Showing posts with label Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Keajaiban Minyak Kelapa Dara

"Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkan didunia"
Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA

"Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit"
Dr. John J. Kabara, Universiti Michigan, USA

"Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan"
Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA


Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI.

Minyak Kelapa Dara adalah 100% Organik, diakui oleh Doktor diseluruh dunia tentang
kehebatannya, bersifat anti virus & anti bakteria, boleh merencatkan virus HIV, tiada kolestrol, tidak menyebabkan kegemukan, menurunkan darah tinggi & kencing manis, tiada kesan sampingan, diakui diseluruh DUNIA sebagai makanan berfungsi pada abad ke 21
Fakta : Minyak Kelapa Dara telah mendapat pengakuan FDA di Amerika Syarikat dan dimasukkan di dalam daftar GRAS (Generally Regarded As Safe) dan disahkan selamat untuk dimakan.

Minyak Kelapa Dara sebagai Anti Kanser.

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Sifat antimikrob MCT pada minyak kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit.

MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin berkurangnya jumlah bakteria yang menggangu di dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan merencatkan sel-sel kanser. Selain itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksidan yang mencegah tindakbalas radikal bebas dan memberikan perlindungan.

SIFAT-SIFAT MINYAK KELAPA DARA :

Berwarna Jernih.
Diproses melalui kaedah bioteknologi.
Penggunaan mikroorganisma semulajadi untuk proses
pengekstrakan minyak.
Diproses tanpa menggunakan haba, pengawet , bahan perasa dan
bahan kimia.
Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.
Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik
yang agak tinggi.
Akan membeku pada suhu 24°C (cepat membeku).

Minyak Kelapa Dara merencatkan virus HIV.

Berbeza dengan anggapan masyarakat Barat selama ini bahawa minyak kelapa merupakan minyak yang mengandungi kolestrol dan menyebabkan gangguan jantung dan pembuluh darah, beberapa kajian terbaru menunjukkan, minyak kelapa dara mampu melindungi kesihatan. Kajian oleh Enig MG (tahun 2001) dan kumpulannya menunjukkan, 50 peratus asid lemak pada minyak kelapa dara adalah asid laurik dan tujuh peratus lagi adalah asid kapriat. Keduanya adalah Asid Lemak Tepu Rantaian Sederhana (MCFA) yang mudah dimetabolisma dan tidak meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.

Dalam tubuh, asid laurik akan berubah menjadi sebati dengan monolaurin dan asid kapriat diubah menjadi monokaprin. Keduanya bersifat antivirus, antibakteria dan antiprotozoa dan kini dikembangkan untuk melawan HIV/AIDS.

Kehebatan Minyak Kelapa Dara

Dipetik dari : MINGGUAN MALAYSIA , Ahad 1 Ogos 2004, (Ruangan Kesihatan) ms. 28.

SUNGGUHPUN kita telah disajikan dengan fakta bahawa minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan selama hampir 30 tahun, kita tidak pula diberitahu bahawa kajian tentang kesan sebenar kelapa telah dimulakan lebih 70 tahun dahulu.

Bermula dari awal tahun 1930, Dr. Weston A. Price, seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorang doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan gigi yang menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Mereka juga mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.

Pada awal tahun 1960-an, Dr. Ian A. Prior, seorang pakar jantung yang juga merupakan pengarah Pusat Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau iaitu Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan.  Dr. Ian merumuskan, penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara, seorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti Michigan . Beliau mendapati, minyak kelapa dara yang terdapat dalam santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit semula jadi yang kuat.  Maka terjawablah kemusykilan Dr. Weston A. Price dan Dr. Ian A. Prior selama ini, mengapa penduduk di Kepulauan Pasifik begitu sihat.  Penemuan besar oleh Dr. Jon J. Kabara ini sebenarnya berupaya merubah senario industri kesihatan dunia.

Dalam tahun 1980-an, Dr. Raymond Peat, seorang profesor fisiologi dari Universiti Oregon melaporkan, minyak kelapa dara dalam hampas kelapa berupaya menurunkan berat badan.
Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990-an, Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, pemakanan dan seorang ahli biokimia dari Universiti Maryland merumuskan, minyak kelapa dara adalah makanan yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.

Perbezaan minyak kelapa dara dengan minyak kelapa biasa

Minyak kelapa dara diproses dengan tidak menggunakan sebarang haba atau bahan kimia. Ini menyebabkan struktur dalaman asal minyak kelapa dara terpelihara dan dapat mengekalkan sifat-sifat antivirus dan antibakterianya.

