Coffee yang terletak di mall bersebelahan dengan bangunan pejabat HLA Sungai Petani.

Sessi pembelajaran kali ini sangat ceria dan sangat-sangat menggembirakan.  Saya berharap selepas ini team Financial Fusion Group akan lebih maju jaya di Hong Leong MSIG Takaful dan Hong Leong Assurance.


- Jeff AJ -


Tuesday, November 20, 2018

Kisah Rasulullah dan Hutang



Assalamualaikum...

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW sebelum wafat. Rasulullah SAW telah jatuh sakit agak lama, sehingga keadaan beliau sgt lemah.

Pada suatu hari Rasulullah SAW meminta Bilal memanggil semua Sahabat datang ke Masjid. Tidak lama kemudian
penuhlah Masjid dgn para Sahabat.
Semuanya merasa rindu setelah agak lama tidak mendapat taushiyah dari Rasulullah SAW.

Beliau duduk dgn lemah di atas mimbar. Wajahnya terlihat pucat, menahan sakit yg tgh di deritanya.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sahabat-sahabat ku semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua kepadamu,
bahawa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat,
"Benar wahai Rasulullah,
Engkau telah sampaikan kpd kami bahawa sesungguhnya Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan yg layak disembah."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
"Bersaksikanlah ya Allah.
Sesungguhnya aku telah menyampaikan amanah ini kepada mereka."

Kemudian Rasulullah bersabda lagi, dan setiap apa yang Rasulullah sabdakan selalu dibenarkan oleh para sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu pertanyaan yg menjadikan para sahabat sedih dan terharu.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya,
aku akan pergi menemui Allah.
Dan sebelum aku pergi,
aku ingin menyelesaikan segala urusan dengan manusia.
Maka aku ingin bertanya kepada kalian semua.
Adakah aku berhutang kepada kalian?
Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut.
Kerana aku tidak mahu bertemu dengan Allah dalam keadaan berhutang dengan manusia."

Ketika itu semua sahabat diam,
dan dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah SAW berhutang dgn kita?
Kamilah yang banyak berhutang kepada Rasulullah".

Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebanyak tiga kali.

Tiba-tiba bangun seorg lelaki yg bernama Ukasyah. Dia berkata:

"Ya Rasulullah!
Aku ingin sampaikan masalah ini. Seandainya ini dianggap hutang, maka aku minta engkau selesaikan. Seandainya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa".

Rasulullah SAW berkata: "Sampaikanlah wahai Ukasyah".

Maka Ukasyah pun mulai bercerita:
"Aku masih ingat ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau menunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda, tapi justeru terkena pada dadaku. Kerana ketika itu aku berdiri di belakang kuda yg engkau tunggangi wahai Rasulullah".

Mendengar itu, Rasulullah SAW berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Ukasyah.
Kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama."

Dengan suara yang agak tinggi,
Ukasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah."

Ukasyah seakan-akan tidak merasa bersalah mengatakan demikian.

Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak marah kepada Ukasyah.

"Sungguh engkau tidak berperasaan Ukasyah. Bukankah Baginda sedang sakit?

Ukasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah SAW meminta Bilal mengambil cemeti di rumah anaknya Fatimah.

Bilal meminta cemeti itu dari Fatimah. Kemudian Fatimah bertanya: "Utk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"

Bilal menjawab dengan nada sedih: "Cemeti ini akan digunakan Ukasyah utk memukul Rasulullah"

Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Kenapa Ukasyah hendak pukul ayahku Rasulullah? Ayahku sedang sakit, kalau mahu pukul,
pukullah aku anaknya".

Bilal menjawab: "Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".

Bilal membawa cambuk tersebut ke Masjid lalu diberikan kepada Ukasyah.
Setelah mengambil cambuk,
Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah.

Tiba-tiba Abu bakar berdiri menghalangi Ukasyah sambil
berkata: "Ukasyah..! kalau kamu hendak memukul,
pukullah aku.
Aku org yg pertama beriman dengan apa yg Rasulullah SAW sampaikan. Akulah sahabatnya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak memukul,
maka pukullah aku".

