Showing posts with label Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Pelancongan. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Amazing Race to Chiang Mai


Assalamualaikum....

Alhamdulillah... pada 5-7 Oktober lepas kami telahpun berlepas ke Chiang Mai atas tajaan CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA). Percutian percuma ini diberikan oleh CWA untuk perunding-perunding kewangan baru yang mencapai kutipan pelaburan saham amanah terkumpul sebanyak RM380,000 dalam tempoh setahun untuk melayakkan diri menerima satu tiket, manakala RM800,000 pula diperlukan untuk menerima dua tiket percutian percuma.  Saya merasa sangat bertuah kerana berada dibawah bimbingan Group Agency Manager tersohor iaitu Puan Fiona Tahir dan juga Agency Manager, Arma Wahab.  Hasil bimbingan mereka saya layak mendapat 2 tiket percuma untuk ke Chiang Mai ini dalam masa cuma enam bulan sahaja.


Semua perunding kewangan CWA yang layak ini dibawa mengelilingi kota Chiang Mai... Sebanyak dua buah bas persiaran eksekutif telah disediakan oleh CWA.  Pada hari pertama kami dibawa untuk membeli-belah di kawasan perkampungan kraftangan. Terdapat pelbagai barangan kraftangan dan juga barangan perhiasan rumah yang cukup menarik.  Selepas selesai bershopping kami dibawa ke hotel untuk makan malam dan beristirehat. Kami diberikan penginapan yang cukup mewah iaitu hotel bertaraf 5 bintang... Le Meridien Chiang Mai.  Cukup mempesonakan...






Pada hari kedua pula kami telah dibawa ke kawasan perlindungan gajah untuk menaiki gajah dan melihat pelbagai aksi menarik gajah-gajah jinak di sana.








Kemudian kami telahpun dibawa ke ladang bunga orkid untuk melihat sendiri keindahan bunga kebanggaan negara Siam itu..  Terdapat banyak bunga-bunga orkid dari pelbagai spesis dan juga rama-rama yang cukup berwarna-warni...  Pengalaman yang sungguh hebat dan sukar dilupakan.


Setelah selesai menikmati keindahan flora dan fauna, kami dibawa pula ke kilang pemerosesan batu-batu permata bernilai...  Apa lagi, ramai yang mengambil peluang untuk membeli belah barang-barang kemas di sana...



Kami juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana kain sutera dibuat.  Setelah keluar dari galeri batu permata, kami dibawa ke butik sutera esklusif kepunyaan keluarga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.  Kain sutera di sana tersangat cantik dan murah pula jika dibandingkan dengan harga yang dijual di Malaysia.  Bahagian bersebelahan dengan butik terdapat bilik pameran dimana ulat sutera dipelihara, kemudian bertukar menjadi kepompong. Kepompong itu pula kemudiannya direbus dan ditarik untuk mengeluarkan benangnya.  Satu kepompong mampu untuk menghasilkan sehingga tiga meter benang sutera...




Kalau singgah ke Chiang Mai, tidak sah kalau tidak membeli produk madu lebah yang cukup asli dari kawasan pergunungan.. Madu tersebut dihasilkan dari lebah yang mengambil manisan dari bunga-bungaan yang cukup berkhasiat..  Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang produk lebah di sana boleh lah merujuk kepada risalah ini... cuma klik pautan risalah madu lebah Chiang Mai ini.



Seperti juga di Malaysia, tidak sah kalau tak pergi ke pasar malam..  Kalau di Kuala Lumpur ada  Petaling Street, di Chiang Mai juga ada..  Kami mengambil peluang untuk bershopping sebelum makan malam di restoran Seafood.  Banyak barang-barang yang menarik di sana dan murah pula....



Untuk malam kedua, kami disajikan dengan masakan tradisional Thai di sebuah restoran seafood.  Memang terangkat.. banyak betul makanan yang disajikan oleh pihak CWA sampai kami pun surrender kekenyangan...



Pada hari terakhir kami singgah ke Northern Village untuk membeli belah sebelum berangkat pulang ke airport.  Sebelum itu, kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran yang cukup hebat.. semua masakan laut Thai yang tersangat-sangat sedap....



Alhamdulillah.. segala layanan yang hebat ini akan memberikan kami semangat untuk terus berjuang dengan karier kami di CWA..

Insyaallah.. tahun depan kami akan pergi ke San Francisco... Amin....



Kepada mereka yang berminat untuk memiliki kerjaya hebat seperti ini, boleh menghubungi saya di nombor telefon 012-3023433 atau emel jeffaj.office@gmail.com.  Anda juga boleh menghubungi agensi kami iaitu Charisma Agency.  Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman web http://www.elitefin-group.com


Untuk koleksi gambar album lawatan ke Chiang Mai, sila klik pautan di sini: Album Chiang Mai











Tuesday, December 27, 2011

Singgah Di Tasik Chini

Hari ni sepatutnya saya dan abang saya, Syamsul mengadakan taklimat di Felda Chini 5, tapi disebabkan masalah teknikal, taklimat tersebut terpaksa kami tunda pada hari Khamis 29 Disember 2011.
Disebabkan boring dan tak pernah sampai di Tasik Chini, kami pun singgah sebentar untuk meninjau pemandangan di situ.