Untuk memproses minyak kelapa biasa secara komersial dan meluas, haba dan kimia digunakan menyebabkan struktur dalaman minyak kelapa biasa terganggu dan berubah. Ini mungkin boleh memudaratkan. Antaranya, meningkatkan kolesterol dan menaikkan berat badan.  Oleh kerana minyak kelapa dara amat rumit untuk dihasilkan, ia hampir tidak wujud di dalam pasaran minyak makan.  Selain itu, kos pengeluarannya juga tinggi dan tidak mampu bersaing dengan pasaran minyak lain. Agak pelik,  apabila dinyatakan minyak kelapa secara umum berbahaya untuk kesihatan kerana pohon kelapa hebat dengan pelbagai fungsi - dari pangkal hingga ke hujung.

Malangnya apabila pihak luar mempunyai kepentingan global mengatakan minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan, kita mengikut telunjuk mereka.  Kita perlu mengetahui empat perkara penting yang menyebabkan minyak kelapa dara lenyap:

Minyak kelapa dara adalah suatu kejadian Allah yang semula jadi. Ia tidak boleh dipaten oleh mana-mana pihak untuk kepentingan perniagaan. Minyak kelapa dara tidak boleh dipaten. Ini menggugat industri kesihatan dan perubatan global yang menyebabkan syarikat farmasi antarabangsa khuatir jualan ubat-ubat moden boleh merosot seandainya manusia beralih kepada sesuatu yang semula jadi.

Faktor minyak kelapa dara tidak boleh dipaten hak penghasilannya adalah sesuatu yang amat merugikan kepada syarikat-syarikat besar itu.  Wujudnya kempen global Persatuan Minyak Soya Amerika pada awal 1970-an terus mematikan daya saing minyak tropika termasuk minyak kelapa. Kempen meluas yang mengatakan minyak kelapa membahayakan kesihatan menjadikan industri kelapa Malaysia terkubur.

Syarikat-syarikat besar farmasi dunia juga mengenakan cengkaman ke atas semua sekolah perubatan di dunia.  Mereka memberi sumbangan berbilion ringgit untuk menjalankan penyelidikan yang keputusannya disesuaikan menurut kepentingan perniagaan global mereka.  Oleh kerana banyak kajian perubatan dipengaruhi oleh syarikat farmasi antarabangsa, tidak ada seorang doktor yang akan mengatakan minyak kelapa dara berfungsi untuk kesihatan.

Kini industri kesihatan dunia bergantung kepada perubatan moden yang berasaskan kimia. Ia boleh membawa kesan jangka panjang kepada perubatan alternatif yang banyak berasaskan bahan semula jadi.

Dengan wujudnya kempen kesedaran tentang kesan jangka panjang perubatan moden Barat, minyak kelapa dara sudah pasti akan mendapat tempat di persada industri kesihatan global.  Oleh itu Malaysia perlu mengambil langkah proaktif untuk mempromosi minyak kelapa dara di samping minyak sawit yang sedia terkenal.

MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan seribu rahsia.

Dipetik dari : majalah Mingguan Wanita.

Pohon kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelabagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar besaran.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar pakar barat terus mencari kesan kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat. Kajian kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positf seperti berikut:

1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
2. meningkat kadar metabolisma badan
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
4. anti oxida semulajadi
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
9. berupaya menurunkan berat badan
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
11. membekal sumber tenaga dengan cepat
12. melembab dan melembutkan kulit
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
14. mengurangkan kesan keracunan makanan
15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
20. mengurangkan risiko dan kesan demam
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
25. mengurangkan risiko dan kesan lelah
26. mengurangkan risiko dan kesan buasir
27. mengurangkan risiko dan kesan sembelit
28. mengurangkan risiko dan kesan hepatitis A, B, C
29. mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan mulut
30. mengurangkan risiko dan kesan sakit gigi dan gusi
31. mengurangkan risiko dan kesan kanser
32. mengurangkan risiko dan kesan leukemia
33. mengurangkan risiko dan kesan psoriasis dan sebarang penyakit kulit
34. mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut
35. mengurangkan risiko dan kesan denggi dan malaria
36. mengurangkan risiko dan kesan stroke atau angin ahmar
37. mengurangkan risiko dan kesan herpes, syphilis, gonorrhea
38. mengurangkan risiko dan kesan penyakit Crohn
39. mengurangkan risiko dan kesan chronic fatigue syndrome
40. mengurangkan risiko dan kesan osteoporosis
41. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hempedu
42. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hati
43. mengurangkan risiko dan kesan pembesaran prostate radang paru paru
44. mengurangkan risiko dan kesan jangkitan mata dan telinga

