Saturday, September 14, 2013

Sinki Bocor



Dah seminggu saluran bawah sinki bilik air rumah saya ni bocor.. semua gara-gara skru pemegangnya berkarat menyebabkan saluran paip dan sinki terpisah.  Memang tak ada masa langsung nak pergi ke kedai hardware untuk beli benda alah ni.  Nasib baik dua hari lepas saya ada kursus di CIMB Wealth Advisor Training Centre bersebelahan dengan kedai hardware di Damansara Perdana.  Terus boleh beli... bukan mahalpun.. cuma RM8 je satu set.

Balik rumah malam tadi saya terus pasang... selesai masalah.  Kalau panggil plumber datang repair ni tak tahulah berapa agaknya ya...  Itulah, kadang-kadang kita perlu tahu atau belajar perkara-perkara asas seperti ni.. Bukan kita nak ambil alih kerja tu, tapi dengan pengetahuan asas yang sedikit tu sebenarnya banyak menjimatkan kita..

Untuk anda semua, sekiranya sinki anda bocor dan menitik di bahagian bawah, mudah sahaja.  Beli set penyambung seperti dalam gambar di atas.  Harga lebih kurang RM8-10 sahaja satu set.  Tetapi perlu diingat terdapat dua saiz paip penyambung ni.  Kalau untuk sink cuci tangan saiz dia lebih kecil dan kalau untuk sinki dapur saiz dia lebih besar.  Jadi sila beritahu kepada jurujual saiz apa yang kita mahukan.

Benda kedua yang kita kena beli adalah tape teflon.  Tape teflon ni merupakan penebat air untuk mengelakkan air keluar dari bahagian yang bersambung. Harga tape teflon ni cuma lebih kurang RM0.50 je satu.  Beli lah lebih sedikit takut tak cukup nanti.


Teflon Tape

Bagaimana car untuk menggunakan teflon tape ni ya?  Mudah sahaja, sebelum kita sambungkan paip plastik tu, kita balutkan dulu bahagian penyambung dengan teflon tape ni supaya air tidak keluar...  Tengok gambar di bawah ni.


Ok lepas tu dah boleh sambung paip tu.  Kalau selepas sambung paip ni air masih lagi menitik, perhatikan air keluar dari bahagian mana.  Cara yang mudah ambil teflon tape ni, lilitkan dari bahagian luar paip banyak-banyak supaya air tidak lagi keluar.  Cuba dulu ya....

Friday, September 13, 2013

Warna Jumaat


Dah lama rupanya saya tak menulis kat blog ni... Maklumlah agak busy. Rindu pula nak memeriahkan laman blog yang semakin suram ni..

Hari ni merupakan hari kedua saya berada di dalam training TCCP untuk promotion ke Agency Manager. Agak boring mendengar penerangan teori dalam kelas. Saya lebih suka mendengar taklimat, latihan atau seminar dari mereka yang sudah terbukti berjaya dalam bidang ni. Tapi bila difikir-fikirkan, kalau seseorang tu dah berjaya, takkan dia nak berhenti bisnes dan jadi seorang trainer pulak.. Sebab tu saya suka hadir seminar Dr Azizan Osman kerana beliau telah terbukti berjaya.

Waktu rehat saya singgah ke Head Office CWA, untuk submit sales... Lepas tu bergegas untuk solat Jumaat di masjid berdekatan. Masa nak keluar dari masjid, tiba-tiba ada yang menegur.. Saya berpaling, tiba-tiba seorang lelaki menghulurkan iPhone saya yang tertinggal dalam masjid. Masih ada lagi insan berhati mulia di kota kosmopolitan ini... Syukur Alhamdulillah... Kalau tak terpaksalah beli baru... Duit lagi...

Habis sahaja solat Jumaat, saya singgah pula di Restoran Baloh untuk makan tengahari. Ingat nak makan cepat-cepat dan masuk balik dalam kelas... Tapi hujan pulak tersangatlah lebatnya..... Sampai terpaksa lepak kat kedai ni lebih setengah jam sementara menunggu hujan reda....huhu... Hujan oh hujan....


Saturday, October 20, 2012

Amazing Race to Chiang Mai


Assalamualaikum....

Alhamdulillah... pada 5-7 Oktober lepas kami telahpun berlepas ke Chiang Mai atas tajaan CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA). Percutian percuma ini diberikan oleh CWA untuk perunding-perunding kewangan baru yang mencapai kutipan pelaburan saham amanah terkumpul sebanyak RM380,000 dalam tempoh setahun untuk melayakkan diri menerima satu tiket, manakala RM800,000 pula diperlukan untuk menerima dua tiket percutian percuma.  Saya merasa sangat bertuah kerana berada dibawah bimbingan Group Agency Manager tersohor iaitu Puan Fiona Tahir dan juga Agency Manager, Arma Wahab.  Hasil bimbingan mereka saya layak mendapat 2 tiket percuma untuk ke Chiang Mai ini dalam masa cuma enam bulan sahaja.


Semua perunding kewangan CWA yang layak ini dibawa mengelilingi kota Chiang Mai... Sebanyak dua buah bas persiaran eksekutif telah disediakan oleh CWA.  Pada hari pertama kami dibawa untuk membeli-belah di kawasan perkampungan kraftangan. Terdapat pelbagai barangan kraftangan dan juga barangan perhiasan rumah yang cukup menarik.  Selepas selesai bershopping kami dibawa ke hotel untuk makan malam dan beristirehat. Kami diberikan penginapan yang cukup mewah iaitu hotel bertaraf 5 bintang... Le Meridien Chiang Mai.  Cukup mempesonakan...