Di sini saya sertakan beberapa gambar yang sempat diambil untuk tatapan semua...

Binatang liar dapat dilihat dengan senang.. Saya sempat mengambil gambar tupai ini dengan mudah..

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam. Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri. 

Bot-bot untuk disewa

Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk.Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan. Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini. 

Pemandangan jeti dari restoran di Tasik Chini Resort

Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri. Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

Jeti untuk menaiki bot melawat Tasik Chini

Satu lagi lagenda Tasik Chini adalah kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam di situ. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak yang seakan-akan buatan Khmer purba, serta kemungkinan tapak asas binaan di dasar Tasik Chini ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini. Ramai juga membuat spekulasi mengenai pokok teratai di situ, kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha - tambahan pula di lain-lain tasik di seluruh Malaysia, tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.


Pemandangan chalet di Resort Tasik Chini

Legenda Masih Lagi Wujud?

Ini cerita petikan dari sebuah blog penduduk Felda Chini:
Korang pernah dengar Tasik Chini punya lagenda? Sebenarnya aku ni duduk dekat dengan Tasik Chini ni dah dekat 30 tahun. Ada la dalam 10 km dari rumah. Dulu masa kecik2 memang cantik tasik ni especially bila musim teratai kembang memang cantik. Dulu masa aku kecil macam-macam kisah misteri yang aku dengar dan lihat sendiri! Yang aku lihat sendiri bila jaring/jala ikan yang ada jiran aku bawak balik penuh dengan....ular bukan ikan! aku takut giler masa tu sebab kebetulan lalu depan umah jiran aku masa balik dari sekolah. Katanya dia menjaring di Tasik Chini. Ada kes Kulit bersisik sebab bunuh ular ke di Tasik Chini. Memang kecoh dulu kes ni. Kisahnya begini :

peneroka Felda Chini 2, Bahasan Abdullah,51, berkata kewujudan naga di Tasik Chini memang benar kerana dia sendiri pernah melihatnya pada 1986.Walaupun mungkin ada menganggap apa yang dikatakannya itu sebagai dongeng, tetapi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya membuktikan sebaliknya. "Ketika itu, saya mengangkat jaring ikan di kawasan Laut Gumum tetapi tersangkut ular besar di situ dan berhasrat membebaskannya."Bagaimanapun, selepas melihat ular itu seperti melawan, saya kemudian menetak kepalanya hingga terkulai mati. "Saya meletakkan ular itu dalam sampan dan terkejut kerana melihat darahnya seperti darah manusia, begitu banyak dan kemudian mencampakkannya ke tasik," katanya.Bahasan berkata, ketika bahagian hujung jaring diangkat, seekor lagi ular daripada spesies sama tersangkut di situ dan dia juga turut membunuh ular berkenaan. Katanya, ketika menaiki sampan menuju ke pangkalan bot pada kira-kira jam 10 pagi, secara tiba-tiba dia melihat tiga lingkungan badan naga yang sangat besar muncul di permukaan air."Walaupun jaraknya jauh dan hanya beberapa minit, tetapi saya melihat jelas badan naga berwarna hitam itu sangat besar dan ombak yang terhasil juga sangat kuat. "Ketika itu, dua lelaki Indonesia yang sedang mandi di tepi tasik itu turut melihat kejadian itu dan bergegas naik kerana ombak terlalu kuat," katanya.Bahasan berkata, sekembalinya ke rumah, kepalanya berasa gatal dan pada hari ketiga, kesan gatal di kepala itu akhirnya menjadi seperti debu. "Tidak lama kemudian, seluruh badan saya menjadi lemah dan dijangkiti penyakit seperti kudis melepuh berair yang berbau hanyir."Lebih 30 bomoh saya temui di seluruh negara untuk mengubat penyakit misteri ini tetapi gagal, malah saya pernah dimasukkan ke hospital selama 20 hari pada 1988 tetapi doktor mengesahkan saya tidak berpenyakit," katanya. Bahasan berkata, penyakit itu turut menyebabkan isterinya lari meninggalkannya.Katanya, seorang bomoh di Terengganu yang ditemuinya memaklumkan penyakit itu hanya akan sembuh dengan usaha dirinya sendiri. "Saya menderita penyakit ini selama 13 tahun dan hanya sembuh selepas saya nekad pergi semula ke kawasan saya menemui ular itu dulu."Saya berdoa pada Allah dan mengambil air Tasik Chini yang dicampur dengan tanah tasik, kemudian disapu ke seluruh badan. "Rawatan itu saya buat setiap hari dan bersyukur akhirnya sembuh tetapi kenangan ini meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya yang mungkin terkena sumpahan naga di situ," katanya.

Ayah dan abang aku juga pernah menjadi mangsa sesat di Tasik Chini sebab tebang pokok dan nak bawak balik. Masa nak balik tu tak jumpa jalan sedangkan diorang tu orang tempatan dan dah biasa jalan di situ. Abang aku ambil keputusan untuk buang kayu tu dan tak lama kemudian mereka dapat keluar dari situ.
\
Rujukan: Dunia Suhazli