Sudah tentu kita akan merasa terkejut apabila melihat senarai panjang penyakit yang dapat di elak atau disembuhkan dengan memakan minyak kelapa dara. Ini semua adalah kekuasaan tuhan yang telah dari awal lagi menunjukkan kepada manusia bahawa pohon kelapa kejadiannya amat berfungsi untuk kegunaan harian manusia. Tanpa kajian kajian yang dilakukan oleh pakar pakar negara barat, sudah pasti seribu satu rahsia alam yang tersimpan di dalam minyak kelapa dara tidak akan tercungkil. 


Maka terbuktilah betapa hebatnya kejadian dan hikmah tuhan seperti yang di manifestasikan oleh pohon kelapa. Setiap yang dijadikan tuhan secara semulajadi sudah pasti ada hikmahnya. Janganlah pula kita sebagai insan kerdil menidakkannya.

Minyak Kelapa Dara Bersifat Antibakteria, Antivirus dan Antiprotozoa Minyak Kelapa Dara memiliki sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan anti protozoa. Ini adalah kerana kandungan asid laurik yang tinggi. Manakala, minyak yang lain tidak memiliki sifat antimikrob sepertinya. Mereka yang mengalami serangan mikrob dan kulat dicadangkan supaya meminum minyak kelapa Dara 2-4 sudu makan sehari, diminum sebelum makan dan disapu dibahagian yang mengalami masaalah. Dengan meminumnya secara terus ia dapat mengekalkan sifat antimikrob didalam Minyak Kelapa Dara. 


Minyak yang berasal dari keluarga kelapa, mengandung antimikrob semulajadi, seperti asid laurik (lauric acid) yang hampir sama dengan khasiat air susu ibu (ASI). Manakala minyak sayur lain (minyak jagung, minyak kacang soya dan minyak biji bunga matahari) tidak memiliki sifat anti mikrob. Asid laurik pertama kali ditemui dalam minyak kelapa oleh Prof. Dr. John J Kabra, daripada Department of Chemistry and Pharmachology, Michigan State University, Amerika, tahun 1960an. Manfaat dari asid laurik antara lain ialah dapat membunuh berbagai jenis mikrob yang membran selnya asal asid lemak (lipid coated microorganism). Sifat asid laurik dapat melarutkan membran virus berupa lipid sehingga boleh mengganggu kekebalan virus. Keadaan ini akan menyebabkan virus menjadi lemah. Beberapa penyakit yang disebabkan oleh mikrob jenis ini seperti HIV, hepatitis C, herpes, influenza, cytomegalovirus, Strepcocous sp., Stapilococus sp., gram positive, gram negative, helicobacterpylory, dan candida. Sementara itu, asid kaprilat yang terdapat pada Minyak Kelapa Dara amat berpotensi untuk mematikan kulat (candida) penyebab keputihan.

Minyak Kelapa Dara sebagai Anti Kanser

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Sifat antimikrob MCT pada Minyak Kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit.   MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin berkurangnya jumlah bakteria penggangu di dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan menghancurkan sel-sel kanser. Selain itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksidan yang mencegah kesan-kesan radikal bebas dan memberikan perlindungan.

Minyak Kelapa Dara Dan Pengawalan Penyakit Kardiavaskular

Minyak dan kolesterol merupakan istilah yang amat sinonim. Kita seringkali diberitahu tentang kemudaratan yang dibawa oleh minyak. Walau bagaimanapun tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai khasiat yang menakjubkan? Seperti yang kita ketahui minyak terdiri daripada asid lemak. Asid lemak pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu. Faktor utama yang membezakan kedua-dua lemak ini adalah ikatan kimianya. Asid lemak tepu menunjukkan ikatan kimia yang lebih stabil berbanding dengan asid lemak tak tepu, ini berdasarkan jumlah atom yang terikat padanya. Keadaan struktur kimianya yang stabil ini menyebabkan ianya sukar dioksidakan berbanding dengan asid lemak tak tepu. Pengoksidaan asid lemak meyebabkan penghasilan radikal bebas yang reaktif dan memudaratkan dalam badan.

Tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai komposisi asid lemak tepu yang tinggi, komponen inilah yang menjadikan sifatnya sangat istimewa. Empat dekad lalu kita sering disajikan dengan informasi salah oleh sesetengah ahli politik dan golongan profesional barat yang mempunyai kepentingan sendiri. Mereka berjaya mempengaruhi media dan seterusnya membuatkan kita beranggapan asid lemak tepu adalah mudarat untuk kesihatan. Hanya sedikit maklumat sahaja yang difokuskan kepada fakta bahawa asid lemak tepu bukan sahaja
terdiri famili tunggal, tetapi ianya terdiri daripada 3 subkumpulan; iaitu asid lemak berantaian pendek (C2-C6), sederhana (C8-C12) dan panjang (C14-C24). Pengkelasan ini dilakukan berdasarkan kepada jumlah atom karbon (C).

Adakah minyak kelapa dara meningkatkan paras kolesterol? Tidak, minyak kelapa dara yang diproses secara bioteknologi tidak meningkatkan kolesterol darah. Contohnya, sekumpulan penyelidik telah menyedari penduduk di Kepulauan Filiphina, iaitu Polynesians dan Bicolanos yang mengamalkan diet kelapa dalam kehidupan harian tidak mendapat penyakit jantung koronari dan mempunyai paras kolesterol yang rendah.

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik barat iaitu Kaunitz dan Dayrit (1992) ke atas populasi yang mengamalkan diet kelapa, mendapati minyak kelapa dara tidak meningkatkan kolesterol serum darah dan tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung koronari. Salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kolesterol darah adalah kadar metabolisma badan yang rendah. Minyak kelapa dara dapat meningkatkan metabolisma badan dan sekaligus dapat menurunkan paras kolesterol darah.

Pendekatan semulajadi boleh dilakukan untuk menangani masalah paras kolesterol yang tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kelapa dara atau nama saintifiknya Cocos nucifera dalam diet harian didapati mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, merendahkan deposisi lemak, meningkatkan metabolisma, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan penghasilan radikal bebas dalam sel, menurunkan paras kolesterol darah dan hati serta mempunyai sifat anti-oksidan terhadap sel.

Salah satu faktor yang menyebabkan masalah kardiovaskular adalah pembekuan darah. Platlet adalah protein yang terdapat pada darah berperanan dalam proses pembekuan darah. Semakin tinggi daya kelekitan platlet semakin tinggi risiko darah untuk membeku. Kajian terdahulu menunjukkan kebanyakan lemak contohnya minyak sapi, mentega, marjerin, dan minyak sayuran menyebabkan peningkatan kelekitan platlet. Salah satu lemak yang tidak menyebabkan kelekitan platlet adalah MCFA yang terdapat dalam minyak kelapa. Lemak ini
akan segera dibakar di dalam badan dan tidak menyebabkan deposisi pada saluran darah.

Di samping itu, gaya hidup masa kini yang lebih bertumpu kepada makanan segera dan diproses merupakan penyumbang terbesar kepada risiko penyakit kardiovaskular. Makanan yang diproses telah melalui proses hidrogenasi yang menyebabkan makanan segera kurang selamat untuk dimakan. Penghidrogenan yang menggunakan tekanan haba yang tinggi menyebabkan terhasilnya lemak trans iaitu lemak yang tidak baik.

Lemak trans adalah lemak tiruan yang terhasil daripada proses penghidrogenan dan sangat toksik. Ini kerana badan manusia tidak mempunyai mekanisma khas untuk memproses dan menyingkirkan lemak trans. 

(Bahagian 3)
Dr Willett dan rakan-rakan menyatakan lemak trans menyebabkan penyakit kardiovaskular. Kajian menunjukkan asid lemak trans menyumbang kepada aterosklerosis dan penyakit jantung. Sebagai contoh kajian ke atas haiwan mendapati, haiwan yang diberi diet yang mengandungi asid lemak trans mendapat aterosklerosis berbanding dengan haiwan yang diberi makan selain daripada lemak trans.

Minyak kelapa dara adalah anugerah Tuhan yang amat berharga dan memainkan peranan dalam menurunkan paras kolesterol darah. Oleh itu adalah mustahil anugerah semula jadi ini membawa kemudaratan kepada manusia.

