Friday, February 16, 2018

DUNIA ITU SEMENTARA TETAPI TANPA DUNIA KITA AKAN LEMAH





Apabila saya membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan, matlamat saya adalah untuk mempunyai masa terhadap keluarga dan agama. Tidak pernah sesekali saya berniat untuk menjadi kaya raya kerana bagi saya harta dunia tidak akan kekal dan kita mungkin hanyut dalam kealpaan.

Setakat mana kita boleh makan makanan yang sedap, setakat mana kita boleh tidur di atas tilam yang empuk dan selama mana kita mampu memandang rumah yang besar tersergam indah.

Namun begitu, tanpa dunia ekonomi kita akan lumpuh. Negara yang miskin senang dijajah. Bangsa yang lemah senang ditindas. Orang yang miskin tidak mampu menyumbang dari segi ekonomi untuk agama, bangsa dan negara.

Saya menyokong anak-anak muda untuk bekerja keras, mempunyai cita-cita yang besar dan menjadi kaya raya kerana mereka masih muda dan punya ruang waktu yang lama untuk menikmati kemewahan hidup serta membentuk masa hadapan yang lebih terjamin.

Bagi diri saya sendiri, saya sentiasa mencari-cari jalan bagaimana untuk bersara dengan cepat agar saya dapat menumpukan perhatian mencari khusnul khatimah. Namun, setakat ini masa masih belum mengizinkan. Saya masih ada tanggungjawab yang besar untuk membimbing insan-insan yang ingin berjaya. Insan-insan yang jujur kepada diri sendiri dan bertanggungjawab kepada keluarga.

Buat masa ini saya mempunyai dua perniagaan yang saya harus tumpukan. Satu untuk diri saya dan orang-orang yang saya bimbing dan satu lagi saya bina untuk keluarga dan masa hadapan anak saya Nurul Amani Izzati.

Kalau diikutkan satu sahaja sudah mencukupi, tetapi saya ingin anak saya menumpukan perhatian kepada pengajian agama. Jadi, saya perlu menyiapkan satu platform yang tersedia untuknya demi masa hadapan yang lebih terjamin. Saya tidak mahu dipersalahkan kelak. Biarlah buat masa ini saya berkorban masa saya untuk dirinya. Alhamdulillah, kedua-duanya semakin maju dan sangat menggembirakan saya.

Kalau setakat ingin menyara keluarga, berniaga di gerai tepi jalan pun sudah mencukupi untuk kehidupan yang biasa-biasa. Tetapi saya mahu menjadi seorang ayah yang dikagumi oleh anaknya sendiri. Bukan ayah yang tidak ada pencapaian.

Alhamdulillah, Amani sentiasa berbangga dengan diri saya. Satu suntikan semangat untuk saya berusaha dengan lebih rajin. Ini adalah hasil daripada pengorbanan saya memperjudikan masa hadapan diri saya dan dirinya satu waktu dahulu.

Saya sentiasa percaya rezeki itu di tangan Allah. Apa sahaja yang kita buat, sentiasa yakin dan berdoa. Tidak akan ada makhluk yang mampu menjejaskan rezeki kita selagi Allah menurunkannya kepada kita.

Kadang-kadang ada juga waktunya kita cuba dikhianati dari insan yang iri hati dengan kejayaan kita. Itu lumrah dunia. Bagi saya tidak perlu membalas kembali. Cukuplah kita tahu berapa dalam poket kita dan berapa di dalam poket mereka. Tidak perlu ada dendam kerana harus percaya Allah itu Maha Adil, cuma kadangkala rasa simpati datang dalam diri melihat keadaan orang-orang ini dan kehidupan mereka.

Tidak ada kejayaan yang datang dengan percuma. Walau apa sekalipun yang kita usahakan, usaha dengan bersungguh-sungguh. Sebesar mana pun impian kita, kena sentiasa ingat dunia ini hanya sementara. Biarlah harta yang kita kejar itu dapat membantu kita di akhirat, bukannya menyusahkan kita kelak.

Semakin kita mengejar dunia, semakin ia akan menjauh. Namun semakin kita mencari akhirat, semakin dekat ia datang. Semoga hidup kita semua beroleh keberkatan. Insyaallah....