Rasulullah SAW: "Duduklah wahai Abu Bakar.
Ini urusan antara aku dengan Ukasyah".

Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah.
Kemudian Umar berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata:

"Ukasyah...
kalau engkau mahu pukul,
pukullah aku.
Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad,
bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.
Sekarang tidak boleh ada seorang pun yangg boleh menyakiti Rasulullah, Muhammad SAW.
Kalau engkau berani menyakiti Rasulullah,
Maka langkahi dulu mayatku..."

Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW:
"Duduklah wahai Umar.
Ini urusan antara aku dgn Ukasyah".

Ukasyah menuju kehdpan Rasulullah. Tiba-tiba  berdiri Ali bin Abu Talib sepupu sekaligus menantu Rasulullah SAW.

Dia menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah, pukullah aku saja.
Darah yg sama mengalir pada tubuhku ini wahai Ukasyah".

Lalu dijwb oleh Rasulullah SAW:
"Duduklah wahai Ali,
ini urusan antara aku dgn Ukasyah" .

Ukasyah semakin dekat dg Rasulullah.

Tiba-tiba tanpa disangka, bangkitlah kedua cucu kesayangan Rasulullah SAW iaitu Hasan dan Husen.

Mereka berdua memegangi tangan Ukasyah sambil memohon.

"Wahai pakcik,
pukullah kami pakcik. Atuk kami sedang sakit. Pukullah kami saja wahai pakcik.
Sesungguhnya kami ini cucu kesayangan Rasulullah.
Dengan memukul kami sesungguhnya itu sama dengan menyakiti datuk kami,
wahai pakcik."

Lalu Rasulullah SAW berkata: "Wahai cucu-cucu kesayangan ku duduklah kalian.
Ini urusan datuk dengan Pakcik Ukasyah".

Begitu sampai di tangga mimbar, dengan lantang Ukasyah berkata:

"Bagaimana aku mahu memukul engkau ya Rasulullah?
Engkau duduk di atas dan aku di bawah."

"Kalau engkau mahu aku pukul,
Maka turunlah ke bawah sini."

Rasulullah SAW memang manusia terbaik. Kekasih Allah itu meminta beberapa sahabat memapahnya ke bawah.

Rasulullah didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Ukasyah berkata lagi:

"Dulu waktu engkau memukul aku,
aku tidak memakai baju,
Ya Rasulullah"

Para sahabat sangat geram mendengar perkataan Ukasyah.
Tanpa menunggu lama dalam keadaan lemah, Rasulullah membuka bajunya.

Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah yg sangat indah,
sedang beberapa batu terikat di perut Rasulullah petanda bahawa Rasulullah sedang menahan lapar.

Kemudian Rasulullah SAW berkata:
"Wahai Ukasyah,
Segeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Allah akan murka padamu."

Ukasyah langsung menghambur menuju Rasulullah SAW.

Cemeti ditangannya dibuang jauh-jauh. Kemudian dia memeluk tubuh Rasulullah SAW seerat-eratnya sambil menangis semahunya,

Ukasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampuni aku,
Maafkan aku,
Mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah. Sengaja aku
melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu.

Seumur hidupku aku bercita-cita dapat memelukmu.
Kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sungguh aku takut dengan api neraka. Maafkan aku ya Rasulullah..."

Rasulullah SAW dengan senyum berkata:

"Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kalian ingin melihat ahli Syurga,
Maka lihatlah Ukasyah.."

Semua sahabat menitiskan air mata. Kemudian para sahabat
bergantian memeluk Rasulullah SAW.

Semoga Allah SWT selalu meredhai kita semua,
Aamiin...

Jom kita share cerita tentang Rasulullah SAW yang mulia ini.
                                                                          Seluruh dunia mencintai Nabi SAW. Baca dan sebarkan kepada rakan supaya kita semua berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD,
WA 'ALA AALI MUHAMMAD,