Pada hari kedua pula kami telah dibawa ke kawasan perlindungan gajah untuk menaiki gajah dan melihat pelbagai aksi menarik gajah-gajah jinak di sana.








Kemudian kami telahpun dibawa ke ladang bunga orkid untuk melihat sendiri keindahan bunga kebanggaan negara Siam itu..  Terdapat banyak bunga-bunga orkid dari pelbagai spesis dan juga rama-rama yang cukup berwarna-warni...  Pengalaman yang sungguh hebat dan sukar dilupakan.


Setelah selesai menikmati keindahan flora dan fauna, kami dibawa pula ke kilang pemerosesan batu-batu permata bernilai...  Apa lagi, ramai yang mengambil peluang untuk membeli belah barang-barang kemas di sana...



Kami juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana kain sutera dibuat.  Setelah keluar dari galeri batu permata, kami dibawa ke butik sutera esklusif kepunyaan keluarga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.  Kain sutera di sana tersangat cantik dan murah pula jika dibandingkan dengan harga yang dijual di Malaysia.  Bahagian bersebelahan dengan butik terdapat bilik pameran dimana ulat sutera dipelihara, kemudian bertukar menjadi kepompong. Kepompong itu pula kemudiannya direbus dan ditarik untuk mengeluarkan benangnya.  Satu kepompong mampu untuk menghasilkan sehingga tiga meter benang sutera...




Kalau singgah ke Chiang Mai, tidak sah kalau tidak membeli produk madu lebah yang cukup asli dari kawasan pergunungan.. Madu tersebut dihasilkan dari lebah yang mengambil manisan dari bunga-bungaan yang cukup berkhasiat..  Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang produk lebah di sana boleh lah merujuk kepada risalah ini... cuma klik pautan risalah madu lebah Chiang Mai ini.



Seperti juga di Malaysia, tidak sah kalau tak pergi ke pasar malam..  Kalau di Kuala Lumpur ada  Petaling Street, di Chiang Mai juga ada..  Kami mengambil peluang untuk bershopping sebelum makan malam di restoran Seafood.  Banyak barang-barang yang menarik di sana dan murah pula....



Untuk malam kedua, kami disajikan dengan masakan tradisional Thai di sebuah restoran seafood.  Memang terangkat.. banyak betul makanan yang disajikan oleh pihak CWA sampai kami pun surrender kekenyangan...



Pada hari terakhir kami singgah ke Northern Village untuk membeli belah sebelum berangkat pulang ke airport.  Sebelum itu, kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran yang cukup hebat.. semua masakan laut Thai yang tersangat-sangat sedap....



Alhamdulillah.. segala layanan yang hebat ini akan memberikan kami semangat untuk terus berjuang dengan karier kami di CWA..

Insyaallah.. tahun depan kami akan pergi ke San Francisco... Amin....



Kepada mereka yang berminat untuk memiliki kerjaya hebat seperti ini, boleh menghubungi saya di nombor telefon 012-3023433 atau emel jeffaj.office@gmail.com.  Anda juga boleh menghubungi agensi kami iaitu Charisma Agency.  Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman web http://www.elitefin-group.com


Untuk koleksi gambar album lawatan ke Chiang Mai, sila klik pautan di sini: Album Chiang Mai











Monday, September 10, 2012

Beraya di Media Prima

Pada minggu lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri majlis jamuan hari raya yang di adakan oleh kumpulan Media Prima.  Ramai juga artis-artis yang terkenal di sana.  Tapi tak ramai yang saya sempat bergambar.  Banyak masa saya habiskan berborak santai dengan businessman-businessman yang dijemput oleh pihak Media Prima.  

Saya juga berkesempatan berborak dengan Chef Zam yang kelakar..  Memang tak kering gusi bila berborak dengan beliau.  Paling menarik, saya dijemput oleh pemilik animasi Supertots untuk mengunjungi production house beliau bagi melihat sendiri bagaimana proses pembuatan animasi tersebut.

Bersama Chef Zam yang kelakar

Bergambar bersama David Teo yang sangat peramah

Shaheizy Sam yang sangat stylo dan dikerumuni ramai peminat

Datin Paduka Umie Aida yang sungguh jelita


Sebelum berangkat pulang saya sempat terjumpa pula dengan rakan sekerja di Malaysia Airlines dulu iaitu Azizi.  Sempat jugalah meluangkan masa bersama beliau dan rakan-rakannya... Alhamdulillah, raya tahun ini nampaknya lebih meriah...

Tak sangkat dapat berjumpa dengan Azizi

Gambar kenangan dengan Azlan, Azizi dan rakan beliau...

Monday, August 6, 2012

Jom Kenal Kuih Muih Kelantan





Kuih Akok

Kuih Lompat Tikam

Kuih Tepung Pelita

Pulut Bakar

Kuih Cara

Sarang Tebuan

Kuih Cek Mek


Kuih Tepung Sunai

Kuih Beko Ubi Kayu



Kuih Nekbat

Kuih Buah Peria

Jala Mas

Kuih Bingka

Kuih Ondeh-ondeh

Kuih Puteri Mandi

Kuih Buah Tanjung