#pesananuntukdirisendiri

Saturday, February 3, 2018

Pelajar Kolej Didapati Meninggal Selepas Kerugian Matawang Kripto

 

SEOUL: Pelajar kolej, yang kerugian banyak wang selepas melabur dalam mata wang maya, didapati mati di biliknya Rabu, selepas dilaporkan mengalami kemurungan. Ibu mangsa mendapati anaknya mati di biliknya Rabu pukul 7.50 pagi, menurut Balai Polis Busan Jin pada hari Khamis. Keluarga pelajar mendakwa bahawa mangsa pada asalnya memperolehi 200mil won Korea (RM720,000) dari pelaburannya. Oleh kerana peraturan kerajaan Korea Selatan untuk membendung pasaran yang semakin panas, telah menyebabkan nilai mata wang maya jatuh pada akhir Disember, menyebabkan pelaburan pelajar tersebut terjejas teruk. Selepas mangsa menunjukkan tanda-tanda kemurungan, dia dilaporkan bergantung kepada ubat tidur yang ditetapkan untuknya. Polis mengatakan bahawa dia telah menghadiri kolej peringkat tinggi sebagai pelajar tahun kedua. Pada semester pertama tahun lepas, dia mengambil cuti perubatan dari sekolahnya dan pulang ke kampung halamannya di Busan, di mana dia mula bekerja sebagai pekerja sosial pada bulan Oktober.

Pihak polis akan menyiasat kes ini dengan lebih lanjut. - Rangkaian Berita Korea Herald / Asia

Diterjemahkan oleh Jeff AJ
Baca lebih lanjut di sini.

Bitcoin Jatuh Menjunam 2018

 

 Bitcoin merosot ke tahap yang rendah untuk 2018, jatuh sejauh $ 8,449 di tengah kebimbangan mengenai peningkatan peraturan dan daya maju terbesar cryptocurrency. Mata wang maya telah kehilangan lebih daripada separuh nilainya sejak 18 Dis, ketika ia memuncak pada $19,511. Kejatuhan dalam bulan Januari mencecah $ 44.2 bilion daripada $ 200 bilion dalam nilai pasaran yang dihasilkan pada tahun lepas, kerugian terbesar dalam sebulan dalam dolar dalam sejarah aset digital yang singkat. Kebanyakan duit syiling maya hilang nilai pada bulan Januari, memandangkan pengawal selia A.S. meningkatkan pengawasan salah satu pertukaran mata wang digital terbesar di dunia. Cryptocurrency di China juga retak pada awal bulan ini.

 Diterjemahkan oleh Jeff AJ Sumber: Bloomberg

Wednesday, January 31, 2018

Bahaya Menggunakan Laptop Di Atas Katil

Penggunaan komputer riba atau laptop memanglah sangat memudahkan.  Kita boleh membuat segala kerja menggunakan komputer di mana-mana sahaja kerana ianya mudah alih.  Tetapi perlu diingatkan, anda tidak digalakkan menggunakan laptop di atas katil kerana ia boleh membahayakan dan menimbulkan keadaan yang kita tidak ingini.

Menggunakan laptop cara begini adalah salah

Kenapa ya?  Kerana apabila kita menggunakan laptop di atas katil atau di atas karpet, permukaannya tidak rata dan ianya boleh menutup lubang-lubang angin di bahagian bawah laptop.  Ini menyebabkan haba tidak dapat dikeluarkan dan komputer anda menjadi panas.  Komputer anda bukan sahaja boleh rosak, malah apabila ianya ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama, ia boleh menyebabkan kebakaran.

Sekiranya anda Google di internet, terdapat banyak kes yang telah berlaku dimana laptop yang dibiarkan terlalu lama di atas katil menyebabkan kebakaran, apatah lagi sekiranya ianya bersambung dengan elektrik yang menyebabkan laptop anda sentiasa terpasang dalam jangka masa yang lama.

Anda boleh klik di sini untuk cerita mengenai laptop yang terbakar setelah diletakkan di atas katil.  Jadi bagaimanakah caranya untuk kita menggunakan laptop di atas katil?  Jangan risau, anda masih lagi boleh menggunakannya tetapi pilihlah cara yang lebih selamat.

Gunakan laptop stand yang direka khas untuk digunakan di atas katil.  Kebelakangan ini banyak sekali rekaan laptop stand yang canggih.  Anda boleh membeli laptop stand seperti di dalam gambar di bawah ini di Ikea.