Sumber: bidankampung.blogspot.com

Saturday, September 14, 2013

Sinki Bocor



Dah seminggu saluran bawah sinki bilik air rumah saya ni bocor.. semua gara-gara skru pemegangnya berkarat menyebabkan saluran paip dan sinki terpisah.  Memang tak ada masa langsung nak pergi ke kedai hardware untuk beli benda alah ni.  Nasib baik dua hari lepas saya ada kursus di CIMB Wealth Advisor Training Centre bersebelahan dengan kedai hardware di Damansara Perdana.  Terus boleh beli... bukan mahalpun.. cuma RM8 je satu set.

Balik rumah malam tadi saya terus pasang... selesai masalah.  Kalau panggil plumber datang repair ni tak tahulah berapa agaknya ya...  Itulah, kadang-kadang kita perlu tahu atau belajar perkara-perkara asas seperti ni.. Bukan kita nak ambil alih kerja tu, tapi dengan pengetahuan asas yang sedikit tu sebenarnya banyak menjimatkan kita..

Untuk anda semua, sekiranya sinki anda bocor dan menitik di bahagian bawah, mudah sahaja.  Beli set penyambung seperti dalam gambar di atas.  Harga lebih kurang RM8-10 sahaja satu set.  Tetapi perlu diingat terdapat dua saiz paip penyambung ni.  Kalau untuk sink cuci tangan saiz dia lebih kecil dan kalau untuk sinki dapur saiz dia lebih besar.  Jadi sila beritahu kepada jurujual saiz apa yang kita mahukan.

Benda kedua yang kita kena beli adalah tape teflon.  Tape teflon ni merupakan penebat air untuk mengelakkan air keluar dari bahagian yang bersambung. Harga tape teflon ni cuma lebih kurang RM0.50 je satu.  Beli lah lebih sedikit takut tak cukup nanti.


Teflon Tape

Bagaimana car untuk menggunakan teflon tape ni ya?  Mudah sahaja, sebelum kita sambungkan paip plastik tu, kita balutkan dulu bahagian penyambung dengan teflon tape ni supaya air tidak keluar...  Tengok gambar di bawah ni.


Ok lepas tu dah boleh sambung paip tu.  Kalau selepas sambung paip ni air masih lagi menitik, perhatikan air keluar dari bahagian mana.  Cara yang mudah ambil teflon tape ni, lilitkan dari bahagian luar paip banyak-banyak supaya air tidak lagi keluar.  Cuba dulu ya....

Friday, September 13, 2013

Warna Jumaat


Dah lama rupanya saya tak menulis kat blog ni... Maklumlah agak busy. Rindu pula nak memeriahkan laman blog yang semakin suram ni..

Hari ni merupakan hari kedua saya berada di dalam training TCCP untuk promotion ke Agency Manager. Agak boring mendengar penerangan teori dalam kelas. Saya lebih suka mendengar taklimat, latihan atau seminar dari mereka yang sudah terbukti berjaya dalam bidang ni. Tapi bila difikir-fikirkan, kalau seseorang tu dah berjaya, takkan dia nak berhenti bisnes dan jadi seorang trainer pulak.. Sebab tu saya suka hadir seminar Dr Azizan Osman kerana beliau telah terbukti berjaya.

Waktu rehat saya singgah ke Head Office CWA, untuk submit sales... Lepas tu bergegas untuk solat Jumaat di masjid berdekatan. Masa nak keluar dari masjid, tiba-tiba ada yang menegur.. Saya berpaling, tiba-tiba seorang lelaki menghulurkan iPhone saya yang tertinggal dalam masjid. Masih ada lagi insan berhati mulia di kota kosmopolitan ini... Syukur Alhamdulillah... Kalau tak terpaksalah beli baru... Duit lagi...

Habis sahaja solat Jumaat, saya singgah pula di Restoran Baloh untuk makan tengahari. Ingat nak makan cepat-cepat dan masuk balik dalam kelas... Tapi hujan pulak tersangatlah lebatnya..... Sampai terpaksa lepak kat kedai ni lebih setengah jam sementara menunggu hujan reda....huhu... Hujan oh hujan....


Saturday, October 20, 2012

Amazing Race to Chiang Mai


Assalamualaikum....