Laptop stand dari Ikea

Apa yang saya suka mengenai desktop stand ini, ianya bukan sahaja portable, malah anda boleh melipatkan kakinya dan meletakkannya secara flat sekiranya anda ingin menggunakan laptop sambil meniarap di atas katil atau karpet.  



Di bawah ini saya sertakan beberapa rekabentuk laptop stand yang sangat-sangat memudahkan. Ingat, jangan biarkan laptop anda di atas katil terlalu lama... 









Monday, January 29, 2018

Taklimat Kerjaya GBOP RHB Asset Management di Kuala Lumpur

Team Millionaire Thrivers dibawah GAM Jeff AJ
GBOP untuk RHB Asset Management telah berlangsung pada malam ini. GBOP selalunya diadakan untuk setiap kawasan sekali dalam setiap suku tahunan. Kali ini GBOP RHBAM diadakan di Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur. Majlis telah dimulakan dengan ucapan pembukaan dan pengenalan kepada RHB Asset Management oleh Mr Francis Lai, diikuti oleh pembentangan pelan pemasaran RHB Asset Management oleh GAM Kazai.

GAM Kazai sedang memberikan taklimat
Sessi testimoni kejayaan pertama telah diutarakan oleh pasangan Pengurus Agensi Kumpulan atau Group Agency Manager (GAM) iaitu Mr Patrick dan Ms Hazel. GAM Hazel datang dari keluarga yang susah dan hanya lulusan SPM sahaja. Beliau memulakan kerjaya sebagai reporter di The Star. Kemudiannya beliau menyambung pelajaran beliau sambil bekerja.


Testimoni dari GAM Patrick dan GAM Hazel

Manakala GAM Patrick juga datang dari keluarga yang susah. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang IT. Mereka berkenalan dan telah sama-sama hadir ke majlis GBOP dan menyertai dunia unit amanah. Ketika mereka mula-mula berkahwin, kedua-duanya tidak ada pekerjaan tetap. Selepas enam bulan, mereka telah membuat keputusan untuk fokus sepenuh masa dalam bidang unit amanah secara lebih serius. Hari ini kedua-duanya telahpun dinaikkan pangkat sebagai GAM. Hari ini mereka berdua telahpun mengembara ke 7 benua seperti Jepun, Italy, USA, Switzerland, Venice, Croatia, Budapest, Prague dan banyak lagi negara....!

Teknik-teknik menjana pendapatan

Menurut Robert T. Kiyosaki, untuk berjaya kita mestilah mempunyai pendapatan pasif yang membolehkan kita menjana pendapatan secara tetap.  Ada dua cara untuk mendapatkan pendapatan pasif, pertama melalui pelaburan.  Hanya orang-orang yang kaya dan mempunyai wang yang banyak mampu menjadi pelabur seperti ini.  Keduanya, menjadi business owner dimana kita mempunyai kumpulan orang-orang yang mampu memberikan kita pendapatan pasif.  Di RHB Asset Management, kita akan mampu menjadi seorang business owner yang membolehkan kita mendapat pendapatan pasif secara bulanan.  Malah kita juga boleh bersara awal.  Retire young, retire rich!

Sessi motivasi oleh GAM Dato Mahathir BZ


Majlis kemudian diteruskan dengan sesi motivasi oleh GAM Dato Mahathir BZ. Beliau telahpun berjaya dalam bidang pengurusan kewangan. Dalam hidup ini katanya adalah 'Selling Game'. Apabila kita terlibat dalam bidang perniagaan, pelanggan suka menyebut perkataan 'NO'. Itu adalah lumrah. Mereka cuma mahu melihat apa yang kita boleh buat, barulah mereka katakan 'YES'. Bagaimana untuk kita berjaya? Cuma buka mulut! Promote dan biarkan orang tahu tentang perniagaan kita. Sebagai ahli perniagaan kita tidak akan berjaya kalau kita menyembunyikan perniagaan kita dari orang ramai... Betul kan?

 Untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang kerjaya bersama RHB Asset Management, boleh lah menghubungi Jeff AJ di 012-3023433 atau mana-mana perunding di bawah kumpulan Millionaire Thrivers Group.

Leader Millionaire Thrivers KB - Ashie & Adham turut sama turun padang