Alhamdulillah... pada 5-7 Oktober lepas kami telahpun berlepas ke Chiang Mai atas tajaan CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA). Percutian percuma ini diberikan oleh CWA untuk perunding-perunding kewangan baru yang mencapai kutipan pelaburan saham amanah terkumpul sebanyak RM380,000 dalam tempoh setahun untuk melayakkan diri menerima satu tiket, manakala RM800,000 pula diperlukan untuk menerima dua tiket percutian percuma.  Saya merasa sangat bertuah kerana berada dibawah bimbingan Group Agency Manager tersohor iaitu Puan Fiona Tahir dan juga Agency Manager, Arma Wahab.  Hasil bimbingan mereka saya layak mendapat 2 tiket percuma untuk ke Chiang Mai ini dalam masa cuma enam bulan sahaja.


Semua perunding kewangan CWA yang layak ini dibawa mengelilingi kota Chiang Mai... Sebanyak dua buah bas persiaran eksekutif telah disediakan oleh CWA.  Pada hari pertama kami dibawa untuk membeli-belah di kawasan perkampungan kraftangan. Terdapat pelbagai barangan kraftangan dan juga barangan perhiasan rumah yang cukup menarik.  Selepas selesai bershopping kami dibawa ke hotel untuk makan malam dan beristirehat. Kami diberikan penginapan yang cukup mewah iaitu hotel bertaraf 5 bintang... Le Meridien Chiang Mai.  Cukup mempesonakan...






Pada hari kedua pula kami telah dibawa ke kawasan perlindungan gajah untuk menaiki gajah dan melihat pelbagai aksi menarik gajah-gajah jinak di sana.








Kemudian kami telahpun dibawa ke ladang bunga orkid untuk melihat sendiri keindahan bunga kebanggaan negara Siam itu..  Terdapat banyak bunga-bunga orkid dari pelbagai spesis dan juga rama-rama yang cukup berwarna-warni...  Pengalaman yang sungguh hebat dan sukar dilupakan.


Setelah selesai menikmati keindahan flora dan fauna, kami dibawa pula ke kilang pemerosesan batu-batu permata bernilai...  Apa lagi, ramai yang mengambil peluang untuk membeli belah barang-barang kemas di sana...



Kami juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana kain sutera dibuat.  Setelah keluar dari galeri batu permata, kami dibawa ke butik sutera esklusif kepunyaan keluarga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.  Kain sutera di sana tersangat cantik dan murah pula jika dibandingkan dengan harga yang dijual di Malaysia.  Bahagian bersebelahan dengan butik terdapat bilik pameran dimana ulat sutera dipelihara, kemudian bertukar menjadi kepompong. Kepompong itu pula kemudiannya direbus dan ditarik untuk mengeluarkan benangnya.  Satu kepompong mampu untuk menghasilkan sehingga tiga meter benang sutera...




Kalau singgah ke Chiang Mai, tidak sah kalau tidak membeli produk madu lebah yang cukup asli dari kawasan pergunungan.. Madu tersebut dihasilkan dari lebah yang mengambil manisan dari bunga-bungaan yang cukup berkhasiat..  Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang produk lebah di sana boleh lah merujuk kepada risalah ini... cuma klik pautan risalah madu lebah Chiang Mai ini.



Seperti juga di Malaysia, tidak sah kalau tak pergi ke pasar malam..  Kalau di Kuala Lumpur ada  Petaling Street, di Chiang Mai juga ada..  Kami mengambil peluang untuk bershopping sebelum makan malam di restoran Seafood.  Banyak barang-barang yang menarik di sana dan murah pula....



Untuk malam kedua, kami disajikan dengan masakan tradisional Thai di sebuah restoran seafood.  Memang terangkat.. banyak betul makanan yang disajikan oleh pihak CWA sampai kami pun surrender kekenyangan...



Pada hari terakhir kami singgah ke Northern Village untuk membeli belah sebelum berangkat pulang ke airport.  Sebelum itu, kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran yang cukup hebat.. semua masakan laut Thai yang tersangat-sangat sedap....



Alhamdulillah.. segala layanan yang hebat ini akan memberikan kami semangat untuk terus berjuang dengan karier kami di CWA..

Insyaallah.. tahun depan kami akan pergi ke San Francisco... Amin....



Kepada mereka yang berminat untuk memiliki kerjaya hebat seperti ini, boleh menghubungi saya di nombor telefon 012-3023433 atau emel jeffaj.office@gmail.com.  Anda juga boleh menghubungi agensi kami iaitu Charisma Agency.  Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman web http://www.elitefin-group.com


Untuk koleksi gambar album lawatan ke Chiang Mai, sila klik pautan di sini: Album Chiang Mai











Monday, September 10, 2012

Beraya di Media Prima

Pada minggu lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri majlis jamuan hari raya yang di adakan oleh kumpulan Media Prima.  Ramai juga artis-artis yang terkenal di sana.  Tapi tak ramai yang saya sempat bergambar.  Banyak masa saya habiskan berborak santai dengan businessman-businessman yang dijemput oleh pihak Media Prima.  

Saya juga berkesempatan berborak dengan Chef Zam yang kelakar..  Memang tak kering gusi bila berborak dengan beliau.  Paling menarik, saya dijemput oleh pemilik animasi Supertots untuk mengunjungi production house beliau bagi melihat sendiri bagaimana proses pembuatan animasi tersebut.

Bersama Chef Zam yang kelakar

Bergambar bersama David Teo yang sangat peramah

Shaheizy Sam yang sangat stylo dan dikerumuni ramai peminat

Datin Paduka Umie Aida yang sungguh jelita


Sebelum berangkat pulang saya sempat terjumpa pula dengan rakan sekerja di Malaysia Airlines dulu iaitu Azizi.  Sempat jugalah meluangkan masa bersama beliau dan rakan-rakannya... Alhamdulillah, raya tahun ini nampaknya lebih meriah...

Tak sangkat dapat berjumpa dengan Azizi

Gambar kenangan dengan Azlan, Azizi dan rakan beliau...

Monday, August 6, 2012

Jom Kenal Kuih Muih Kelantan





Kuih Akok

Kuih Lompat Tikam

Kuih Tepung Pelita

Pulut Bakar

Kuih Cara

Sarang Tebuan

Kuih Cek Mek


Kuih Tepung Sunai

Kuih Beko Ubi Kayu



Kuih Nekbat

Kuih Buah Peria

Jala Mas

Kuih Bingka

Kuih Ondeh-ondeh

Kuih Puteri Mandi

Kuih Buah Tanjung

Monday, December 26, 2011

Bahasaku oh Bahasaku

Bila kita berkunjung ke sesebuah negara, kita selalunya kagum dengan budaya dan bahasa yang ditonjolkan. Bahasa rasmi negara selalunya terpahat bukan sahaja di papan iklan 'billboard' malah juga di papan-papan tanda. Sebut saja di Thailand, Negara-negara Arab, Indonesia, Hong Kong, China, Eropah dan negara-negara lain yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, papan-papan tanda di negara mereka meletakkan bahasa rasmi negara sebagai bahasa utama atau bahasa primer. Sekiranya Bahasa Inggeris digunakan, ianya hanya dipaparkan sebagai bahasa kedua.

Amat menyedihkan, lain yang berlaku di Malaysia. Sesetengah pihak terlalu obses dengan penggunaan Bahasa Inggeris dan meletakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa sekunder di iklan-iklan mahupun papan tanda mereka. Lebih menyedihkan, kadang-kadang cuma diletakkan Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Sepatutnya isu sebegini tidak wajar wujud. Orang-orang Cina di Malaysia memang boleh berbahasa Malaysia. Pembelajaran Bahasa Malaysia telah diterapkan semenjak dari bangku sekolah rendah lagi. Malah sekolah jenis kebangsaan pun diwajibkan mengambil Bahasa Malaysia dan lulus dengan kredit untuk mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia.

Inilah semangat 1Malaysia yang kerajaan cuba wujudkan sekian lama. Bila wujudnya pandangan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kelas kedua, hak bahasa kita dianaktirikan. Sedangkan rata-rata pelanggan mereka adalah rakyat tempatan. Peratusan rakyat asing yang berkunjung ternyata amat sedikit. Sekiranya ada, mereka harus belajar berada di negara Malaysia sebagaimana kita cuba belajar hidup di negara orang. Lagipun rakyat Malaysia rata-rata boleh berbahasa Inggeris jadi tanya sajalah orang-orang Malaysia yang berbudi bahasa dan menghormati tetamu.. Malu bertanya sesat jalan...

Bahasa Jiwa Bangsa...


Tulisan Bahasa Malaysia Yang Jauh Lebih Kecil Berbanding Bahasa Lain

Tulisan Bahasa Malaysia Yang Jauh Lebih Kecil Berbanding Bahasa Lain

Di Manakah Bahasa Malaysia Di Sini??